Hahhhh ! skodeng apa tu yeopp ? ooo nak tahu shellout viral akak viral eh ?
Hah betul dah nih , kat sinilah korang leh dapat maklumatnya .
Pada yang tak tahu tu sengaja aku nak bagitahu yang pertengahan bulan lepas hari tu Kak Laila baru jer bukak kedai Shellout kat Food Court Kuarters KLIA . Alaaa yang depan dia ada Petronas dan tepi Masjid Kuarters KLIA jer . Takpun korang waze jer White Garden Food Court .
Aku nak cadangkan kat korang jer , kalau korang duduk sana ker atau ada nak terlalu kesana korang mesti singgah cuba shellout Kak Laila sebab shellout kak laila bukan macam shellout yang biasa kita pernah jumpa .
Hidangan Shellout Station Yang Lebih Bertamadun
Cara hidangan shellout Kak Laila kat sini agak bertamadun berbanding dengan shellout yang biasa korang tahu . Siyes aku lebih suka dengan presentation shellout yang Kak Laila buat . Takder masaalah kuah meleleh ke bawah kalau meja senget . Takder masaalah plastik atau kertas hidangan terkoyak akibat kuah panas .

by Ben Ashaari
Beberapa kali aku makan shellout style lambak ni memang agak kurang selesa . Tapi nak buat camner kan , dah gitu kaedah hidangan dia . Makanya bila Kak Laila buat style shellout yang lebih maju ada pulak yang pertikai sampai kata tak berkenan .

by Ben Ashaari
Well , itu hak dia nak cakap apapun tapi cara baru tak semestinya tak bagus , yer dak ? Bagi aku Kak laila bijak nak buat kelainan dalam hidangan . Ai likeeeee
Untuk sos shellout pulak Kak Laila sediakan 2 sos shellout yang berbeza warna dan rasa , satu sos black pepper satu lagi sos buttermilk .
Bila bergabung memang rasa dia perghhhh sangat . Kuah black pepper tu memang sedap , sampaikan kalau aku order fries untuk Cinta , mesti aku cicah ngan sos black pepper Kak Laila .

tengok aku …fokus menghadap rezeki , bukan macam orang tu…..kuikuikui
Dari sebelum kedai tak buka lagi Kak Laila dah test market dengan membuat shellout delivery . InsyaAllah projek shellout delivery ni akan berjalan kembali . Tunggu jerlah pengumuman dari Kak Laila nanti .
Mantou Bun with Buttermilk
Hah yang ni pulak add on dalam buku menu , nama dia Mantou . Mantou ni pun aku belajar makan dari Kak Laila jugak . Masa first time makan tu aku makan dengan itik salai dan sos thai .
Macam biasalah , Kak Laila ni kaya dengan idea . So terhasilah menu Mantou ni . Set Mantou ni dihidangkan bersama sos buttermilk .
Rasa sos buttermilk Kak Laila ni memang sedap , rasa dia ada manis , ada lemak masin dan pedas-pedas . Anak-anak aku suka jer makan , menjilat jari gitu . Memang sesuai sangat makan dengan mantou bun yang dihidangkan .
So kalau korang nak ke sana mencuba aku sarankan korang order lebih sebab biasanya aku makan sepinggan pun tak cukup . **ehehehehe …..
Harga hanya Rm3.50 sahaja untuk 6 ketul mantou . Berbaloi order .
Lokasi D’Laila Shellout Station
Waze / Gmaps : White Garden Food Court atau Masjid Kuarters KLIA .
Facebook : Norlaila Dlaila Dlaila
Selamat Mencuba !
Nota Kaki : so setakat ini dahulu perkongsian aku . Kot ada benda lagi aku nak share aku tulis yer . Apapun aku nak ucapkan terima kasih kat korang semua kerana sentiasa menjadi pembaca setia blog aku .
Terima kasih dan aku hargai sangat-sangat .
sedapnye nengok.. makin lapar pulak perut ni hihihi
sedapnye, tempat ni dekat dengan rumah adik ipar, dia duduk salak perdana. nak ajak dia la nti
Dapnya..nanti nak ajak laki i la gi sini..tgg kak laila balik dari Korea dulu ekkekek