Pengalaman aku yang lepas nak mencari keperluan dan kelengkapan untuk mengerjakan Umrah memang susah. Bila masuk satu kedai nak membeli ini ada yang itu pulak tak ada , bila itu ada ini pulak yang tak ada. Sudahnya kena pergi merayau ke beberapa kedai demi melengkapkan keperluan Umrah.

So bila aku tahu kat Galeri Muslim di Senawang ni ada sediakan segalanya, aku pun pergilah survey dulu. Nak tahu jugak , yer ker ada semuanya ?

Kebetulan hari yang aku pergi survey tu aku memang dari Melaka, itu yang aku terus turun singgah ke Senawang. Tapi kalau ikutkan tak jauh mana pun Senawang ni. Kalau dulu korang sanggup jer buat rombongan ke Nilai 3 beli karpet dan keperluan hantaran khawin, ni nak beli kelengkapan Haji atau Umrah kat Senawang lagilah takder hal kan ?
Kalau korang datang dari KL pun tak jauh , exit tol Senawang , nanti dalam 10 ke 15 minit jer camtu dah boleh sampai ke Galeri Muslim.
KENAPA MESTI GALERI MUSLIM ?
Ok yang ni mesti korang nak tahu kenapa kan ? kenapa aku pilih Galeri Muslim kat Senawang. Walaupun jauh tapi serius berbaloi sangat. Anggaplah macam pergi jalan2 gitu.
And kalau nak tahu Galeri Muslim kat Senawang ni memang pemes tau. Kalau korang biasa dengar radio IKIM.fm mesti korang pernah dengar nama Galeri Muslim ada disebut-sebut.

So, sebab pertamanya ialah apa yang ada di jual disitu. Sebab yang kedua ialah parking mudah dan PERCUMA ! Ketiganya pula sebab ruang memilih barang boleh dikatakan agak luas dan selesa. Katalah korang ada anak2 kecik yang aktif , ok jer biarkan diorang lari sana sini sebab kawasan selamat. Tapi janganlah dibiarkan saja , sebagai parents yang ada akal wajib pantau gerak geri anak2 demi keselesaan semua orang.


If masa memilih tu masuk waktu solat pun tak perlu risau sebab korang boleh terus solat kat situ. Kalau lapar pun kedai makan kat situ banyak. Hari tu aku siap makan kat kedai Nasi Ayam area situ, sedaplah jugak.
Amacam? banyak kemudahan sangatkan ? sebab itulah aku syorkan sangat korang datang ke Galeri Muslim. Jika ada rezeki untuk aku ke Umrah sekali lagi atau nak mengerjakan Haji di suatu hari nanti , pastinya aku akan datang ke Galeri Muslim untuk beli segala keperluan dan kelengkapan.
CHECKLIST KELENGKAPAN DIBERI PERCUMA
Katalah korang ni memang first time nak mengerjakan Umrah atau Haji, mesti korang buntu tak tahu nak beli apa kan ? bab ni korang jangan risau , sebab bila korang ke Galeri Muslim korang boleh mintak jer checklist dari staff diorang , pastu korang tick jer kat bahagian senarai mana barang yang korang perlu.
Yang takder dalam senarai pun banyak jugak, tinggal nak pilih jer. Harga mampu milik ok. Ikut korang nak pilih harga yang macamana jer. Sebab ada pelbagai koleksi dari jenama popular dan juga biasa tapi masih berkualiti.


Nak telekung ada , nak kain ihram saiz kecik dan besar ada , nak jubah wanita ada , nak jubah lelaki ada , nak stokin kaki ada , nak stongan pun ada , nak kurta ada , kasut tawaf ada , kot rindu nak pakai selipar putih macam yang ada jual kat sana pun ada , macam2 aksesori tambahan macam lock luggage , reben untuk tanda bag , tag untuk luggage , gunting untuk tahlul pun semua ada dan kosmetik SUCHI yang halal digunakan semasa ihram pun ada tau.

Pendek kata serba serbi lengkap dan ada. Mana nak cari weihhh kedai camni. Memang bertuah sungguh orang-orang Senawang.



InsyaAllah staf kat Galeri Muslim akan bantu korang , masa aku tengok2 jer pun diorang rajin tanya kalau aku perlukan bantuan. Memang staff kat Galeri Muslim sangat peramah dan murah dengan senyuman plus comel2 juga orangnya, tengok pun sejuk jer hati.

BAJU DAN SELUAR DARI SIZE S HINGGA KE PLUS SIZE
Belum habs ok , ada lagi nih . Aku rasa part size memang aku kena hilightkan kat korang sebab orang yang saiz dia comel2 macam aku ni selalunya memang susah nak dapatkan pakaian yang sesuai. Kalau tak kena gaya atau salah beli memang membazir beli.

Tapi kat sini Alhamdulillah, memang part saiz ni paling win sebab kat segala jenis saiz pun ada , dari dewasa hinga kanak2, dan dari saiz XS hingga ke Plus Size pun ada. Faham2 jerlah, orang size comel2 macam aku ni paling susah nak cari jubah seluar yang sedap dipakai.
So kalau korang sejenis orang yang ada size comel macam aku. korang terus jer ke sini cari apa yang korang nak. Bukan setakat jubah dan telekung jer ada tau, baju kurung dan yang berfesyen macam-macam warna pun ada.

Ada satu baju tu aku berkenan betul nak beli, siap berangan nak beli buat pakai raya 2019 ni nanti. Tapi duit pulak tak berapa nak cukup nak grab. Nak bayar pakai kad , kad masih tak buat lagi. Sedihhhh tul..huhuhu
Tapi takper tunggu jerlah aku mai lagi sana dengan menteri kewangan iaitu Inchik Suhaidi Jairi. kikikiki
DISKAUN 20% DAN BAUCAR RM50 SEUMUR HIDUP
Ok yang ni last , ( awat banyak nau benda best aku nak bagitahu kat korang ni ? ahahaha..)
Memula aku ingat sampai situ jer bestnya beli kelengkapan Haji & Umrah kat Galeri Muslim Senawang nih. Rupanya ada lagi.
Lepas pilih2 semua dan sebelum buat pembayaran korang akan ditanya oleh staff Galeri Muslim jika korang berminat nak join membership Galeri Muslim dengan bayaran serendah Rm20 untuk seumur hidup. ( whatt ? seumur hidup tak perlu renew membership ? ini manyak baguiss..)
Pastu katanya setiap pembelian barang terpilih yang nilainya besar-besar korang layak dapat potongan sehingga 20% dan untuk items yang kecil-kecil macam handsock pun ada diskaun 10%.

Pastu masa birthday korang pulak, korang akan dapat baucar Rm50. Wow sungguh , diskaun pun dapat baucar pun dapat weihh.
Now tell me ! berbaloi ker tidak datang ke Galeri Muslim nih ? Apa ? tak dengar pulak …cer cakap kuat sikit !
Haaa yesss…pandai pun…tepokkkkk !!! ahahaha

So pada korang yang rasa nak beli untuk diri sendiri atau untuk mak ayah korang ker , why not bawak jer diorang ke sini dan lengkapkan keperluan Haji & Umrah mereka dibawah satu bumbung.
GALERI MUSLIM
Alamat : 358,359,360&361, Jalan Bandar Senawang 1, Pusat Bandar Senawang, 70450 Seremban. Negeri Sembilan
Facebook : Galeri Muslim Senawang
Instagram : @galerimuslimofficial
Website : www.galerimuslimofficial.com
Waktu Operasi :
10
Kedai dibuka setiap hari KECUALI pada Hari Raya Haji dan Aidilfitri.
Bagusnya ada one stop mcm ni. Memudahkan pembeli
Bagusnyaa galeri ni, semua kelengkapan ada. Senang nak cari semua ada
Wahhhh. Mudah dan lebih senang semuanya ada disini.
Tq kak long.
Memang lengkap kat situ. Senang jimat masa & tenaga tak yah merayau merata, pi satu tempat ja semua ada.
Mama Kembar Tiga recently posted…How To Spot A Profitable Investment Unit Using These Property Hacks
Senang lah lepas nie, nak pergi umrah beli kelengkapan dekat sini je… Good info..
Wah… A to z semua ada kat sini. Mudah…
Serba lengkap betul keperluan yang ada di Galeri Muslim . Tak pening dah nak beli utk kelengkapan Haji..Umrah.. atau pakaian seharian. Ada kesempatan Sal nak singgah gak
wah boleh la pergi ke sana nanti kalau time nak umrah . harap tak jauh la hehehe. kalau lalu leh singgah 😀
senanglah ada 1 stop centre untuk kelengkapan umrah macam ni
Senang satu tempat je. Tak payah pergi banyak-banyak tempat untuk cari barang yang lengkap.
[…] tak dulu aku ada tulis pasal One Stop Centre kelengkapan Haji & Umrah Di Senawang ? Kalau ingat bagus ! sebab baru-baru ni Galeri Muslim telah melancarkan serta menawarkan kepada […]