Sapa pembaca blog aku yang pakai spek ? uuu ramai nih ! aku bukan tanya sesaja tau, tapi ni haa aku ada berita baik yakmat nak kongsi dengan korang semua. Rasa rugi dan rasa bersalah kalau tak kongsi dengan korang dulu.

Ekceli aku ambik masa sikit nak share dengan korang sebab aku nak test sendiri dalam seminggu dua ni betul ker dengan spek semurah Rm125 dapat mengatasi masalah-masalah orang ber’spek macam aku nih. Aku tak nak lah indah khabar dari rupa ataupun sekadar sembang warm-warm chiken shit.

aku dan spek lama..

Now dah lebih seminggu aku guna, and yes ianya memang berbaloi. Menyesal worr tahu lambat ada kedai spek yang jual lense berkualiti pada harga murah gilerrrr dan murah yakmat.

Harga spek aku yang lama boleh beli 10 spek yang aku pakai sekarang tau. Kerana itulah aku masih bertahan pakai spek tu dekat 3 ker 4 tahun. Padahal spek beribu aku tu taklah ada anti silau  sangat, apatah lagi ada extra UV protection yang mampu menghalang sinaran UV dari skrin handphone  komputer tembus direct ke anak mata.

Aku tahu kedai spek ni pun dari bosskur Ben Ashaari. Tanpa dia sampai ke sudahlah aku pakai spek yang alignment pun dah lari. Nak buat baru serius memang kos’lah jadi penghalang. Spek untuk orang cam aku ni yang power cecah 500 kalau tak ada Rm500 memang tak payah beranganlah nak pergi buat spek baru.

KEDAI SPEK PALING MURAH DI KUALA LUMPUR

Tu yang aku terkejut giler bila datang kat Eyes Vision Optical , Sungei Wang Plaza ni aku boleh beli spek dengan harga murah namateyyy.

Aku pilih frame fleksible yang cuma berharga Rm65. Kalau nak tahu harga Rm65 tu bukanlah harga frame semata macam kat kedai sepak lain. Satu benda yang aku cukup jaki dengan kedai spek ni ialah bila diorang spin kita dengan harga lense sampai tak masuk akal.

Let say yer harga frame spek Rm100 tu frame jer tau ! belum masuk harga lense pastu kau campur power campur multicoat bagai. Mana tak gedebak gedebuk terus jadi 1k. Bodoh-bodoh pun mesti kau kena caj Rm500 untuk satu spek yang hanya ada frame dan power sahaja.

Tapi kat sini lain, harga Rm65 itu harga frame siap lense yang ada power. Ok itu pun aku dah cukup puas hati. Comel pun comel ! hikhikhik

mulanya nak pilih frame acah2 awek K-Pop

yang ni frame dia besau nau sampai sentuh pipi kata staff kat situ

HARGA LENSE ALPHA BLUE 420 MAMPU MILIK

Cuma saja aku tanya kalau aku nak lense yang ok sikit camner ? mahal tak boss ? cuma kau jangan tanya harga lense Hoya jer, kat mana-mana pun yang namanya Hoya tu memang mahal yakmat ! Aku cuma minta lense yang ok sikit jer dari lense yang sedia ada dalam pakej. Kalau kena dengan bajet memang aku angkat, kalau tak memang selamat tinggal.

Lepas aku usha beberapa jenis kelebihan lense yang ada , aku tertarik nak gunakan lense brand ALPHA BLUE 420 . Kenapa ? ok meh aku cerita apa yang best.

Korang tau kan yang skrin gadget kat handphone dan komputer semua ada keluarkan sinaran UV yang tak bagus kalau kena direct kat mata. Kesan dia mata jadi cepat letih dan kepala pun jadi pening.

So kegunaan Alpha Blue 420 lense ni ialah dia dapat menapis sinaran UV tu dari direct tembus ke mata kita. Lagi satu yang bestnya bila drive waktu malam bila ada kereta yang gunakan lampu tinggi atau lampu HID mata kau dah tak silau sebab ALPHA BLUE 420 lense ni mampu memantulkan balik cahaya supaya mata kau tak berpinar bila terkena cahaya.

So, frame tadi Rm65 kan , sebab aku nak guna lense ALPHA BLUE 420 tu, korang rasa aku kena tambah berapa RM lagi ? Dengan fungsi lense yang ada UV Protection mestilah mahal kan ?

done ! frame fleksible Rm65 + lense Alpha Blue 420 Rm60 = menjadikan kos keseluruhan Rm125 dan siap dalam masa 1/2 jam

Bila Jun dan William bagitahu aku harganya, sekali lagi aku terkejut, biar betik ? dia kata “kakak cuma tambah Rm60 jer kalau kakak nak guna Alpha Blue 420 lense ni…” So total kos spek aku hanya Rm125 sahaja ! No hidden charge !

Balik rumah aku suruh dd teka berapa harga spek aku, dia belek-belek dan jawab Rm500 , lepas aku bagitahu cuma Rm125 , tu yang dia terkejut terus gedik nak buat jugak. Hehehehe baru hang tau yer.

walaupun kereta belakang guna lampu tinggi mata aku dah tak silau lagi dengan bantuan lense ALPHA BLUE 420

SPEK SIAP DALAM MASA 1/2 JAM

Bila dah memilih frame dan lense pastu test mata semua. Agaknya bila boleh siap spek nih ? Haa ini pun salah satu benda yang aku tak percaya ada kedai spek boleh buat. Tapi percayalah yang ianya benar.

Spek yang korang puji cun tu memang siap dalam masa setengah jam dan itu rekod buat spek paling cepat aku pernah buat. Biasanya tiap kali buat spek mahu ambik masa 3 hingga ke 4 hari. Tapi kat sini diorang boleh siapkan dalam masa setengah jam hingga ke 1 jam bergantung pada lense dan apa add on yang korang nak.

Ada orang suka tambah transition, ala yang lense tu kalau kena matahari nanti dia tukar jadi gelap tulah. Kat sini nak add on transition tu pun murah, cuma tambah Rm60 sahaja. Murah sangat.

So pada korang yang dah lama nak buat spek baru tapi risau pasal bajet, korang boleh datang ke sini. Bagitahu jer Saidila Blogger atau Kak Long yang rekemen suh datang. Sebab diorang kenal aku yang asik ke situ teman member pilih spek.

Mana tahu kalau sebut nama aku korang boleh dapat diskaun, nanti korang jugak yang untung. Kat sini juga first time aku buat spek baru yang terus boleh pakai dan langsung tak rasa pening sebab kemahiran memeriksa mata yang ada pada William.

TERIMA KASIH

Akhir sekali aku nak ucapkan terima kasih kepada staff Eyes Vision Optical atas cadangan memilih frame yang sesuai dan juga layanan mesra yang diberikan kepada aku semasa aku memilih spek. Walaupun aku pilih spek murah tapi layanan tetap terbaik. So lulus and recomended 100% by Saidila !

Lokasi: Sungei Wang Plaza

1. Eyes Vision Optical, Lot G096
2. Eye Smart Concept, Lot G079
3. Eye Smart Vision, Lot G070
4. Eye ProVision, Lot G111 

Phone: 016-3636464 ( Jun ) 016-3771304 ( William )

Waktu Operasi : 11pagi – 9malam

Categorized in: