Sejak tular dekat media social ada yang disuntik dengan picagari kosong makanya kini orang ramai diberi kebenaran untuk membuat rakaman video semasa suntikan diberikan.
Haaa lepas ni jangan kata petugas berat sebelah ker apa. And if ada yang tak izinkan korang tunjuk jer artikel ni pada diorang.
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Khairy berkata, ia sebagai bukti sekiranya terdapat sebarang isu.
“Ia (rakaman video) adalah kebenaran daripada saya dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba,” katanya.
Beliau berkata, penerima vaksin turut disaran melihat jarum ketika proses suntikan dilakukan selain jururawat perlu menunjukkan picagari yang mempunyai cecair vaksin kepada penerima.

“Saya harap ia berakhir di sini kerana kita tidak mahu petugas kesihatan terganggu dengan isu ini sejak dua, tiga hari kebelakangan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap isu suntikan kosong yang tular di media sosial.
Baru-baru ini, seorang individu mendakwa dia disuntik dengan picagari kosong oleh petugas selepas menonton semula rakaman video semasa proses suntikan berlaku.
Sumber : Astro Awani
Cannot brain jugak sebenarnya masa terbaca isu ni. Adakah petugas dah terlalu letih bekerja sampai terlupa isi vaksin dalam picagari ? atau ada masalah dalaman lain yang kita semua tak tahu ? Susah nak percaya tapi keberangkalian tu tetap ada.
Cumanya sebelum isu ni belum tular lagi aku memang dah rancang nak rakam video semasa diberikan vaksin. Bukan sebab risau kena suntik dengan picagari kosong tapi saja nak rakam sebagai kenangan.

Tapi aku taklah main redah jer rakam ikut suka. Aku sentiasa minta izin pada petugas terlebih dahulu. Kalau petugas benarkan baru aku rakam. Jika tak dibenarkan aku hanya patuh dan ikut sahaja arahan.
Mudah bukan ? Tak perlu nak pertikai kenapa si polan boleh kenapa aku tak boleh. Nah sekarang semua dah boleh. Alhamdulillah.
Bagus betul YB KJ ni kan sebab memahami dan tidak menyukarkan hasrat dan kebimbangan orang ramai yang nak ambik suntikan vaksin. Petugas kesihatan pun tak perlu rasa terdedah dan tertekan dah lepas ni. Anda dah jalankan tugas dengan baik dan cemerlang.
So gais lepas ni bolehlah masing-masing rakam dan upload video masa kena vaksin sebagai kenang-kenangan anak cucu.

nak pergi vaksin pun mata kena rajin juga buat kerja. kalau tidak buat naya je cucuk vaksin kosong. bagus juga dapat rakam boleh juga jadi bahan bukti 🙂
Rawlins hari tu minta izin nak rakam masa 1st dose. Petugas tak bagi. Kita ikut je arahan. Tapi betul, takleh brain gak yang injek kosong tu. Mesti dia ngah penat kan.
Rawlins GLAM recently posted…Are you OK today? Mindful Muslim is asking
Betul.. Sis masa cucuk petugas tanya, nak amik video ke gambar ke, tapi sebab Sis nak tengok, so dia cucuk ketepikan tangannya hehehehe.. cuma selpie dengan vaksinnya aje buat kenangan..
Sis Lin recently posted…ROTI JALA JELITA BUAT MAKAN-MAKAN SEMALAM
Bagus juga atleast kite pon alert.. Sbb kdg terleka rkm lain rupanya vaksin xde.. Hihi.. Apa2 pin kne ada adab minta izin juga pd petugas kan… Kdg ada yg rkm utk content diri sendiri.. Tu jd rimas.
Kak ari tu cuma amik gbr jer masa vaksin, next time dose 2 nak amik video plk klu dorang bg
Lega bila dah boleh rakam video semasa proses vaksin dilakukan.. AM pun nak ambil video juga utk simpan sebagai kenangan dan bukti vaksin telah diterima..
Baguslah kalau dibenarkan buat rakaman time suntikan, sekadar nak buat kenangan.
Sunshine Kelly recently posted…How to Recover Quickly After Getting Injured
Ya betul tapi baru-baru ni ada isu tak boleh rakam like for no reason musykil betul. buat org pening kepala jee T.T
nasib baik dah boleh buat video , maunya datang jejauh dia suntik angin sedih je