Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yang Allah suruh seperti mana yang terdapat di dalam rukun Islam yang ke 2 .
Selama kita hidup pernah tak kita tinggal solat ?
Kita manusia akhir zaman yang lemah imannya, sering kali lalai dalam kewajiban yang Allah suruh.
Mungkin kita adalah dalam golongan orang yang pernah tinggal solat baik sengaja ataupun tidak sengaja.
Sekarang rasa menyesal itu mungkin mula dirasai oleh kita semua disebabkan dahulunya jahil tentang agama dan sering tinggal solat walaupun sudah baligh dulu..
Alhamdulillah hari ini Allah masih lagi hidupkan kita, mungkin Dia tahu banyaknya dosa kita dan mahu memberi ruang kepada kita untuk bertaubat.
Selagi ajal belum tiba eloklah kita semua qada solat kita yang kita tinggal dulu.
Puasa yang ditinggalkan kena ganti, hutang dengan manusia pun kita kena bayar inikan hutang kita dengan Allah.
Ok, apa yang mesti kita tahu tentang cara atau bagai mana mahu qada’ solat ?
Ada pendapat yang mengatakan hanya perlu qada solat yang ditinggalkan kerana tidak sengaja terlupa atau tertidur dan tidak perlu qada solat yang sengaja ditinggalkan.
Misalnya sembahyang yang ditinggalkan dengan sengaja kerana lalai semasa “muda-muda dulu”.
Mereka mengatakan cukup dengan istighfar dan bertaubat sahaja.
Sebenarnya pendapat ini tidak tepat kerana Rasulullah s.a.w. sendiri menqada solat yang ditinggalkan walaupun Baginda tidak tertidur atau terlupa.
Tidak ada qada dalam solat bukan bermaksud tidak perlu qada tapi tidak perlu sebut perkataan qadha semasa niat.
Qadha ialah melakukan sesuatu ibadah di luar waktunya dan tunai ialah melakukan sesuatu ibadah di dalam waktunya. Secara mudahnya tunai “waktu Allah”, qadha “waktu kita”
Dari ‘Aisyah r.a katanya: ”Apabila Rasulullah s.a.w. lupa solat malam, umpamanya kerana tertidur dan sebagainya, maka baginda menggantinya pada siang hari dua belas rakaat.” (Muslim)
Cara Niat Qada Bagi Solat Fardhu Lima Waktu Pula Ialah :
1. Solat Maghrib
“Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”
2. Solat Isyak
“Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”
3. Solat Subuh
“Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”
4. Solat Zuhur
“Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”
5. Solat Asar
“Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta’ala
Ada orang bertanya : Jika kita tertinggal solat (sengaja dan tidak sengaja) sejak akhil baligh sehingga sekarang (20-an; banyak waktu), perlukah di qada semua jumlah solat yang tertinggal itu atau cukup dengan melakukan solat taubat?
Jawabnya, Wajib qada solat yang telah tertinggal. Disini ada dua cara untuk qada, pertama jika seseorang yang tahu sebanyak mana dia telah tinggalkan solat fardhunya, maka qadakanlah mengikut bilangan yang telah ditinggalkannya.
Cara kedua adalah bagi yang tidak tahu secara detail berapa banyak yang telah ditinggalkannya, yakni semenjak akil baligh, buatlah anggaran berapa banyak solat yang perlu diqada dan berhentilah jika sudah yakin solat itu sudah diqada kesemuanya.
Cara yang terbaik adalah selepas selesai solat fardhu lakukan solat qada, buatlah berterusan begitu moga-moga diterima Allah.
Selain itu ada juga orang bertanya, jika ditakdirkan meninggal sebelum sempat mengqada semua solat itu ( tetapi sudah buat solat taubat ) bagaimana ?
Soal jika meninggal sebelum sempat meng’qada kesemua solat itu, semuanya bergantung pada Allah, akan tetapi jika kita telah benar-benar insaf dan niat untuk qada’ kesemua solat dan telah melakukan solat taubat dengan bersungguh-sungguh dan juga mengikuti segala perintah Allah, insyaAllah akan diampuni dosa-dosanya.
Untuk pengetahuan semua, qada solat fardhu boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja tiada waktu larangan padanya. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua dalam mendapat pengampunan daripada Allah SWT.
Wallahualam
Sumber Artikel Google
Assalamualaikum..terima kasih admin dengan perkongsian..semoga admin dimurah kan rezeki kerana berkongsi ilmu ini.
walaikumsalam…alhamdulillah …saya berkongsi untuk diri sendiri juga…..
Assalamualaikum, kalau kita dah 3 tahun tinggal solat lepas tu masuk tahun ke-4 bulan 5 macam tu macam mana nak tahu berapa lama dh kita tinggal solat? Kena kira 4 tahun ke 3 tahun 4 bulan masa yang nak diganti?
