Al-kisahnya, satu pagi Selasa tu lepas habis meeting AIM kat Nilai, Kak Laila ajak aku pergi Nilai 3, nak beli barang hiasan katany. Aku pun ok jer. Pada mulanya aku cadang nak makan kat satu tempat tu, apa nama tempat tu aku lupa pulak. Tapi kat tempat tu ada menu yang aku suka makan iaitu Kacang Pool JB, first time makan aku terus jatuh ketagih nak makan lagi.
Tapi sebab aku lupa nama tempat dia apa, maka tak jadilah aku nak cerita kat korang. Lain kali sahaja lah yer aku cerita.
Sampai Nilai 3 aku singgah kat tempat yang Kak Laila nak pergi, settle semua beli barang perut pun on time lapar nak minta makan. Lagipun dari keluar rumah pagi tu aku tak makan apa-apa sebab nak makan sama-sama dengan Kak Laila. **sweetkan aku ?? ehehehehe
Nak pergi ke tempat yang aku cakap tu mcam dah tak sempat sebab aku nak kena balik masak. Kak Laila cadangkan supaya makan kat satu kedai ni kat area Nilai 3 jugak. Aku cakap OK jer kat mana-mana.
Lagipun selera Kak Laila ni bukan calang-calang tau. Kalau dia kata sedap tu sedaplah. Biasanya aku memang sependapat dengan Kak Laila. Mungkin sebab tu aku dengan Kak Laila boleh ngam berkawan sampai 3 tahun dan boleh buat bisnes sama-sama.
Sampai kat tempat yang Kak Laila kata, aku tengok tempat ni macam biasa jer. Orang pun tak ramai sangat, tapi mungkin sebab masa aku sampai tu masih awal dalam pukul 11 pagi.Kebetulan Kak Laila pulak memang tengah tak berapa sihat lepas balik dari Guangzhou. Jadi Kak Laila kata nak makan sup kat situ.
Kak Laila order sup letak usus dengan pentol, oleh kerana aku pun tak tahan dengan bau sup yang sedap tu terus aku pun order semangkuk sup tapi aku letak ekor.

sup pentol yang kak laila makan
Sambil tu aku tinjau-tinjau segala lauk yang ada. Nampak sambal udang tu macam sedap jerrrr. Sambalnya merah gelap dan pekat, udang pulak nampak segar. Dan aku pun terus cakap “pakcik..nak nasi…” pakcik tu tunjuk kat bahagian deretan lauk-pauk, rupanya konsep kat situ self service daaaa.

sambal udang …haihhh nyesal amik 4 ekor jer
Aku sendok nasi ikut suka aku, pastu aku ambik sambal udang 4 ekor dan sayur campur yang ada brokoli. Kalau korang nak tahu aku memang penggemar sayur brokoli. Walaupun ada kajian mengatakan yang orang berdarah O tak berapa digalakkan makan sayur brokoli tapi aku peduli haper. Kajian belum terbukti apa-apa pun.

inilah sayur campur yang aku ambik, janji ada brokoli
Ok sambung, lepas aku ambik 2 lauk, aku duduk kat meja dan order air teh o ais. Hirup dulu sesudu sup yang dicampur ekor, “sssslurrppppp…” gitu bunyinya, “perghhhhhhhh…” itu jer aku mampu kata dalam hati. Lepas tu aku makan pula nasi ngan sambal udang, perghhhhh lagi aku kata dalam hati. Sayur tu biasa jer, tak letak bahan apa pun aku suka sebab ianya brokoli.
Aku memang tak kata banyak hari tu masa makan, sebab menikmati dengan hati dan perasaan. Kalau Kak Laila tu pun aku dah kata Queen Masak Memasak, Pak Aji ni pulak aku sifatkan sebagai bapak kepada Queen Masak Memasak.

waduhhhh tempe ni nampak enak bangetttt
NAK…PAKCIK HANYA CUMA MAMPU BERTAHAN DENGAN PERNIAGAAN INI DAN TIDAK MEMBUAT HUTANG
Dah nak habis makan, Pak Aji baru datang duduk bersembang dengan Kak Laila. Rupanya Kak Laila memang berkawan dengan Pak Aji.Maka aku pun didengarkan dengan kisah kejayaan dan kejatuhan perniagaan Pak Aji.
Serius beb aku memang touching. Nasib dah habis makan, kalau tak mau terbantut selera sebab menyelami perasaan seorang tua yang masih gigih mempertahankan perniagaan yang ibarat telur dihujung tanduk.
Sebesar ruang yang ada, yang dulunya meriah dengan pelbagai jualan makanan kini sebesar ruang itu hanya Pak Aji yang masih setia meneruskan perniagaan. Bahan yang digunakan sejak dulu hingga kini tak pernah dikurangkan.
Bila ditanya kenapa Pak Aji masih nak berniaga kat situ, katanya “apa boleh buat nak, pakcik kena teruskan jugak, walaupun untung tak seberapa tapi pakcik tak pernah kurangkan bahan-bahan yang pakcik guna untuk masak, bila pakcik tengok kau makan sampai licin pinggan, bagi pakcik itulah kepuasan yang pakcik dapat. Pakcik cuma bertahan dan harap redha Allah dalam perniagaan dan tidak membuat hutang. Pakcik dah tua, tak kuasa nak kesana sini nak cari tapak baru, ada orang nak berniaga kat sini pun pakcik suruh pikir masak-masak. Tengoklah tempat ni, mana ada orang sangat, pakcik tak nak aniaya orang yang baru nak berniaga, lebih baik dia cari tempat yang memang ada orang…”
Aku yang mendengarnya terus tertunduk. Rasa sedih pun ada, tapi aku cover dengan senyuman, malulah kalau gengster nangis depan orang tua, yer dak ?
Aku tahu bukan semua orang punya jiwa menjalankan perniagaan demi mendapat redha Allah Taala.
Cerita Pak Aji lagi, pernah ada satu keluarga makan disitu tapi tidak mahu membayar apa yang dimakan hanya kerana harga yang dikenakan Pak Aji tidak berbaloi dengan apa yang mereka makan. Dan mengugut Pak Aji untuk mentularkan kedai Pak Aji supaya tiada orang datang makan disitu lagi.
Pak Aji kata, dia tidak kisah jika ada pelanggan seperti itu sebab dia tidak pernah menipu dalam harga, dan harga setiap lauk telah dipamerkan. Makanya Pak Aji menasihatkan sebelum mengambil sebarang lauk pauk sila tengok harga dahulu.

aku suka sign ni, setengah orang memang tak alert langsung ambik makanan sambil merokok
Sambal udang yang aku makan Pak Aji kata dia kira Rm1.50 untuk seekor, dia tanya aku mahal ker nak ? pantas aku jawab tak, sebab pertama udang tu memang segar, masih rasa juicy udang tu walaupun telah bercampur dengan sambal. Untuk sambal udang sesedap itu dan dikenakan bayaran Rm1.50 seekor, boleh aku katakan masih murah dan sesuai dengan harganya.

ini telur itik masak lomak , peberet aku tapi belum sempat nak rasa
SUP PAK AJI BEBAS BAHAN PERASA AJINOMOTO
Kak Laila cerita lagi yang Pak Aji ni kalau beli bahan untuk buat rempah sup tu memang tak pernah kedekut. Herba yang digunakan memang banyak dan boleh mencecah ribuan ringgit sebab kena beli dalam kuantiti yang banyak.

ini sup aku, ekor dah habis baru terpikir nak ambik gambar…huaa huaa huaaa
Sup pak Aji adalah sup asli yang tidak menggunakan rebusan tulang lembu atau tulang ayam seperti kebiasaan oarang membuat sup. Dan sup Pak Aji tidak menggunakan sebarang perasa apatah lagi ajinomoto. Tapi…jeng jeng jeng…selain rempah sup itu adalah ciptaan Pak Aji sendiri, Pak Aji menggunakan madu sebagai pengganti kepada ajinomoto.
Kata Pak Aji, rasa ajinomoto sama dengan madu. Lebih baik Pak Aji guna madu, walaupun melibatkan kos tapi demi kepuasan diri sendiri sebab dapat menghidangkan sup yang sedap dan yang mampu memberi pelbagai khasiat seperti memanaskan badan,mengebahkan demam dan buat badan jadi sihat dia teruskan jua.
Kak Laila yang asalnya demam dan kurang cergas mulai berpeluh, selsema pun terus berhenti. Aku pulak yang asalnya masih rasa mengantuk dan lemau pun terus jadi aktif.
Selepas membayar harga makanan yang dimakan dan menapau sebungkus sup letak daging untuk makan tengahari dd dan anak-anak, Pak aji beri aku sebungkus kecil sambal belacan mangga untuk aku rasa.
APA RASA SAMBAL BELACAN LETAK SUNQUICK ?
Pak Aji kata, sambal ni selalu menjadi kegemaran pelanggan dan sentiasa habis. Aku pun ooo’kan jerlah, sebab pertama aku tak pernah rasa pun sambal belacan letak mangga dan keduanya kenapa sambal belacan Pak Aji warnanya kuning cantik ?
Rupanya, sambal belacan mangga Pak Aji ni pakai sunquick. Aku yang noob ni pun buat muka pelik sebab first time kot aku dengar orang buat sambal belacan letak sunquick. Yang biasanya letak asam jawa, perahan limau atau cuka. Letak sunquick ni memang pertama kalilah aku dengar.

inilah sambal belacan mangga sunquick, kaler dia kuning cantik , dalam gambar lain sebab faktor lighting
Balik tu aku masak nasi dan hidang pada dd dan anak-anak.
Petang tu aku makan, letak sup dan sambal belacan mangga yang dibekalkan Pak Aji untuk aku rasa.
Huwaaaaaa rasa nak menangis dowhhh, gabungan yang sempurna. Kau tak payah batak nak makan lauk lain dah. Sup dan sambal belacan mangga sunquick tu akan beri kau satu erti yang dinamakan kepuasan dan kenikmatan dalam sepinggan hidangan.
Tak taulah aku nak huraikan rasa dia camner. Pedasnya ada, masamnya ada, rasa manis dan masin pun sedengan.
Aku kata ngan dd, nanti bila senang kita pergi makan kat sini yer. Sebab aku nak dd rasa apa yang aku rasa.
Ok tamat dah, itu jerlah aku nak cerita ngan korang.
HARGAI USAHA MEREKA SELAGI MEREKA MASIH ADA
Bagi aku tak salah pun jika kita nak makan kat tempat mahal-mahal jika kita mampu. Tapi bila makan kat kedai yang biasa yang tak berhawa dingin dan tiada pelayan yang ber’bow tie dan ber’apron bersih melayan korang dan yang ada hanya seorang tua yang kelihatan seperti ayah atau atuk kita mohon bersopan dan jangan biadap.
Orang seperti mereka ini jika masih ada, masih gigih memegang periuk belanga, hargailah mereka. Mereka antara orang yang masih ikhlas berniaga dan masih mahu mempersembahkan rasa makanan yang biasa tapi penuh dengan rasa untuk kita nikmati. Suatu hari nanti bila diorang dah takder, korang nak rindu air tangan orang-orang tua seperti Pak Aji ni memang tak dapatlah.

pak aji dan kak laila dan aku yang ambik gambar
Jangan menghina mereka dengan membandingkan harga makanan yang mereka jual tak setaraf restoran mewah atau hotel. Tak puas hati dengan rasanya OK sebab itu selera tekak masing-masing, tapi kalau kau dah mencekik sampai licin pastu kata tak sedap dan enggan bayar itu perangai jilaker namanya.
Tak rasa bersalah ker ? makan anak beranak nak sedap tapi tak nak bayar. Kalau diri tak mampu nak buat baik maka jangan pula nak buat jahat.
Nabi ada bersabda :
Setiap Daging yang Tumbuh dari sesuatu yang haram maka neraka lebih berhak baginya.” (HR. Thabrani)
KEDAI SUP PAK AJI NILAI 3
Akhir sekali aku nak share pulak kat korang lokasi kedai Pak Aji ni, aku tahu korang mesti terliur gak nak rasa Sup Pak Aji dan sambal Belacan Mangga Sunquick tu kan ?
Korang pergi jer Nilai 3 pastu carilah satu kedai makan kat dalam tu. Tak silap aku kedai Pak Aji ni satu-satunya kedai makan yang ada kat dalam area Nilai 3 tu. Gambar aku ambik kurang helok pulak sebab pertama tak terfikir pun nak tulis, pastu yang kedua aku agak rushing nak balik.
Apapun selamat mencuba.
Bagus pakcik ni.. Semoga dimurahkan rezeki..
mmg sedap. gigih p nilai kdg tu sbb nk mkn sup dia.. kna makan bihun sup.. fuhhh
Tringin plak nak rasa. Jom pi sama sama jomm
Sedap betul nampak, memang susah nk cari peniaga berhati mulia macam pakcik tu sekarang, moga sentiasa dimurahkan rezekinya.
Boleh singgah nnt. Sian kan kena viral cm tu. Padahal ht kita yg bsuk.
sambal belacan sunquick?? boleh try ni…saya rasa ni la kedai bos saya dulu suka,asal kena keja sampai malam je pi nilai 3 tapau sup bedengung katanya masa tu opis kat nilai 7.
belum pernah makan kat sini. sambal letak sunquick terus teringat variasi rasa sunquick yang chef wan jadi pengacara tu.sunquick lemon biasanya digunakan gantikan asam jawa atau asam keping.