Pernah tak korang rasa macam nak beli laptop secara online tapi risau kena scam ? Bagi aku sapa yang sanggup ambik risiko beli laptop dengan online seller memang hati dia kering. Yerlah kan macam-macam kemungkinan boleh jadi, kalau tak kena scam mesti kena tipu. Ehh cam sama jer.

Aku sendiri pun tak percaya sangat beli benda-benda mahal lagilah mencecah ribuan ringgoit ni secara online. Banyak sangat dah kes aku baca kena tipu.

Kalau masa tak PKP bolehlah merayap sampai ke Alam Sentral atau ke Digital Mall cari. Ni dah kena PKP jangan kata nak merayap, kedai pun tak bukak. Walaupun bukan keperluan tapi bagi yang mencari dan memerlukan boleh kata penting jugaklah. So nak tak nak kena jugak cari seller dekat online. Cuma itulah risiko dia tinggi sangat.

Ini pun anak buah aku minta tolong carikan siapa yang ada jual laptop. Sebab dia nak beli untuk kegunaan ofisnya, Walaupun aku tak ramai kawan tapi kawan-kawan aku semua boleh dipercayai. Nak-nak kawan blogger.

So aku tanya-tanya then dapatlah satu nombor. Aku wasap dengan bajet sekian-sekian harga. Kita kalau nak beli laptop first kenalah tahu nak guna untuk apa. Then tetapkan bajet maxima yang kau mampu. Standby extra Rm100 hingga Rm200 lagi untuk upgred jika pilihan pertama tak ada stok atau tak ikut spec atau harga yang kita nak.

Janganlah nak spec gempak gini-gini tapi harga nak mur-mur.

Macam anak buah aku dia tetapkan Rm1700 – Rm2000 bajet maxima dia. So seller bagi aku beberapa pilihan beserta sebab. Dalam hati aku bagus budak nih. Harga diberi pun reasonable. Paling penting trusted.

Kenapa aku boleh kata aku percaya dan tak ada terdetik sikitpun perasaan ragu-ragu pada dia ? Pertama sebab kawan yang aku percaya recommend. Kedua sebab kawan yang aku percaya juga dah beli dari dia. So takder sebab untuk aku tidak percaya. Aku pun tak tahu kenapa tak ada sikit pun rasa cuak nak berurusan dengan seller nih.

Aku kongsi ni pun sebab aku nak memudahkan korang-korang yang diluar sana yang sedang mencari laptop untuk dibeli time-time lockdown nih.

So dah set deal jenis dan harga aku pun buat bayaran. Ikutkan anak buah aku kata nak bayar bila barang dapat tapi seller kata dia perlukan full payment untuk ambik stok dekat supplier. Aku ni orang tengah jer, aku cakap dekat anak buah if tak percaya jangan beli. Tapi jujurnya kalau anak buah aku kata tak nak aku pun dah tak tahu nak cari kat mana lagi penjual laptop yang aku boleh percaya selain dari beli dekat official store online jenama tersebut.

Elok jer buat bayaran dan kata nak datang hari yang sama aku dapat berita stok yang dia dah deal habis. Yang ada spec tinggi sikit dan kena tambah Rm100. Anak buah aku kata ok sebab masih dalam bajet. Tapi stok tu pun takder kat supplier. So dia bagi aku option untuk refund dan dia akan tengok esok pula macamana.

Persoalannya , dia refund ker tak ?

Mestilah refund walaupun bagi aku tak perlu sebab esok dia akan ke supplier untuk dapatkan. TApi dek kerana anak buah aku opun dah syik tanya-tanya so aku kata refund jerlah dulu. Nanti kalau confirm esoknya dah ada barang baru aku transfer balik. So dia pun ok.

Esoknya dekat nak magrib baru barang sampai dekat rumah aku. Dia tunjuk semuanya cara guna apa nak buat jika jadi begini-begini then urusan pun settle.

Haaa senang jerkan. Yang bagusnya seller boleh delivery laptop sampai rumah tau untuk klien sekitar lembah Klang dan Negeri Sembilan. Negeri lain aku tak pasti.

So gais if korang perlukan laptop korang boleh hubungi seller ni sendiri. Ini aku sertakan sekali link FB dia untuk korang nilai samada seller ni berniaga betul atau tipu-tipu.

To adik seller nih aku ucapkan semoga berjaya dan teruskan usaha kekalkan kejujuran dan amanah dalam perniagaan.

Wasap : www.wasap.my/60146207920/PelbagaiJenamaLaptop

FB : https://www.facebook.com/basha.abdulaziz