Akhirnya setelah 6 bulan aku menanti dengan penuh setia….semalam bermulalah episode baru untuk rumahku syurgaku….selama ini dinding dalam rumah aku hanya berlapikkan cat putih dan dihiasi oleh lukisan2 dari tangan2 gratil anak2ku…..

6 bulan sebelum ini memang susah somiku nak dapat masa yang sesuai untuk mengecat rumah…..banyak hal betul….kalau takde hal pun dah kerjanya asyik balik puchong atas permintaan anak2….macamana nak ada masa….aku pun tak paksa2…..nanti ada masa yang sesuai dia buatlah….takkanlah orang balik kerja dengan letih2 aku nak suruh cat rumah…..tapi disebabkan semalam dia cuti dan takder program khas….maka setelah berehat….dan selepas asar kerja2 mengecat pun bermula….
Lagipun rumah kecik…..cepat siap…..tapi semalam baru cat bahagian bawah….bahagian atas belum lagi….
Aku tak nak buat picture wall……tapi aku buat style lama….atas lain bawah lain….tengah2 pasang border paper…

Cat aku guna colurland…..padahal selama ini aku reti guna jotun sahaja…..tapi apa salah sekali sekala guna jenama lain…..made in malaysia…..hasilnya sungguh memuaskan…..aku guna colurland vinyl silk….atas warna butter cream….bawah warna coklat tua….namanya aku tak ingat…..
tapi kaler memang cun lah….sejuk jer dinding….mata pun sejuk memandang….oleh kerana aku beli 5 liter punya cat….aku cat dapur pun guna warna yang sama….tak payah membazir…..aku pun tak kisah….janji dinding bercat sudahlah….

Aku suka sederhana jer hiasan dalaman….idea dah ada cuma belum direalisasikan….biarlambat….asal cun dah lah…..
Nanti dah lawa sikit rumah aku….aku masukkan gambar yer…..

Peace…..

Tagged in: