“ibu , ibu engkaulah ratu hatiku 

bila ku berduka , engkau hiburkan selalu ,

ibu , ibu 

engkaulah ratu hatiku..” 

Bagi ibu-ibu yang penyayang.

Jingle yang tak akan aku lupa sampai bila-bila, sebab bila aku dengar automatik hati aku jadi rindu dengan belaian dan kasih sayang seorang ibu.

Tidak dinafikan Fernleaf adalah satu jenama susu yang sangat kuat dan pakar tenusu yang sangat dipercayai sejak 140 tahun yang lalu. Kini muncul pula Susu Fernleaf UHT.

APA ITU UHT ?

UHT merupakan singkatan dari ​Ultra-high ​T​emperature ​P​rocessing (UHT)​. Proses atau cara ini adalah yang paling banyak dipilih oleh para pengilang susu untuk menghilangkan kuman dari susu. ​Kerana ​susu lembu berpotensi untuk tidak disteril dan mengandungi kuman dari tubuh lembu tenusu.

Proses kerja UHT hanya perlu waktu tak lebih dari 3 saat. Susu dipanaskan sehingga 135 darjah celcius selama tiga saat. Dengan cara memanaskan susu, kuman-kuman akan hilang buat seketika.

Walaupun proses mengambil masa yang sangat singkat, 3 saat ini bertujuan untuk menghilangkan bakteria dan mikroorganisme serta memastikan kandungan vitamin dan protien dalam susu sentiasa terjamin dan tidak rosak.

Ok, dah faham apa makna UHT ? sekarang mesti korang nak tahu apa istimewanya lembu susu Fernleaf di New Zealand berbanding dengan jenama susu yang lain kan ?

Keistimewaan susu Fernleaf ini datang dari lembu-lembu yang diternak dengan baik di sebuah ladang di New Zealand. Ia adalah negara dimana lembu tenusu dapat meragut rumput secara bebas, tanpa terkurung dalam kandang. Lembu-lembu Fernleaf juga adalah lembu yang bebas meragut rumput segar.

Jadi, bila kita bebas kita mesti rasa happy kan, bila kita rasa happy mesti kita akan beri perkhidmatan yang terbaik. Bagitulah juga dengan lembu-lembu Fernleaf di New Zealand.

BAGAIMANA SUSU LEMBU FERNLEAF YANG BERKUALITI DIPROSES DAN DIHASILKAN

Haa ! macamana yer ?

Sejak dulu lagi bila tengok gambar lembu-lembu tenusu di ladang New Zealand sana, hati aku rasa teringin sangat nak tengok macamana lembu-lembu ini diternak dan bagaimana proses mengambil susu-susu tersebut sehinggalah sampai kepada tangan pengguna. Tengok iklan memang syok tapi lagi syok kalau dapat tengok sendiri depan mata.

Menurut sumber yang boleh dipercayai , lembu-lembu disana sangat sihat dan gebu begitu sangat teratur untuk berbaris sewaktu memasuki kawasan khas pemerahan susu masing-masing.

Apabila mesin ditekapkan pada dada masing-masing, tiada pula yang membuat hal. Seperti sudah tahu rutin pemerahan susu yang akan dijalani setiap hari, selesai saja susu dipam keluar dari dada masing-masing, elok saja kumpulan lembu itu berbaris keluar dari kilang dan kemudian masih berbaris sewaktu merentas laluan untuk ke ladang!

Pada zaman kini usah berharap kita dapat melihat proses pemerahan susu dilakukan menggunakan tangan. Ini semua kerana mesin telah pun mengambil alih tugasan pemerahan susu dari lembu dengan begitu cekap sekali.

Tahukah Anda ? Seekor lembu boleh mengeluarkan susu untuk tempoh kira-kira 10 tahun daripada hayatnya.

LEMBU TENUSU BEBAS MERAGUT RUMPUT HIJAU SEGAR DILUAR

Bercerita mengenai pemakanan lembu-lembu di ladang, New Zealand yang mempunyai padang rumput menghijau luas terbentang bagaikan satu tarikan memukau sesiapa sahaja yang mahu menghayati keindahannya.

