Memandangkan ada antara kawan2 aku yang mungkin pertama kali nak pergi menunaikan Umrah, aku nak kongsi sedikit nota ringkas yang aku buat ni pada asalnya untuk rujukan diri aku sendiri dan supaya aku mudah faham.

Ada beberapa kali aku share secara peribadi sahaja pada kawan-kawan yang bertanya. Yang tak tanya aku tak bagi sebab bagi aku tahap kefahaman kita semua tak sama.

NOTA RINGKAS UMRAH

Kang aku kongsi katanya ustaz dia suruh begini-begini. Sebab tu aku tak kongsi pada yang tak minta dan bertanya.

Entah macamana hari ni aku dapat ilham untuk kongsi dengan korang semua. Walaupun aku sendiri tak ingat dah pernah share ker tidak dengan korang. Tapi tak kisahlah , sementara ingat ni biarlah aku share. Harapan aku semoga ianya bermanfaat.

Pada kawan-kawan yang bakal mengerjakan umrah aku doakan semoga korang mendapat umrah yang mabrur. Pada yang belum lagi dipanggil atau belum punya rezeki untuk menjejak kaki ke sana boleh cuba amalkan salah satu tips ini. Semoga Allah SWT mendorong hati kita untuk menunaikan Umrah dan mempermudahkan segala urusan kita .

Baca setiap kali lepas solat.

“Aku penuhi panggilan-Mu ya Allah, aku penuhi panggilan-Mu. Aku penuhi panggilan-Mu ya Allah, tiada sekutu bagi-Mu, aku penuhi panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji, nikmat dan kerajaan hanyalah kepunyaan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu”

BERMULANYA UMRAH

  • Sebaik masuk ke kompleks Masjidil Haram , apabila nampak Kaabah terus tadah tangan dan berdoa pada Allah SWT mohon minta ampun segala dosa
  • Tuju ke hajar aswad lambai dan bacalah “bismilahi allhuakbar”
  • Mula pusingan pertama dari hajar aswad sehingga ke penjuru iraqi dengan membaca doa atau surah al-ikhlas
  • Pusingan kedua zikir “subhanallah alhamdulillah allahuakbar” sehingga ke penjuru syami
  • Dari penjuru syami berdoa / berzikir sehingga ke penjuru yamani
  • Sampai penjuru yamani angkat tangan dan baca “bismilahi allahuakbar” dan baca doa “rabbana atina fid’duniya hasanah wafil akhirati hasanah waqina azabannar” sehingga ke penjuru hajar aswad
  • Sampai penjuru hajar aswad baca “bismilahi allhuakbar” angkat tangan dan isyarat kucup
  • Mulakan pusingan kedua sehingga pusingan ke tujuh
  • Selesai 7 pusingan dengan mengangkat tangan lambai dan kucup ke hajar aswad dan baca “bismillahi allahuakbar
  • Mulakan perjalanan menuju ke maqam ibrahim dan baca “wattahizu mi maqami ibrahimamusolah”
  • Solat sunat tawaf 2 rakaat dibelakang Maqam Ibrahim : niat (aku solat sunat tawaf dua rakaat kerana allah taala) , iftitah , rakaat pertama fatihah + surah kafirun , rakaat kedua fatihah + surah al ikhlas .
  • Selepas solat sunat tawaf pergi balik ke Hajar Aswad atau Multazam untuk Istilam . (berdoa , meminta dan merayulah di situ , itu antara tempat mustajab doa )
  • menuju ke bukit safa untuk saie
  • (*) dalam menuju ke Bukit Safa kita disunatkan membaca “inna sofa walmarwata minsya’irillah famanhajjal’baita awitamaro’falajunaha anyato’wafabihima wamantatowa’khairon fainnallaha syakirun’alim”
  • (*) Sampai ke kaki Bukit Safa , menghadap Kaabah dan baca doa
  • (*) Sambung lagi baca
  • (*) Kemudian berdoa samda ikut buku atau berdoa sendiri
  • Baca setiap kali sampai ke bukit safa dan marwah (ulang yang bertanda *)
  • Cukup 7 kali saie kemudian baru bertahlul
  • Selesai umrah

PANDUAN RINGKAS TAWAF 7

1. ZIKIR LA ILLAHAILLALLAH MUHAMMDUR RASULULLAH (subhanallah alhamdulillah allahuakbar )
2. SELAWAT KE ATAS NABI
3. BACA SURAH AL-IKHLAS
4. DOA MINTA AMPUN DOSA SENDIRI
5. DOA MINTA AMPUN DOSA IBUBAPA KELUARGA DAN KAWAN2
6. DOA UNTUK ANAK2 SEMOGA BERJAYA DAN CEMERLANG DALAM PELAJARAN TERANG HATI
7. DOA HAJAT MOHON BANYAK REZEKI DAN DIPERMUDAHKAN URUSAN DUNIA AKHIRAT

PERSIAPAN AWAL SEBELUM MENUNAIKAN UMRAH

  1. Solat sunat tahajjud
  2. Solat taubat
  3. Solat sunat hajat
  4. Doa dan zikir
  5. Banyakkan sedekah
  6. Mohon ampun segala dosa dan kesalahan sesama manusia

Categorized in: