Asalamualaikum semua , korang rindu tak nak baca cerita aku ? kalau rindu jangan lupa kirimkan doa untuk’ku diangin lalu . **ecececece
Korang mesti dah tahukan kemana aku pergi Jumaat lepas , sampai ada yang wasap pun aku tak reply . Bukan tak nak reply tau tapi serius jadual aku sangat pack . Pegang phone hanya untuk ambik gambar dan updet dimedia sosial .
Nak baca wasap memang tak sempat . Maklumlah group aku semua aktif-aktif belaka , makanya ada wasap yang dah ter’kebawah aku tak sempat scroll .

kembang kempis hidung aku menahan panas
Tapi bukan itu yang aku nak cerita pun , aku nak cerita lain .
Aku nak cerita yang destinasi Family Day KBBA9 kali ini berlokasi di Legend Resort Cherating . Cuaca kat pantai Cherating hari tu memang sangat panas terik tapi inilah masanya aku nak menguji keberkesanan BB Cream yang ber SPF 35 PA+++ yang aku dapat bagi melindungi kulit aku dari terkena sunburn yang melampau .
Manalah tahu kot korang pun tengah cari produk yang OK boleh guna seisi keluarga masa bercuti . Boleh cepat-cepat cari kat farmasi dan beli .
Alhamdulilah , Mujur Ada Set Travel Cosmoderm
Kalau nak tahu , aku memang jarang ambik kisah pasal produk penjagaan kulit muka dan produk pelindung matahari bila bercuti ke kawasan pantai . Sebab aku ni kan biasanya lepas check in kat mana-mana resort aku tido berlengkor jer dalam kesejukan ekon . Dah malam lapar baru keluar cari makan pastu paginya mandi pool pastu balik . Itu memang tabiat aku sekeluarga rasanya .
Tapi percutian kali ni memang diluar jangkaan aku . Banyak aktiviti luar aku kena buat . Dan mujur saja Cosmoderm bermurah hati nak taja setiap blogger dengan Set Travel Cosmoderm yang mengandungi 3 produk utama iaitu Vitamin E-Cream 3000 i.u , Magic Body Lotion ( TTO ) dan Advanced Moisture Therapy Cream .

pastikan set travel cosmoderm ada dibawa bersama disetiap destinasi percutian
Semua yang aku dapat tu rupanya sangat-sangat berguna dan sangat-sangat diperlukan . Agak rugi sebenarnya sebab terlambat tahu . Orang jarang travel kan , pastu kalau travel jer duduk dalam bilik , manalah nak ambik port sangat .
Dalam set travel kali ni juga pihak Cosmoderm menyediakan 1 tuala muka , BB Cream SPF 35 PA +++ ( kod nude 01 ) dan Shower Gel TTO ( Tea Tree Oil ) .
Magic Body Lotion Tee Tree Lotion ( TTO ) Yang Pelbagai Guna
Tapi , ada 1 benda yang aku tak boleh tinggal kalau pergi mana-mana . Aku mesti bawak Magic Body Lotion TTO , ni memang bertahun aku guna dan tak boleh tak ada mesti kena ada sebab sekeluarga aku guna .
Walaupun formula Magic Lotion yang baru ni ada sedikit perubahan , tapi hasilnya tetap sama malah aku rasa jauh lebih baik dari sebelumnya termasuklah dari segi tekstur cream dan rasa cooling dia yang lebih lasting .

dengan formula baru yang lebih baik
Kulit terluka pun pakai , kulit gatal pun pakai , nak elak kena gigit nyamuk pun pakai , ketiak ashem terlupa bawak deodorant pun boleh pakai . Ada satu masa tu anak aku kena demam campak , anak buah aku pulak kena cacar air , aku pakaikan pada diorang Alhamdulillah cacar dan campak lekas baik dan kering . Lagi selesa katanya dari guna calamine lotion dan tak tinggalkan parut pada kulit .
Banyak jugak aku cerita pasal kegunaan TTO Magic Body Lotion kat entry-entry yang lepas . Tak jemu aku bagitahu korang info nih sebab aku tak naklah benda baik aku makan dan simpan sorang-sorang . Lagi ramai yang tahu lagi bagus .
Cara Sementara Kurangkan Alahan Kulit
Beringat Guna BB Cream Cosmoderm Sebelum Keluar
Lepas dapat jer produk , benda pertama aku guna ialah BB Cream SPF 35 PA +++ sebab pagi Sabtu tu kitorang dah ada aktiviti telematch di pantai . Sendiri mau ingatlah kalau dah kat pantai tu , panas terik bahang memang tak boleh lari dan Alhamdulillah cuaca memang baik sangat walaupun sebelum ni ada yang risau tiba-tiba hujan turun .

ready untuk acara pantai yang seterusnya…yang penting dah sapu BB Cream
Ni saja nak bagitahu BB Cream SPF 35 PA +++ ada 3 warna tapi yang aku guna ni kod dia 01 iaitu warna Nude , suka sangat sebab dia tak berwarna . Bau pun sedap jer . Kiranya semua jenis warna kulit sesuai . Walaupun kecil tapi berkuasa melindungi kulit wajah dari terbakar .
Cuma sayangnya aku lambat pakaikan pada anak-anak aku , rentung sudah kulit muka diorang . Tapi pada hari ketiga aku gunakan jugak pada diorang . Baik lambat jangan tidak langsung .

kita sapu BB Cream yer nak…babang pun pakai jugak
Rawat Sunburn Dengan Vitamin E Cream 3000 i.u Cosmoderm
Malamnya nak tido aku pakaikan diorang Vitamin E 3000 i.u Cream untuk merawat balik kulit muka diorang . Alhamdulillah dapat gak aku selamatkan kulit muka anak-anak aku dari terus menerus rentung .
Dah balik rumah pun aku teruskan pemakaian Vitamin E ni pada diorang walaupun nak pergi sekolah . Aku tahu ambik masa sikit nak pulih tapi takperlah , pasni aku akan beringat .

Cinta sapu Vitamin E Cream sebelum pergi sekolah ( nampak tak kat hidung dia tengah menggelupas )
Oh mungkin korang tertanya , boleh ker budak-budak pakai ? Jawapan aku yer boleh . Kenapa aku kata boleh sebab produk Cosmoderm ni pertamanya disahkan HALAL , produk Cosmoderm juga bebas bahan kimia , zero paraben SLS/SLES , tidak diuji pada haiwan dan sangat diyakini keberkesananya .

monyok jer muka budak maya zaara ni sebab muka dah rentung …beza sangat kulit dia ngan aku
Apa itu SLSdan SLES tu tunggu aku cerita di next entry “punca muka breakout” .
Produk Cosmoderm boleh dibeli difarmasi terpilih , Lazada dan website utama di WWW.COSMODERM.COM.MY

penyelamat masaalah kulit
Ok apa lagi , ohh haa ni lagi satu aku nak pesan , time travel ni bukan kulit muka jer kita kena jaga cik kak dan cik abang oiiii , kulit kat bahagian lain pun kena ambik kisah gak .
Advanced Moisture Therapy Cream Penyelesaian Kepada Kulit Kering Dan Tumit Merekah
Panas sangat kulit kering , sejuk sangat pun kulit boleh kering . Nak nak kat bahagian tumit , sakit oo kalau pijak lantai sebab tumit dah mula kering dan merekah . Silap haribulan boleh berdarah .
Andai kata korang ada keluarga yang nak buat haji ker umrah ke aku cadangkan korang hadiahkan diorang dengan Advanced Moisture Therapy Cream ni pada diorang untuk digunakan semasa mengerjakan ibadat disana . Tak perlu risau pasal bahan sebab semua produk Cosmoderm ada sijil HALAL Jakim.
Beberapa pengalaman yang aku baca dan dengar sendiri katanya kat sana mudah tumit nak merekah dan berdarah disebabkan cuaca. Walaupun itu dah sememangnya ujian untuk kita , tak salah untuk kita cuba dan berusaha untuk mengelak , mencegah sebelum berdarah dan menjadi parah .