Buat manusia, kehijauan sebegitu me­nyajikan kepuasan menatap pemandangan yang tampak indah dan menenangkan, manakala bagi si lembu, itulah nikmat mengisi perut masing-masing dengan rumput yang segar yang tumbuh dengan begitu baik sekali serta berkualiti terbaik dari alam supaya mereka dapat menghasilkan susu yang berkhasiat yang berkualiti tinggi.

New Zealand dengan tanahnya yang begitu subur, kadar hujannya yang baik dan cahaya matahari yang banyak telah menjadikan ianya salah satu tempat yang terbaik di dunia untuk menghasilkan susu.

Kesegaran rumput juga tentu sekali bergantung kepada suhu tanah. Suhu paling sesuai untuk menghasilkan rumput yang baik seharusnya melebihi 10 darjah Celsius. Manakala suhu paling rendah untuk pertumbuhan rumput yang sesuai sekitar 10 hingga 15 darjah Celsius.

Dengan menghabiskan 90% masa untuk meragut rumput secara  bebas pada hari yang cerah, secara tidak langsung lembu tenusu mendapat kandungan vitamin D yang sihat. Oleh itu lembu tenusu New Zealand menghasilkan susu dengan tahap Vitamin D yang lebih tinggi berbanding lembu tenusu yang sering terkurung didalam kandang.

https://www.facebook.com/saidila79/videos/2416829818331348/

LEMBU TENUSU MENGHASILKAN SUSU SEMULAJADI 100%Mmmmm

Produk tenusu berkualiti tinggi bukan saja bermula dengan rumput berkualiti tinggi, malah keluarga penternak juga komited kepada piawaian kawalan kualiti yang ketat antaranya menerusi ujian di ladang juga penilaian alam sekitar.

Dengan rumput yang berkualiti tinggi, iklim yang selesa, udara dan air yang bersih. Lembu tenusu New Zealand telah menghasilkan susu secara semulajadi tanpa memerlukan sebarang bentuk bahan sebagai penggalak susu.

Sebab itulah rasa susunya 100%Mmmmm

PAKAR TENUSU BERPENGALAMAN 140 TAHUN

Bila bercakap tentang pakar tenusu , semestinya New Zealand sebagai peneraju dunia akan muncul sebagai juara dalam industri tenusu hari ini. Ianya adalah industri tenusu yang menjadi kepakaran dan juga warisan bagi penternak di ladang lembu tenusu di sana.

Dengan 140 tahun pengalaman dalam perladangaan tenusu, peladang disini sangat bengga dan berdedikasi dalam kerja mereka bagi memastikan kualiti tertinggi pada setiap peringkat pengeluaran susu bermula dari air yang bersih, rumput yang berkualiti tinggi sehinggalah produk sedia untuk diedarkan kepada pengguna.

Haaa nampak bukan ? Bukan calang-calang susu yang sampai ke tangan kita kerana setiap titisan susu terbabit sudah menempuh pelbagai ujian penilaian.

Makanya susu Fernleaf penuh dengan 100% manfaat terjamin dari New Zealand.

Facebook  : Fernleaf Malaysia

RESIPI OMELETTE GEBU MENGGUNAKAN SUSU FERNLEAF

Dan yang terakhir ni aku nak berkongsi dengan korang satu resipi yang menjadi kegemaran anak-anak aku setiap pagi.  Minum susu dengan bijirin itu biasa dah. Tapi resipi ni made with 100% milk from New Zealand.

Lepas aku sendiri cuba letak bahan terbaik dari New Zealand ni untuk bersarapan, sekarang itulah rekues anak aku setiap pagi. Sarapan yang cukup mudah dan ringkas untuk disiapkan. Dan yang paling penting ianya dapat membuatkan mereka rasa kenyang , dapat khasiat dan cukup bertenaga untuk ke sekolah.

Bahan-bahan

  • 3 biji telur
  • 1/2 cawan susu Fernleaf UHT Full Cream
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • lobak merah dipotong dadu ( option )
  • sosej ayam dipotong dadu ( option )
  • sedikit mentega

Cara-cara

  1. Pecahkan telur dan tambah kesemua bahan seperti susu , lada sulah , lobak merah
  2. Kacau sebati
  3. Panaskan kuali dan cair kan mentega
  4. Tuang kesemu bahan dan mula tolak telur dari tepi ketengah sehingga dapat tekstur yang kita inginkan
  5. Lipat telur dan angkat
  6. Sedia untuk dihidangkan

Selamat Mencuba !