Asalamulaikum and hai gaiss ! Nampak gaya dah macam kewajipan pulak setiap tahun kami berempat akan merancang bercuti bersama. Tahun lepas 2018 kami berempat dah ke Hatyai , Thailand. Dan tahun ni kami decide untuk melancong dekat2 jer.
Kalau dulu ke Hatyai kami mengambil masa hingga 10 ke 11 bulan untuk merancang dan mengumpulkan perbelanjaan. Tapi kali ni tak sampai seminggu berbincang kami sepakat untuk menghabiskan masa bersama ke luar negara walaupun hanya ke Singapura. Bak kata mereka , janji kita semua pi cop pasport setiap tahun sudah.

Kalau ikutkan plan asal seasal asalnya memang dah lama merancang nak pergi somewhere naik bas, tapi aku ni sejenis tak suka naik bas. Aku ada perasaan gayat naik bas. Pernah dulu sekali trip family ke Penang kami semua kena naik bas. Aku punya gayat dan takut tu sampai tak boleh tidur langsung. Perasaan bas akan terbalik tu sentiasa bermain dalam fikiran aku.

Alhamdulillah dengan latihan dan membiasakan diri naik bas sebelum ke Singapura akhirnya rasa gayat dan takut naik bas berjaya diatasi dengan jayanya. Hoyeahhhh !!!
Dan trip kali ni macam biasa aku tak perlukan otak untuk memikir sebab kami semua pergi menggunakan perkhidmatan travel agent. Dan itu semua tugas mak kutu kami yang tersayang iaitu Hanani. Aku tahu bayar dan pergi sahaja.

Walaupun aku memang kerja dengan travel agent sebagai tour leader tapi sesekali apa salahnya bagi otak dan badan aku berehat dari memikir dan menguruskan orang. Hahahaha syok apa sekali sekala.

Jujurnya aku takder nak komen sangat pasal trip ni sebab mungkin aku sejenis yang mudah terima apa sahaja kekurangan dan juga kelebihan. Bagi aku mudah jer dalam bermusafir jika ada kekurangan itulah ujian jika ada kelebihan itulah hadiah dariNya.
ORANG SINGAPORE TAK SOMBONG
Selain sebab nak berjalan melihat negara orang kaya. Aku nak rasai sendiri pengalaman berjumpa dengan warga tempatan Singapura.
Teringat m asa aku kecik dari dulu biasa dengar jugak orang kata yang orang Singapore ni sombong sebab diorang kaya. Sebabkan tu aku agak menjauhi untuk berkawan dengan orang Singapore. Sampai sekolah menengah baru aku ubah sikit persepsi sebab waktu tu aku dah mula ada kawan pena serata negeri dalam Malaysia termasuklah dari Brunei dan juga Singapore.
Tiap minggu atau bulan kami akan berbalas surat dan bertukar cerita dan cenderamata dari negara masing-masing. Itupun sebab kami mempunyai minat pada kumpulan yang sama iaitu KRU.
Berbalik pada cerita kat Singapore, kebetulan Nina ada pakcik di Singapore. Pakcik belah mana aku lupa sudah. aku rasa dorang punya hubungan keluarga sangat kuat so bila pkcik Nina tahu Nina akan ke Singapore maka di ajak juga berjumpa walaupun hanya sebentar.
Aku yang baru lepas bersolat kat Masjid Sultan mulanya tak tahu dan tertanya-tanya siapakah orang lelaki berkopiah yang duduk bersama Nina dan Shehan di meja makan. Dari jauh beliau dah tersenyum-senyum melihat aku dan Nani datang menghampiri.
Tapi aku positif mengatakan itu mungkin orang Singapore yang peramah dan mungkin sedang tanya-tanya pada Nina tentang tujuan datang ke Singapore.
Oleh kerana waktu aku punya lapar tahap tak boleh bincang aku terus ke kaunter order nasi dengan sedikit sambal tempe dan rendang ayam serta kopi o ais. Masa kat kaunter nak bayar pulak lelaki berkopiah yang duduk tadi datang ke kaunter bayaran. Tapi aku ingat beliau ingin membayar harga makanan beliau sebab aku nampak ada satu lagi pinggan belum diambil oleh pelanggan. So aku pun persilakan beliau memotong aku untuk membayar dahulu.

Rupanya beliau minta cashier mengira harga makanan yang aku order. Katanya “yang ini saya bayar ..” aku macam , aaaa apa ?
Walaupun aku cakap tak payah beliau tetap nak bayarkan juga. Beliau suruh aku duduk dan makan. Dah duduk baru aku tahu rupanya itulah pakcik Nina yang duduk di Singapore.

Satu yang aku perasan orang Singapore ni suka kata bilang. Nina pun suka kata bilang dan bila flashback balik dialog2 allahyarham Tan Sri P.Ramlee mesti banyak guna ayat bilang. Contohnya
“saya bilang tak payah….”
Tiber aku rasa teringin nak repeat balik trip ke Singapore dan cari Studio Jalan Ampas .

Err amacam gaiss next trip kita jalan sendiri jer yer since kita dah ada kenalan kat Singapore.

So sampai setakat ini dahulu kisah trip sehari ke Singapore. Kalau korang nak baca panjang lebar pasal trip ni, korang tunggu jerlah lagi 3 orang tu up yer. Aku camnilah, lebih kepada mengambil hikmah dan ibrah disebaliknya.
Malas pun yer jugak, ahahahaha.
Nak skodeng gambar aku pi Singapore pun boleh, follow jer aku dekat Facebook dan Instagram.
Facebook : https://www.facebook.com/saidila79
Instagram : https://www.instagram.com/saidila/
Youtube : https://www.youtube.com/user/mydila79/

Tetiba rindu Singapore. Hahahaha..
Jommmm ulang!
Kali ni u siap tidoq berdengkoq dlm bas, konpem dah hilang gayat tu haha. Jom repeat, kita stay overnight plak kat sana. Besttt
Mama Kembar Tiga recently posted…Jatuh Cinta Dengan Obsess Cosmetics…Treatment Cushion Foundation Paling Best!
Lama betul menyepi. Dila sihat?
bestnya trip mak-mak ni. HArap Ina pon dapat join trip mak-mak ni juga satu hari.. heee
Lama dah simpan hasrat nak buat day trip ke Singapore tapi sampai lor ni x gi lagi. Hahaha. Good sharing. InsyaAllah nanti sampai sana.