Saya harap cik faham apa yang hendak disampaikan sebab says tengok pun macam berbelit dah haha
walaikumsalam….kalau tak pasti yang tepat ambik sahaja yg paling kita ingat …bulan 5 tahun ke 4 masih tinggalkan solatkan ….so ambik 4 tahun 5 bulan …biar lebih jangan kurang …ustaz kata Allah akan beri kita ilham juka solat ganti yang kita buat tu dah terlebih ….allahualam
Admin sesetengah mengatakan bahawa kite perlu qada selepas melakukan solat fardhu ain contohnya kite tertinggal solat subuh so adakah kene buat selepas solat zuhur ataupon bile2 masa?
qada’ ni tak kira waktu kan?
betul…
assalamualaikum , nak tanya sehari berapa kali eh kita boleh qada’ solat yang kita tinggal ?? boleh ke buat solat qada’ zohor tiga kali berturut turut ? mohon penjelasan
Salam sis nk tnya,wktu kita qada solat yg dh lma tertinggal atau sengaja tu kan,maknnya rakaat sama mcm solat fardhu la? Cth lpas solat isyak kita nk qada solat isyak so yg qada tu 4 rakaat jgk ke
yer sama , kalau pernah tinggalkan solat zohor kena qada’ 4 rakaat juga …
Min, kalau saya buat satu waktu satu waktu(1 Hari 1 Hari) / 2 Hari 1 Hari boleh tak? pastu adalah tambah sikit2. Sebab nak buat banyak2 sekaligus haritu melepet saya. Saya stress juga. Kadang2 tak boleh buat itu ini. Sebab nak kena ganti banyak. Walaupun masih nakal saya dah jaga solat dan ganti slow2. Insha’Allah saya slow2 jadi baik. Tapi tulah stress sebab banyak. Salah sendiri juga.
InsyaAllah , Allah maha mengetahui niat hambaNya. Yang penting usahaka dan terus buat . Jangan putus asa.
Saya dh nk taubat…saya rasa sy tiggalkan solat selama 1 tahun…berapakah perlu saya solat qada?mohon dijawab…
1 hari 5 x solat fardhu x 365hari …lepas solat fardhu subuh buat qada solat subuh dan begitulah seterusnya …
Salm..qada dgn qadhar ni berbeza ke
Salam admin . Nak tanya . Kalau nak buat solat qada 5 waktu tu, kena bagi salam then niat balikkan ? Ka sambung terus je?
walaikumsalam ..yer betul…satu solat satu niat
assalammualaikum, kite nk tanye, contoh kite ttingal solat asar n magrib, pas 2 kite qada solat magrib dahulu pas 2 kite qada solat asar, soalanya perlu ke kite bace doa selepas memberi salam? atau x perlu n trus kite qada solat asar? n selepas selesai solat asar bru kite bace doa? mohon tunjuk kite
lepas bagi salam boleh jer terus bangun sambung solat yang lain tanpa baca doa…
qada ni berapa rakaat semua sekali
Adakah sy perlu qada solat yang niatnya tertinggal perkataan “tunai”?
Assalammualaikum, nak tanya. Bolehkah qadakan solat disepertiga malam berjemaah bersama isteri?
Walaikumsalam , boleh jer , tiada masalah.
Mohon share admin
dengan segala hormatnya dipersilakan ….
Assalamualaikum. Maaf bertanya. Sekiranya saya terlepas solat subuh bolehkah saya qada solat tersebut sebelum menunaikan solat fardhu zohor? Terima kasih
boleh …qada solat boleh dilakukan bila2 masa sahaja
Walaupun bukn slps solat fardhu?
Tapi jangan lupa waktu syuruk (waktu matahari terbit) 28minit di haramkn solat..umpama meyembah matahari.. untuk perkonsian bagi yang belum tahu.
alhamdulillah…tq
alhamdulilah tq..
Waktu syuruk tu bila
Bukan ke walaupun waktu syuruk, boleh qada juga solat tu contoh mcm kalau terlepas solat subuh. Lepastu pukul 7 suku waktu syuruk terbangun .. Still boleh qada kn sbb saya ada baca, solat wajib diqada walaupun dlm waktu syuruk..bila igt cepat2 ganti sbb tu solat fardhu.. Wajib.. kecuali kalau nk solat sunat n lain2 tu xbolehlaaa sbb mcm menyembah matahari. Kalau Salah tolong betulkan ya ☺ saya baca je ni .. Berdasarkan rujukan google juga.. Boleh cari jika mahu
Waktu syuruk boleh dilakukan solat qadha
Kalau qada solat waktu ramadhan? Batalkah puasa kita?
tak batal ….qada solat boleh buat walaupun sedang berpuasa ….
Assalamualaikum sy ingin bertanya. Kalau kite terlupa atau terlajak bangun subuh kite wajib qada’ kan?kan sebaik je kita sedar kite perlu terus qada kan tapi sy qada pada waktu dhuha adakah solat sy diterima?
walaikumsalam…terus tunaikan solat lepas terjaga dari tidur …bukan qada tapi niat tunai ….lepas tu baru buat solat sunat dhuha…
Kenapa kena niat tunai ? Bukan qada , boleh ke ?
Nilai tu waktu allah
Qada tu waktu kita…
Apabila mahu ganti, adakah dalam satu pusingan lima waktu sekaligus?
Mohon balas dengan segera
kalau larat buatlah kalau tak larat..1 waktu solat fardhu ..qada 1 solat …
contoh …waktu solat fardhu zohor …qada dengan 1 solat zohor …
waktu malam sebelum tidur qada 5 waktu pun boleh ….
walaikumsalam …boleh tanya kat sini jer syahril …insyaAllah ramai yg nak tolong
Assalamualaikum, blhkh kita qada’ solat fardhu dgn cara duduk? Mohon pencerahan
walaikumsalam….boleh jika kita mempunyai keuzuran untuk berdiri
terima kasih kak. Harap hidup kakak sentiasa diberkati Allah
Assalamualaikum saidiladotcom . Terima kasih atas panduan qada solat . Sekian lama dlm kejahilan walau pun tau tp bila x diamalkan , lupa jd nya . Lumrah manusia . Moga bermanfaat utk org lain . Syukran
Assalamualaikum..saya ada 2 soalan
1)Masa qada solat tu,niat tu perlu dibaca di dalam hati kan?
2)Adakah perlu baca niat yang bahasa arab?ataupun tidak payah baca dan terus angkat takbir beserta niat qada di dalam hati?
Terima kasih
Utk pngthuan dlm bhasa arab ialah lafaz niat mean xwajib yg wajib ialah niat iaitu dlm bhsa ibunda kita..klau silap hrp dpt tguran
Rukun solat adlh niat dlm hati masa takbir bukan lafaz niat bhsa arab tu
Salam wbt. Beberapa hari lepas saya tertinggal solat isyak. Pada malam hari tu lepas maghrib dan berbuka puasa sy dan isteri keluar pergi cara baju raya. Akibat jem dan sebagainya kami balik ke rumah hampir 4 pagi. Sebab terlalu letih saya baring atas katil, kemudian berniat utk tidur sekejap, nanti sebelum sahur nak buat solat isyak terus bersama solat sunat terawih dan tahjud, alih2 bila saya terjaga dah pukul 10 pagi. Maksudnya saya terlepad dua solat fardhu iaitu isyak dan subuh. Selepas bangun sy terus qada kedua2 waktu itu. Soalan sy adakah puasa sy pada hari tersebut batal kerana tertinggal solat fardhu? mohon pencerahan
tak batal.. solat dan puasa x sama.. cuma kalau puasa tp xsolat ibarat sia2 je puasa ..sebab diakhirat..solat ditnya dlu bru.. bab puasa dan lain2,
Assalaamu’alaikuum.. Sy ada prtnyaan? Andai kata kita terlupa nk qada beberapa solat fardhu yg ditinggal pda bbrp minggu lps, then kita pun dh x ingt brp kli yg kita tinggalkn. Bgaimana jika kita terlebih qada kan nya? Tak mngapa kh?
walaikumsalam …cuba buat anggaran dulu samada seminggu atau 2 minggu solat yang ditinggalkan ..
1 hari 5 kali solat x 7 hari atau 14 hari …lepas tu tambah lagi jika rasa masih tak cukup qada …tak mengapa kalau terlebih pun …insyaallah allah akan bagi ilham bila kita solat qada lebih dari sepatutnya ….
Baiklah. Trima kasih
Baik Terima kasih banyak banyak ..
Terima kasih diatas ilmu yg disampaikan
sama2..saya sekadar berkongsi
klu kite x ingt brpa lme kite tnggl solat..Blh kn klu kite gntikn dgn solat taubat..Ya Allah terlalu lme rasanya..
boleh kira dari umur berapa mula baligh …buat anggaran …sebaiknya selepas qada buatlah solat taubat
Salam saya nk tanya hari tu saya demam 3 hari xlarat sgt nk wuduk pun xdak org nk bantu skrg dah sihat.bolehka nk qada solat ?
boleh …qada ikut waktu
contoh
solat zohor – qada zohor
solat asar – qada asar
Kalau solat zuhur qada’ isyak xpe ke
boleh sahaja…
Salam…nk tnya boleh ke kita qada solat dlm 1 hri bila di kumpul kn menjadi 5 wktu yg tertinggl,xpun kita boleh qada sebnyk mungkin,semampu kita…
Dan cntoh lepas solat subuh kita blh qada solat2 yg lain mengikut turutan atau blh qada subuh shaja smpai la ke zohor,
Mohon penjelasan
Assalamualaikum..
Maaf bertanya sy ad 14k waktu yg telah ditinggal kan kerana lalai dgn dunia..
Sy ingin qada semua yg telah sy tinggalkan..
Jika selepas sy solat subuh..
Bole ke klau sy ingin qada solat waktu2 yg lepas?
5 waktu sekaligus?
Atau qada solat selain qada solat subuh jika pada waktu itu waktu subuh?
Adakah ia harus diikut urutan waktu?
Mksudnye selapas qada subuh, qada zohor dan seterusnya
assalamualaikum.nak tanya.sekiranya tetinggal solat subuh.bila waktu yg tepat utk mqadanya? adakah sblm mask waktu zohor atau bagaimana..terima kash .
walaikumsalam , sebaiknya tunai sesegera yang mungkin selepas sedar . Tapi jika dah masuk waktu zohor boleh qada selepas solat zohor .
Kalau dalam sehari tu tinggal solat zohor asar dan magrib then qada semua dalam waktu isya boleh ke?
boleh ….
As salam….soalan saya sama seperti Afiq cuma ada tambahan yg nak saya tanya…klu sudah masuk waktu isyak…dkerjakan solat fardhu isyak dahulu ataupun solat qada zohor asar dan maghrib?mohon penjelasan…terima kasih…
dalam 1 hari yang sama boleh qada terus ….