Inchik dd pun pakai jugak . Harap lepas ni tumit dia ok dan kurang merekah .
Dah alang kepalang ada offer baik nih baik cepat-cepat grab . Masuk jer kat website Cosmoderm di www.cosmoderm.com.my
So itu jer yang korang kena jaga sangat-sangat tau . Kalau tak memang hilang nikmat nak berjalan . Walaupun aku ni berstokin tapi sebelum pakai stokin aku mesti sapu dulu tumit aku dengan Advanced Moisture Therapy Cream ni supaya tumit aku kekal lembut tak keras kematu .
Barulah syok nak berjalan jauh , yer dak ?
Kembalikan Kesegaran Dan Membersihkan Badan Dengan Tee Tree Oil Shower Gel
Dah penat berjalan sana sini badan pun dah berlengas , peluh yang bercampur debu pun boleh menyebabkan kulit gatal . Tu kalau kena orang yang jenis kulit dia mudah naik jerawat kat badan sebab peluh tu elok sangat guna TTO Shower Gel .

sedikit pun dah memadai untuk membersih dan menyegarkan
Aku memang pengguna TTO Shower Gel . Kulit aku ni pulak ada alergik , salah makan gatal , berpeluh lebih pun akan menyebabkan lipatan-lipatan dikulit jadi gatal . Bila dah gatal mulalah aku menggaru tak hengat Aiman Tino .
Dan yang boleh melegakan rasa gatal dan miang kat badan aku time mandi ni cuma Tee Tree Oil Shower Gel dari Cosmoderm sahaja , sebab dia ada antiseptik yang diyakini boleh membersihkan bakteria-bakteria serta rasa miang diseluruh badan .
Rasa lega sangat weih kalau dapat mandi guna TTO Shower Gel nih . ( adehh ! tetiba rasa mengantuk pulak . Almaklumlah kulit dah segar bugar dan bersih dari kuman ) . Selesa betul rasanya . **ehehehe
So , dah jelaskan apa fungsi- fungsi setiap produk . Kalau dah jelas cepat-cepat dapatkan di farmasi berhampiran korang seperti di Vitacare , Watsons , BPharmacy atau beli di website Lazada atau di website Cosmoderm sendiri .
Selamat Mencuba !
**jangan lupa tinggalkan komen korang kat entry ni , terima kasih .

Cosmoderm Set Travel , Umrah & Haji
#legendcherating #cosmoderm #ilovemyskin #dontleavehomewithoutcosmoderm #cosmodermhalal
#pengembaraancosmoderm #cosmodermdicherating #zingplus #zing+
#detergentfilm #kbba9 #kelabbloggerbenashaari #kembaraKBBA9
#familydaykbba9_2017 #VisitPahang2017 #dekatje #TourismMalaysia
I memang guna Magic Body Lotion tu ganti deodoran, badan tak bau sepanjang hari
Kita pun paling suka Magic Lotion, memang tak lupa bawak walau ke mana je. Kegunaan dia multipurpose!
Nak beli lagi lah pasni..dah nak abis dah
Boleh pergi cari lepas ni. Bukan takat untuk pergi travel je kena bawa, rasanya untuk kegunaan seharian. Untuk kulit terjaga. haaaa gitu. Thanks kak Dila atas perkongsian.
Suka dengan produk-produk Cosmoderm ni. Semuanya bagus. Apabila ada set travel pack ni, bertambah mudah untuk dibawa ke mana-mana
A ah kan.. travel pack ni mudah nak bawa dalam handbag. So takde la asik nak terlupa bawa je
Fuh jelas penerangan. Bgs kena grab semua ni.. nk try sabun tu plak nt
sama la zura pun,magic lotion mmg xpenah tggal tiap kali pegi bercuti
Set Travel Cosmoderm ni menarik… Nampak comel.. 😉
paling kte jatuh cinta shower gel dia..ekekeke