Ok gaiss ! kali ni aku nak kongsi dengan korang pasal pek makanan travel yang aku bawa masa bermusafir ke Jeju selama 8 hari. Dengan undang2 airlines yang semakin ketat tak benarkan bawa pek makanan travel yang ada self heating maka pilihan makanan juga jadi semakin terhad disamping undang2 negara tersebut yang melarang untuk membawa makanan yang berunsur ayam dan daging.
Yes gaiss , korang boleh jer cuba bawak segala jenis makanan kesukaan korang, tapi kalau lepas pemeriksaan imi Alhamdulillah kalau tak lepas mungkin kena rampas plus denda. So aku nak kurangkan risiko kena rampas atau denda atau dilarang masuk negara tertentu aku kena pikir cara camner nak bawak masuk makanan dari Malaysia ke negara orang. Lagi2 kalau negara tu punya kos sara hidup tinggi dan harga makanannya pulak mahal.
Makan sekali sehari kat luar tu oklah, tapi kalau nak makan sampai 3 kali sehari memang bengkok. Memanglah orang kata kalau kedek tak payah gatai nak pi travel ke negara orang. Well , aku malas nak bahas bab tu.
Walaupun tekak kau sejenis boleh terima makanan local negara tersebut tapi dasar tekak jawa melayu ni payah kot. Nak tak nak kena ada pedas2 cili jugak.
Ok banyak pulak pembuka bicara. Yang sebenarnya aku cuma nak kongsi dengan korang yang kali ni aku memilih untuk bawa produk NASGERA sahaja.
First aku cuba produk ni masa aku ke Seoul bulan Feb dengan founder Kembara Impian . Setiap pagi masa sarapan Azie Sam akan buat dan dia bagi aku untuk makan. Aku tengok macam mudah dan rasanya pun boleh tahan sedap.
So kali ni sebagai persiapan ke Jeju aku bawak 8 pek pelbagai perasa seperti Nasi Goreng Kampung , Nasi Goreng Cina , Nasi Goreng Cendawan , Nasi Lemak dan Nasi Asam Pedas.
Semua tu aku target makan masa sarapan sahaja. Lunch jer makan kat luar dan malam biasanya aku tak makan sebab masih kenyang makan lunch.
Nak sediakan pun secepat 3 minit. Pernah satu pagi ni aku buat Nasi Goreng Cina , tapi aku bajet nak buat makan tengahati sahaja sebab bajet makan hari tu dah burst masa makan semalamnya. So pagi tu aku sarapan roti croissant dengan tuna dan aku bancuh siap2 Nasi Goreng Cina untuk buat makan tengahari.
(VIDEO) CARA BUAT NASI GORENG KAMPUNG SECEPAT 3 MINIT
Sampai kedai makan guest aku paksa jugak aku makan dengan diorang. Nak tak nak kenalah makan jugak. Terima kasih guest sebab belanja. So balik guest house solat dan rehat semua layan tv Malaysia online.
Pukul 11 malam perut rasa lapar pulak, teringat Nasi Goreng Cina pagi tadi yang belum berusik. Tapi aku bajet mesti dah basi.
Bila aku cek tengok dan rasa. Wahhh seprise maaaa , nasi elok jer berderai dan tak basi. Apalagi aku terus makan dengan keropok udang sambil tengok tv online.
Rupanya kalau kita biarkan nasi tu lama dia akan jadi lagi kembang dan portion dia automatik jadi lagi banyak. Masa aku beli tu pun fouder dia ada bagitahu aku yang nasi ni boleh jer kembang dengan air sejuk cuma ambik masa lama sikit berbanding kalau kita guna air panas cukup 3 minit , ada air lebih just toskan air tu pastu letak semua bahan yang lain dan dah boleh makan.
GUNA AIR SEJUK PUN BOLEH ?
Maknanya tanpa air panas pun pek NASGERA ni masih boleh jer dimasak dengan mudah dimana-mana sahaja. Atau prepare jer awal2 dari guesthouse dan bawak jer masa keluar berjalan.
So aku sangat rekemen sangat pada korang yang nak pergi travel ke negara yang berkos tinggi dan nak jimat, korang beli jer pek travel makanan dari NASGERA nih. Sambil menambah tenaga sambil boleh berjimat semasa travel.
Perasa kesukaan aku semestinya Nasi Goreng Kampung dan Nasi Goreng Cendawan. Err tapi semua sedap kot termasuklah Nasi Goreng Cina , Nasi Lemak dan Nasi dengan Asam Pedas.
Kalau nak lagi sedap , bawalah sambal belacan sendiri ! apa susah …ekekeke.

Namapun bermusafir kan , kenalah pandai2 sesuaikan diri dan berlebih kurang kalau nak hidup. Bukan memikir pasal apa nak makan makan makan sampai menyusahkan diri dan orang lain semata nak memenuhi nafsu dan selera makan kita.
Bagi yang nak dapatkan korang boleh cari di Mydin atau Giant atau hubungi sendiri diorang kat FB.
Selamat Mencuba !
boleh try nanti kak kalau nak bawa travel.
Rasa mcm nak try gak lah….tp buat makan sorang sorang kat rumah ja sebab i malas memasak hahahhaa
Mama Kembar Tiga recently posted…Shopping Baju Sekolah di Hari Hari…Murah dan Berkualiti!
Tak pernah dengar brand nj. Nnt boleh check it out juga. Tq for sharing
Boleh try gak ni .. mudah nak sediakan time travel. Senang pon senang..
macam menarik…..