Terima kasih admin
Kongsi info solat qadha..
sama2
Assalamualaikum. nak tanya jika seseorang itu telah mengqadha kan solat nya. tapi yg di maksudkan itu adalah boleh di lakukan pada bila-bila masa. jd persoalan nya. boleh kah seseorang itu mengqadha kan solat nya seperti tanpa mengikut waktu solat seperti biasa. maksud saya setelah di lakukan sekali selepas smbhyg yang wajib. selepas itu di lakukan lagi sebelum masuk waktu solat. boleh kah dilakukan sedemikian?? mohon pencerahan. terima kasih.
Macam mna kita nak ganti solat subuh..cara qada dia macm solat subuh ke macam mana …mohon pencerahan
Hadis x jelas…bukankah yg dimaksudkan dengan sembahyang malam itu sembahyang sunat, bukan fardhu?!
assalamualaikum, saya nak bertanya. kalau memang betul betul tak tahu dan tak yakin langsung berapa banyak solat yang tertinggal, berapa yang harus saya buat?
walaikumsalam , boleh buat selepas setiap solat fardhu dan sekaligus selepas solat isyak …insyaAllah sampai satu tahap allah akan bagi kita petunjuk yang kita telah cukup qada kesemua solat kita
walaikumsalam….boleh buat sekaligus selepas solat isyak
Kalau waktu solat yang lain selain waktu isyak pula bagaimana? Maksud saya, qada 5 solat sekaligus dalam setiap waktu?
Assalammualaikum..nk Tanya sy selalu qada solat sy selepas solat fardhu ..sbg contoh pas sy solat isyak sy akan buat solat qada isyak juga tp niat sy baca adalah tunai ..adakah sy salah ..Sudah bertahun sy buat mcm gitu ..mohon pencerahan
Boleh ke solat qadar zohur di buat selepas kita solat faldu asar pada hari yg sama juga
.sebab terlepas solat zohur sebelumnya…maksud saya.. buay solat asar dan lepas tue terus qadar solat zohur
yer boleh …kalau dah masuk waktu asar kita solat asar dulu kemudian baru qada zohor
Jazakillahu khaira
Mohon share ya admin
asslammualkm. sdh 2 hri sye trggl solat 5 wktu disbbkn dtg bln. mcm mana sye nak qada semuanya
Setahu saya salat yg ditinggalkan waktu datang bulan tidak wajib diganti. Allah swt merahmatkan datang bulan kpd para wanita sebagai tempoh berehat. Lagipun ia bukan nya disebabkan dari kealpaan dan kemahuan kita tapi semulajadi.
Adik baru first time datang bulan ke ? memang kita perempuan yang keuzuran ,@period , tk perlu ganti 🙂
salam.. saya nak tanya klu utk solat qada boleh kah kita buat yg rukun sahaja dlm solat kita sebab tak tahu berapa banyak jumlah solat fardhu yg dah di tinggalkan.. atau adakah wajib buat seperti solat yg biasa sempurna? saya jahil, maaf bertanya.
qada ialah menggantikan solat fardhu yg kita tinggal ….wajib buat sama seperti solat fardhu cuma niatnya sahaja ada tambahan qada …
Alhamdulillah. Jangan menghina diri sendiri. Cukuplah kesal dan taubat nasuha. Segala yang belaku dalam hidup kita buruk baik, ada sebab Allah swt takdirkan begitu.
Terima kasih atas info yg sgt2 bermanfaat ini.
Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. ini merupakan perkongsian yang sangat baik.
bolehlah kita melakukannya secara berperingkat untuk Qada Solat yang dah terlalu banyak ditinggaklan.
sekadar cadangan, saya berharap pihak admin boleh memasukkan sekali niat dalam Bahasa Arab bagi memudahkan pembaca untuk mengamalkannya memandangkan tidak semua tahu apakah sebutan niat sebenar bagi ‘qada’.
panduan masa dan kaedah menggantikan solat juga baik jika di tambah seperti yang saya maklum, jika kita terlepas solat zuhur, kita harus mengqada solat zohor sebelum melakukan solat asar namun jika waktu asar hampir tamat, hendaklah didahulukan solat asar dan qada solat zohor sebelum masuk waktu solat maghrib ataupun sebelum memunaikan solat mahgrib jika telah masuk waktu maghrib.
Terima kasih admint…. mohon utk saya guna ilmu yg di beri…. semoga admint mendapat keberkatan dan kerahmatan dari allah…
Asslamualaikum…sya nk tanya klo nk qada ni kan.. Kna ikut tertib yg betul cm solat fardhu jgk eh… Contoh asar kna buat 4 rakaat… Dan subuh pulak doa qunut kena ada… Balas pls huhu
dijawab oleh ustaz suhairi : Dah namanya solat… mesti la ikut tertibnya… cuma yang beza niatnya je…. ada’an atau qada’an
jawapan dari ustaz suhairi : Dia cuma tak baca niat… tapi dah ada niat… maksudnya dia ambik wuduk tu dah tentu la ada niat ambik wuduk… sebab tu dia basuh muka dan lain2.. cuma tak dilafazkan je… sah solatnya
sebelum solat wajib kena ambik wuduk , niat tu memang sebelum membasuh muka , lafaz niat tu tak semestinya kena nawaitu wuduan ….asalkan kita dah niat perbuatan kita tu kerana allah taala ….apapun allah lebih mengetahui niat hamba2nya ….yakin dan bersangka baik dengan Allah swt akan terima ibadah kita ….
