Sejak kejadian posting ‘viral’ aku yang lepas, aku belajar untuk tidak ambik peduli dengan apa yang orang kata. Apatah lagi kalau kata-kata tu bersifat kecaman sampai menyentuh fizikal seseorang yang kau tak pernah kenal.
Paling amazing bila tahap mulut puaka golongan maksum yang bangga dan mendabik dada dengan ilmu pinjaman Allah menggelar aku bodoh , dan tuduhan2 lain yang tiada kena mengena dengan posting.
Atas nasihat kawan yang rapat dengan aku, posting viral tu pun aku dah hide dari timeline aku.
Aku nak explain pun dah terlambat dan tak berguna. Satu persatu ugutan demi ugutan dari ‘golongan maksum’ aku baca dan telan dengan pahit.
BILA ADA BUKTI KENAPA GOLONGAN MAKSUM MULUT PUAKA NI BERDIAM DIRI ?
Rasanya korang mesti tahu apa makna maksum, maksum tu maknanya bebas dari berbuat dosa. Dan untuk pengetahuan, term golongan maksum ni pun datangnya dari netizen yang pernah menghadapi situasi yang sama dengan posting aku. Bagi diorang golongan ni adalah golongan yang tak boleh ditegur dan sentiasa nak menang dan merasa diorang tahu segalanya dan tak pernah berbuat salah dalam kerja diorang.
Adakah itu mungkin ? naa mungkin.
Dan tup-tup macam kisah sambungan di socmed dalam minggu ni tiba2 salah seorang dari kalangan mereka sendiri buat salah secara terang-terangan dengan melabel netizen sebagai ‘bebal’. Tapi pandai pulak ‘golongan maksum bermulut puaka’ ni mendiamkan diri.
Aku belum pernah lagi join netizen lain serang golongan2 profesional kat mana2 page. Apatah lagi tag kawan2 ajak serang sama2 tanpa usul periksa dan tanpa berfikir.
Posting luahan orang awam di akaun peribadi diambil sebagai kenyataan sah yang boleh didakwa. Sejak bila eh ?
Habis tu yang ‘golongan maksum’ label orang jatuh motor sebagi mat rempit tu bukan kategori fitnah jugak ker ? tapi tak boleh dakwa ? sebab apa tak boleh, sebab tu cuma just cakap jer. Humans error katanya..!
Wow senangnya hidup, kau kata orang boleh , orang kata kau tak boleh ?
BELAJAR MERAIKAN PENDAPAT
Berbalik kita pada isu Doc yang melabel pengomen sebagai bebal. Tak sempat Doc tersebut nak membela diri, habis wall beliau diserang netizen secara berjemaah dengan pelbagai komen dan gelaran yang tak sepatutnya.
Boleh kata situasi Doc ni sekarang sama jer dengan aku. Bezanya dia Doc yang ilmunya setingga menara KLCC aku pulak orang biasa yang ilmu hanya setinggi buku lali. Dengar kata sampai Doc tersebut deactivate akaun FB nya kerana teruk disekolahkan oleh netizen dan pakar pemakanan bertauliah.
Serius aku bersimpati pada Doc tersebut sebab katanya sebelum dia membebalkan netizen yang berkongsi pengalaman, dia juga seorang Doc yang banyak berkongsi ilmu perubatan dengan netizen.
Again, aku tak kata pun diorang ni semua sama perangai, tapi aku kata pada yang jenis nak menang ni siap tag panggil kawan2 di posting aku untuk hentam aku dan menyimpang dari main isu.
Dalam pada aku dihentam, dikutuk sebab bodoh pasal SOP perubatan, tampil beberapa orang dikalangan mereka yang lebih berpengalaman juga turunkan pendapat yang aku kira sangat adil untuk aku.
Mereka juga tidak menafikan apa yang aku kata itu sememangnya benar dan mereka juga menegur junior2 mereka untuk terima luahan peribadi orang awam secara terbuka.
Oleh sebab masih wujudnya orang seperti senior mereka yang matang, yang sedia meraikan pendapat dari orang biasa, makanya hati aku jadi lembut dan ambik keputusan untuk menutup perbincangan isu label melabel ni dengan segera. Point dia kalau kau tak buat , maka kau tak perlu pun nak terasa.
Bukan sebab aku takut isu ni naik ke pihak atasan sepeti yang segelintir mereka dakwa. Tak kurang juga yang terus menerus serang aku di posting lain selepas aku hide posting tersebut.
Ada juga yang sanggup PM aku dan komen di posting aku yang lain yang langsung tak berkaitan hanya untuk mencetuskan provokosi. Tapi sorry der sebab aku tak layan.
Tak kurang juga ada yang mengugut untuk mendakwa aku dengan akta2 yang aku tak pernah dengar.
Sekali lagi aku rasa lawak dan rasa amazing ‘yakmat’ sebab sampai macam tu sekali rupanya tindakan dan pemikiran golongan profesional maksum ni punya ego, senang-senang jer nak mendakwa dakwa orang hanya dengan satu posting. Amazing sangat cara kau tu der ! ( ker kau sebenarnya nak aku letak profile FB korang dan komen2 puaka kau kat socmed biar orang atasan kau masing2 tengok ..? )
Ikut hati panas memang aku nak jer lawan balik pastu buat aduan rasmi sebab aku memang ada bukti. Tapi sebab aku tak berniat langsung nak buat sampai ke tahap yang lebih tinggi maka aku pun tarik nafas hembus dan let it go.
TERIMA KASIH KERANA MEMAHAMI AKU
Alhamdulillah, memang ada hikmahnya ianya terjadi. Aku nampak hanya beberapa orang kawan sahaja yang tampil memberi komen membela dan menyokong aku sewaktu aku dihentam ‘golongan maksum’. Memang tak sangkalah. Benar kata orang, nak tengok berapa ramai kawan kau ada , tunggu bila kau susah.
Diorang faham benar yang aku sendiri tak jangka luahan aku di socmed mendapat perhatian dan pelbagai reaksi dari netizen yang pernah mengalami situasi yang sama seperti apa yang aku up.
OFF NOTIFICATION SOCIAL MEDIA
Thats why bila aku sedar perkara ni mula nak menjejaskan emosi aku, benda pertama yang aku kena buat dulu ialah OFF NOTIFICATION .
Paling tidak stress aku boleh hilang dan aku dapat buat posting2 seterusnya dengan tenang dan senang.
Aku cuma bukak balik posting tu bila aku teringat dan aku akan respon bila perlu.
So pada yang follow aku tanpa paksa, tolong jangan judge aku sombong bila aku ignore segala komen yang ada.
The end yang stress’nya nanti aku, yang kena kecam jugak nanti aku.
Kalau ikut perangai aku yang dulu, memang aku akan lawan habis-habisan. Apa nak jadi pun jadilah.
Tapi entah kenapa sejak dua menjak ni aku ambik jalan untuk buat rilek buat cool. Aku latih diri untuk hadapi setiap ujian tu dengan hati yang terbuka.
Aku belajar dari kawan aku yang sentiasa bersedia menghadapi apa sahaja situasi tak terjangka di socmed.
Walaupun ada yang kata, tutup jerlah akaun FB kau tu. Tapi aku cuma boleh kata ,”maaf kawan, socmed ni tempat aku cari makan…suka atau tak memang itu yang aku kena hadapi..”
Its socmed yarrr !!
Sabar jelah ye. Patutnya kita semua meraikan pendapat.. tak gitu 😉
Jaja | Youth Skincare recently posted…Cara Jaga Kulit Muka | 8 Kriteria Yang Perlu Tahu Untuk Nilai Kesihatan Kulit Anda