Annyeong ! kali ni aku nak review satu cafe yang jauh dari Malaysia , biar padan muka korang semua termasuklah aku. Hahahaha

Peluang 15 hari travel di Korea pun masih tak cukup untuk aku explore segala mak nenek makanan yang ada disana. Baik mencari makanan tempatan yang Halal mahupun makanan dari negara sendiri iaitu Nasi Lemak.

Tempat ni pun aku tahu dari Ayu punya junior yang memang kerja kat Korea. Masa ni Ayu , Jean dan Nan baru sampai dari Malaysia.

So apa yang menariknya kat sini ? haaa tengok namapun dah Nasi Lemak D’Seoul , semestinyalah menu utama kat situ ada nasi lemak.

Landmark Nasi lemak D’Seoul :

Kedai ni terletak dekat kawasan Myeongdong tapi aku akan bagi cara paling senang sekali nak pergi situ supaya korang tak sesat danberpusing-pusing sekalipun korang first time datang situ.

Melintas dari depan Daiso , lepas melintas terus ke kanan . Dari jauh korang akan nampak Hotel Skypark iii , sebelum sampai hotel sebelah kiri masuk ke jalan sebelah kanan , jalan terus dan akan ada simpang lagi tapi ambik lorong jalan ke kanan dan terus jalan pandang sebelah kiri sahaja sebab Nasi lemak D’Seoul terletak kat sebelah kiri korang.

Haaa senang jer kan. Kalau tak jumpa jugak , korang boleh cuba guna Naver Map , Google Map ataupun Waze. Tak jumpa jugak sila call nombor kat bawah.

Ok sambung bincang pasal makan. Range harga kat sini standard macam kat restoran lain yang ada di sekitar Seoul. Lagi rare sesuatu makanan , lagi mahal dia punya harga.

So , walaupun nasi lemak ni kategori rare bila keluar dari negara sendiri yang lagi rarenya bila nasi lemak yang ko nak makan tu offer sambal udang yang ada petai. Ko rasa nak tolak ke nak order ?

Haaa apa lagi , orderlah sepinggan kongsi berdua dengan Kak Laila.

Sampai jer pinggan nasi lemak tu , tak tunggu apa terus makan lepas baca bismillah.

Pendapat aku , nasi dia biasa2 jer taklah wangi dan berlemak sangat macam nasi lemak kat Malaysia. Ni kat Seoul kot , makanya ko kena faham kenapa bau nasi lemak tu tak berapa sampai. Tapi itu bukan perkara besar pun sebab aku lebih teruja tengok sambal udang yang ada petai tu. Petai tu memang buat aku rasa macam nak duduk bersila sambil membawang kejadian-kejadian lucu yang berlaku sepanjang aku stay kat Korea dengan Kak Laila. Oh yer tak lupa aku order secawan kopi o panas yang rasa dia macam kopi Hang Tuah. So hidangan hari tu cukup sempurna buat aku dan inilah aku menulis supaya korang tahu.

Lagi satu aku nak remind korang supaya tanya dulu sebelum datang, nasib tak baik mau kecewa korang dibuatnya sebab adakalanya diorang terpaksa tutup satu kedai bila dapat tempahan besar.

Aku sendiri dah menapak sampai ke situ dengan harapan nak makan nasi goreng kampung , sekali tutup daaa. Agak frust jugaklah tapi hidup kena diteruskan.

InsyaAllah next time kalau ada rezeki aku akan datang ke Seoul lagi dan cuba hidangan lain yang aku belum sempat cuba.

Di kejauhan ini , disatu lorong ditengah bandaraya besar yang sibuk dengan pelbagai manusia yang berbeza negara , agama dan budaya terdapat sebuah kedai makan bagaikan di negeriku sendiri yang dipanggil Nasi Lemak D’Seoul.

Apapun , Selamat Mencuba !

Soft reminder : if ke luar negara jangan sesekali convert harga terutamanya makanan.