boleh ke kalau qada kan waktu solat asar selepas maghrib?
kalau dah masuk waktu maghrib memang kena solat maghrib dulu kemudian baru qada asar
assalamualaikum. saya nak bertnya. contohlah, klau kita tak solat agak2 dua bulan.. mcm mana nak qada semua tu ? banyaknya ..
kalau dah pasti tak solat selama 2 bulan…kena kira dengan waktu yang kita tinggal….ganti secara istiqamah ..tiap waktu solat fardhu buat 1 qada solat …tengah malam qada terus 5 waktu ….semoga allah permudahkan
Assalamualaikum,Saya ingin bertanya klau saya tertidur dalam pukul 5.20 sebelum subuh lepastu saya tk bangun solat subuh saya pon tersedar pukul 8.30 saya pon qadha solat subuh dan dalam hari yang sama masuk waktu asar saya tengah main futsal dan saya balik tu dalam pkul 6.50 dan saya angkat takbir baca doa iftitah dan al fatihah orng pon dah azan maghrib lepastu saya pon habis kan jugak solat asar adakah kedua2 solat saya tidak sah
Assalam tuan.. sy da lma x solat mgkn berpuluh tahun, jd skrg sy dah bertaubat dan berniat akan qada kan setiap hari slps solat wajib lbh krg 10 waktu iaitu solat wajib dgn solat qada.. soalan sy jika sy nk qada utk subuh td ketika zuhur blh ke sy qada kan skli yg sy hutang slma berpuluh tahun ni? Kira sy nk qada 2 kali subuh iaitu hari ni pya dgn yg lps pya.. mohon tuan blh membantu sy, semoga allah merahmati tuan sekeluarga..
Assalamualaikum..maaf bertanya..sekiranya terbangun selepas waktu subuh tetapi sebelum waktu syuruk..adakah niat solat subuh menjadi qada ataupun niat tunai?
walaikumsalam, niat tunai
assalamualaikum, nak tanya, solat qada ni pergerakan solat dan bacaan dlm solat ni ada yg berubah tak dgn solat tunai?
walaikumsalam
yer sama sahaja takder yang berubah kecuali niat sahaja
Assalamualaikum. saya ada soalan untuk ditanya. Saya telah lama tinggal solat. Alhamdulillah hidayah milik Allah dan saya salah seorang yang sangat beruntung kerana beroleh hidayah. Saya telah bertaubat nasuha, telah kesal, telah sedar & telah insaf dengan kejahilan dan dosa yang telah dilakukan dahulu.
Sekarang saya sedang menqada solat yang saya tinggal dahulu. Qada selepas solat fardhu. Contoh selepas fardhu subuh saya akan qada solat subuh.
Pertanyaan pertama saya, doa iftitah itu sunat, bacaan surah dalam rakaat pertama & kedua itu juga sunat. Adakah boleh jika saya qada solat dengan tidak membaca doa iftitah & surah? ini kerana saya berkerja, juga mempunyai anak kecil. Dengan ini saya tidak mengejar masa.
Soalan kedua saya. Saya teringin sangat nak dirikan solat sunat qobliyah & solat sunat ba’diyah. Namun terpaksa pendamkan kerana menunaikan yang wajib dahulu iaitu menqada solat fardhu. Perlukan saya qada solat sepanjang saya meninggalkan solat tersebut atau sekadar yang termampu?
Diharapkan yang arif dapat menjawab pertanyaan saya. Terima kasih banyak2.
Admin pliss rply..this situation same to me
saya akan forward soalan ni pada ustaz yang lebih arif … insya allah saya akan reply secepatnya …mohon bersabar dan maaaf atas kelewatan menjawab
Ada jawapan ke soalan diatas.. sy jg inginkan pencerahan
Assalamualaikum…saya nk tanya..Beberapa hari yang lepas,saya dan keluarga pulang ke kampung halaman di Perak.Selang beberapa hari kami pun pulang semula ke rumah di Kuala Selangor iatu lebih kurang pada pukul 6.00 ptg..Sewaktu dalam perjalanan,jalan sesak dan menyebabkan kami sukar untuk memberhentikan kereta untuk menunaikan solat Maghrib…Setelah sekian lama kami di dalam kereta..kami pun sampai ke rumah dalam pukul 11.30 malam…
Soalannya,adakah saya perlu melakukan solat jamak takhir atau meng qoda kan solat maghrib dan isyak tersebut?
Mohon penjelasan yang lebih lanjut…Terima kasih
Alhamdulillah atas perkongsian Admin… sama2 kita perbetulkan diri. Aminn… terimakasih.
So maksudnya kalau tertinggal solat subuh sebab tak sedar… pastu sedar pukul 7:40… kena solat pukul 7:40 tulah eh????
yer betul …niat tunai bukan qada
Assalamualaikum……saya nk tnye kalau saya kena chiken pox…nk kena solat ke…….sbb muka xleh kena air nnti merebak?perlu ke
Mohon penjelasan dgn segera
walaikumsalam…solat tetap wajib dilaksanakan ….boleh guna debu tayammum jika khuatir air memudaratkan sakit
Assalamualaikum. Saya nak tanya, maksud “boleh buat solat ganti pada bila2 masa ” tu maksudnya apa ye? Kita boleh buat solat ganti time yang dilarang utk solat jgk ke? Terima kasih.
bila2 waktu …kecuali waktu haram solat …selepas tiap waktu fardhu pun boleh
Terima kasih 🙂
Izin copy artikelnya yaaa ..
Salam blogger!! ( http://www.putsept.site )
Assalamualaikum
Nk tnyr laa solat Gabri ni blh berjemaah ke?
Bolehkah saya qada pada waktu duha? Dan berhenti qada 20 min sebelum zohor. Saya bekerja syift petang.
Assalam, saya nak tanya. Kalau waktu malam lebih kurang pukul 11 lebih kita takda buat apa tapi kita nak qada solat time tu boleh ke? Ataupun qada solat ni memang kena lepas solat fardhu? Tak boleh ke waktu kita takda buat apa kita nak qada solat? 🙂
walaikumsalam , boleh sahaja, tak semestinya qada isyak kena buat waktu isyak jugak.
a’kum..tima kasih kongsi ilmu,mohon bantu kekeliruan..lepas isyak boleh qada utk subuh,zohor,asar dan maghrib ke?
walaikumsalam , boleh
tq info..klu qada utk subuh kena baca doa qunut skali ke?
Alhamdulillah
Terima kasih kgsi ilmu
Assalamualaikum wbt. Kalau qada solat subuh tu kna bc doa qunut ke?
assalamualaikum..mohon izin membaca dan insyaallah copy..
assalamualaikum. sya ally. nk tny ttg wanita yg sentias pkai pantyliner koz discharge yg x terkawal. bagaimana niat sebenar mengambil wuduknya dan bolehkah sya menggunakan wuduk.yg sama lpa solat fardhu utk qada’ solat yg lepas2. jika perlu berwuduk semula…bgmn dgn liner yg baru dipakai? perlu tukar dan berwuduk semula?jika ingin qada’ beberapa solat dalam satu boleh k? atau setiap solat qada’ kena tukar liner? jika dirumah mungkin tiada mslh tp bgman jika berada dalam masjidil haram, contohnya. Tq
Assalammualaikum,
Bolehke solat taubat walaupun kita tidak habis qada solat lagi,
Kalau tak boleh macam mana nak bertaubat
Mohon pencerahan
a’kum..tima kasih kongsi ilmu,mohon bantu kekeliruan..lepas isyak boleh qada utk subuh,zohor,asar dan maghrib ke?
A.kum maaf sy nk tnya .. cntoh sy dh hbis solt zohor .. lpastu sy nk qada 5 wktu solat .. prlu ke sy qada subuh dulu dan sterusnya sampai isyak .. atau sy solat subuh .. lpastu sy terus qada subuh .. bolh ke ?
Assalmualaikum, nampknye rmai yg tanya soalan yg same walaupun dri A-Z soalan yg same ditanye..so sekarang ni dri segi saye bace…qada’ ni ikut waktu kite…maksdnye bile2 mase je yg kite boleh buat(maksudnye baik mane2 waktu pun…contoh wktu subuh!!
Dalam mase yg same kite lupe nk solat subuh…so skarang ni dah masuk waktu zohor…okay dri pandangan saye la…so kite amek waktu yg skrang dulu (zohor)…lepas abes je…gantikan wktu subuh lak tu bru qada…lepas smue dah buat tu qada arini….baru qada mane yg yg kite tinggal tak kesah antara waktu2 ape2 skalipun…kbiasaan…waktu tu susah nk buat tok smue nye skali…sbb pade wktu brikut ade yg kerje ade yg blajar…so kene ikut waktu yg ditetapkan….lebeh baik buat waktu yg panjng dan ade mase tok tunaikan qada untuk x solat sbelum2 ni…harap boleh fham ape yg saya sampaikan….saye pun bukan para2 ulama’…hnye insan biase di mke bumi ni…kalau ade salah silap dri segi kate2..mohon bgi penjelasan dan memperbetulkan keadaan…sye rase dlam ni kbanyakan org2 yg lebeh dwase dari saye….sye org mude…tolong bantu sye jike ade silap…Wallahu
yer betul ….kalau terlepas waktu solat fardhu hari ni sebaiknya qadha solat yg dah tertinggal tu dulu then baru solat fardhu yang dah masuk waktu
Tayammum ni bole digune jika air 100% tak ade…amik. wudhu macam biase n part yg tk bole nak kene air tu syarat kan saje…seolah olah mcm sapukn air
Mohon tanye, klau kite dah bertahun lamanye tidak solat, dan mahu qada, harus ikot waktu nye kan? Maksud saya, Subuh-> Zohor-> Asar-> mahgrib-> Isyak. Tak boleh qada subuh sahaja hingga yakin baru beralih ke Zohor.. Betul kan?
Mohon diberi penjelasan. Terima Kasih
waktu lepas solat fardhu subuh lepas tu kita qada subuh , waktu lepas solat zohor kita qada zohor dan seterusnya …tengah malam kita boleh buat qada 5 waktu terus dari subuh sampai isyak..wallahualam
Assalamualaikum boleh x saya nk tanya sikit, adakah kalau saya tertinggal solat subuh berapa banyak hari boleh x saya nak qada pada waktu lain. Dan saya nak tanya adakh saya nk masakan zohor sebelum zohor sbb saya tertinggal solat zohor.
boleh jer…tak ada masalah…sebaiknya buat solat qada selepas solat waktu yang fardhu
Tak kesah solat antara 5 waktu skali pun…ikut mase free..rase nak qada ikut mase kite rase diri ni boleh kusyuk…Nak solat subuh sebanyak mane pun boleh kalau nak solat untuk satu hari pun boleh…maksud saye 5 waktu dalm satu mase…mase qada ikut mase kite sendri…rase nak buat buatlah…bile buat dapt pahala dan dpt juga ganti yg mane kite byak tinggal…insyaAllah..mudah2han Allah Kabul kan doa kite same2…sekadar kongsi…ade kesilapan mohon ampun dan mohin betulkan spaya same2 dpt phale..InsyaAllah…Assalamualaikum
Solat jumaat yg tertinggal kene qada’ ke?
Afri recently posted…BUAT STRETCHING GAYA JEPUN DI SO STRETCH , LEVEL 14 MENARA IMC
assalamualaikum..sye nak tanye kalau buat qada solat secara berterusan boleh ke..cntohnye lepas solat fardhu zohor terus buat qada solat 5 waktu secara berterusan?
Salam maaf nk brtanya.. bole tahu x lafas niat tuk solat stiap qada’ Tu..bhsa Arab Tu . wjib ke Kita lafas niat masa solat qada’? Atau terus takbir niat dlm hati dlm bhsa kita.n terus solat..boleh phm X soklan sya..
walaikumsalam…untuk niat tak kisah guna bahasa apa..nak lafaz niat dalam arab boleh …nak lafaz niat dalam bahasa melayu pun boleh atau apa2 bahasa…nama pun niat so boleh jer lafaz dalam hati…lepas niat baru takbir
Assalammualikum maaf ye, kenapa ustas bahagi 2 drie jumlah tahun yg tertinggal ye?
Asalam sye nak tnye kalau trlpas solat mhgrib
Bleh ke sye qada slepas solat irsyad
terima kasih dengan perkongsian yg hebat ini.
Moga Allah ampunkan dosa2 ku.
Assalamualaikum, admin. Terima kasih kerana share info2 ni. Mohon izin untuk share kepada rakan
Alhamdulillah.. Amat bermanfaat..terima kasih kongsi ilmu..
assalamualaikum ustaz.
sy nak tanya sikit berkaitan solat qada ni.
kita kan boleh buat solat qada lepas kita solat fardhu.
mcm
frdhu subuh – qada subuh
zohor-qada zohor
asar-qada asar
mahgrib -qada mahgrib
isyak -qada isyak.
jadi. soalan sy boleh kah slepas kita solat fardhu subuh kita qada solat subuh, zhor, asar,mahgrb n isyak terus.
then masa lepas solat frdhu zohor sy qada lagi solat subuh,zohor,asar,mahgrib,isyak.
saya qadakan solat 5 waktu disetiap 1 waktu solat fardhu.
apakah boleh?
walaikumsalam , tapi maaf yer saya bukan ustaz…
boleh sahaja buat solat qada selepas solat fardhu dan selepas solat isyak jika terbangun waktu tengah malam atau sepertiga malam kan biasanya orang bangun buat solat tahajud tapi kita buat jer solat qada kelima-lima waktu…solat tahajud solat sunat yang tak perlu diganti jika tertinggal atau tak buat berbanding solat fardhu uyang wajib diganti jika tertinggal atau sengaja ditinggalkan
Sy ada dengar satu ceramah agama, kata ustaz tu( lupa nama)… solat qada blh dilakukan diwaktu tengah malam tanpa melaksanakan solat tahajud. Maknanya 2 in 1 pahalanya, qadha dan tahajud.
Blh ke waktu dhuha pun kita buat solat qadha? Terlalu byk solat wajib yg sy tinggalkan dulu. Jadi sy ingin perbanyakkan solat qadha sy dgn cara itu. Boleh ke.
Satu lagi, doa2 dlm solat tahajud dan dhuha tu blh ke kita baca selepas solat qadha tu.
betul , sebaiknya kita laksanakan solat qada dulu sebab itu lebih wajib diganti berbanding jika kita buat solat sunat…doa apapun pun boleh
Kalau pada bulan puasa, Kita tidak menunaikan solat fardhu dengan sengaja tetapi menggantikannya pada waktu lain… Adakah puasanya masih diterima ?
allahualam ….kalau tertinggal sebaiknya ganti secepat yang mungkin
Salam…untuk qada solat ni… smua kena buat sma bnyak rakaat yg tnggal dan bacaan yg sma dlam solat biasa ke?
mohon share ye.
assalamualaikum sis, sye nk tnye… kalau kite trtinggal solat asar, tapi kita qada solat asar tuh pada waktu isya’ still sah kan ?? pliss answer my question : )
Assalamualaikum..nak tnya klau kita nk qada solat…kne ikut turutan ke..mcm subuh dlu pastu zohor .asar..maghrib..isyak..mcm tu ke..atau tk kisah qada yg mana mana?
time solat zohor boleh qada zohor …tak ikut turutan pun takper …kalau ada masa 1 malam tu qada 5 waktu terus pun boleh
Trima kasih atas jawapan nye..moga sentiasa dilindungi Allah S.W.T inshaAllah aminn
Boleh niat dalam hati sebelum takbir tak
Assalamualaikum.. klau solat insyak lewat mlm kerana sbuk tmpt kerja… Apa niatnya?
niat fardhu bukan qada yer …sebab belum
lepas waktu sampai masuk subuh
Assalamualaikum..disni sy ingin bertanya..jikalau sudah lama solat ditinggal kan..qada solat adakah rakaat nya 4 rakaat bagi solat zohor asar dan isyak?yg harus diganti kan selama bertahun tahun meninggalkan solat?
Assamulaikum…boleh tanyk…umpama saya terlepas shalat zuhur…dan dah masuk jam shalat ashar…ap saat qada zuhur …jumlh shalat tetp 4 raakat trus lnjut shalat ashar juga jumlh shalat 4 raakat maksih
assalamualaikum, apa hukum qada’ solat walaupun tidak pernah meninggalkan solat dgn tujuan mahu yakin solat diterima Allah.
Assalamualaikum.nak tanya ? Saya pernah tinggal solat 5 waktu dalam 4 tahun , bagaimanakah cara untuk qada 5solat tu ? Satu lagi nak tanya ? Adakah qada tak payah baca tahiyat akhir atau awal atau doa .mohon jelaskan .terima kasih.
Please reply. saya mahu lakukan qada 5 waktu .adakah qada 5solat tak payah baca doa dan tahhiyat awal atau akhir .adakalah qada solat sama seperti solat fardhu.
Please reply admin.
solat qada kena buat rukun yang sama seperti solat fardhu cumanya kalau nak segera cukup sekadar baca al fatihan tanpa surah2 lain…
boleh buat solat qada sekaligus 5 waktu selepas waktu isyak atau setiap kali selepas solat fardhu buat solat qada yg sama ..contohnya waktu tu solat fardhu subuh maka selepas solat fardhu sunih blleh terus buat solat qadha subuh ….kalau yakin 4 tahun hanya kalikan sahaja 1 hari 5 waktu kali 4 tahun
Terima kasih atas perkongsian. Saya bekerja di luar negara (NZ) selalu qada solat zohor dan asar selepas balik krja (5pm). Rasa bersalah tetapi terpaksa sbb x ada tmpat solat yg sesuai, was was dengan kebersihan tmpt sy menunaikan solat dan tidak punya waktu kerana kekangan tugas. Kalau dapat smpai rumah awal selepas krja dan masih sempat Asar, sy cepat2 buat. Harap2 solat saya diterima Allah swt…
assalammualaikum..sya nak tnya bolehkah melakukan solat qada dan solat fardhu dilakukan pada wktu yv sma
boleh
Assalamualaikum. Sekadar memberi pandangan. Kalau sungguh kita nak qadha’ Solat yg tertinggal samada secara sengaja atau terlupa, satu kaedah yg mudah ialah kita buat check list. Sediakan satu buku kosong. Contoh kita buat ruangan untuk subuh, Zuhur, asar, maghrib dan isya’. Selesai kita qadha’ Solat, kita tick. Satu baris utk satu hari. Tulis bilangannya.. So kita bole agak berapa lama kita tinggalkan solat fardhu melalui check list tu.. Satu tahun ada 360 hari.. 1hari kita solat 5 waktu kan.. So bole agak lah yang kita dah qadha’ Solat utk 1 tahun yg kita tinggalkan.. Biar lebih jgn kurang.. Allah maha pengampun dan maha mengetahui niat hambanya. Sekian sekadar perkongsian.
assalam. nak tanye. kalau qada’ solat scr duduk boleh ke? sakit kaki nk berdiri lama2 sbb byk tinggal solat. nk ganti byk sekaligus.
salam , kalau kita nak ganti solat kan . contohnya lepas solat zohor kita nak ganti solat asar pastu maghrib pastu isya’ . boleh ke ? ke macam mna eak ?
Terima kasih kerana kongsi ilmu pengetahuan tentang qada ini… Saya harap Allah dpt membalas semua kebaikan anda yg ikhlas ini dan boleh menjadi manfaat untunk semua org islam … Aminnnnnn
Assalamualaikum saya nak tanya
Qada’ ni kalau malam nak qada’zohor x da masalahkan. Ke kena ikut waktu
Assalamualaikum tuan..boleh kah solat qada ni dilakukan dua rakaat dua rakaat..contoh nak qada solat zohor..tapi buat dua rakaat sebelum fardhu zohor..dua rakaat lagi selepas fardhu zohor..mohon dijawab tuan..
Sehari ada 17 rakaat solat fardhu dari subuh hingga isyak 2+4+4+3+4=17..boleh kah diganti dengan dua rakaat secara perlahan-lahan mengikut masa kelapangan kita..contoh sebelum subuh buat 2 rakaat selepas subuh buat 2 rakaat waktu duha buat dua rakaat begitu lah seterusnya sampai cukup 17 rakaat kesemuanya..2+2+2+2+2+2+2+2+1=17..Mohon Pertolongan..Terima kasih
Terima kasih atas perkongsian.
Sangat2 membantu buat saya.
Alhamdulillah.
Assalamualaikum , mohon penjelasan . Sah atau tidak solat kita jika kita hanya lafaz dimulut tetapi tidak niat dihati ? Mohon balas Saya belajar lebih lagng solat , dulu saya hanya lafaz dan tidak niat dihati , sekarang baru tahu . Adakah sah solat saya dahulu yg hanya lafaz tetapi tidak niat dalam
hati ?