Anas bin Malik menceritakan pengalaman dirinya sepanjang berkhidmat kepada Rasulullah s.a.w.
Rasulullah adalah manusia yang paling baik sifat peribadinya.Satu hari baginda meminta aku melakukan sesuatu, maka aku berkata:
Demi Allah, aku tidak akan pergi melakukan sesuatu untuk diriku tetapi aku akan pergi untuk apa-apa yang diperintahkan rasulullah s.a.w. buatku.”
Lalu aku pergi dan kemudian bertemu dengan beberapa orang kanak-kanak yang sedang bermain di pasar.Tiba-tiba baginda menyentuh belakang leherku dari belakang.
Aku menoleh dan melihatnya sedang ketawa,lalu baginda berkata:
Wahai Anas,sudahkah engkau pergi melakukan apa yang aku perintahkan?”
Aku menjawab:
Baiklah, Aku akan pergi melakukannya sekarang wahai rasulullah.”
Anas berkata:
Demi Allah, Aku berkhidmat kepada baginda selama sembilan tahun lamanya dan aku tidak pernah mendapati baginda berkata terhadap sesuatu yang aku lakukan,`Mengapa engkau buat begini dan begitu` atau terhadap sesuatu yang tidak aku lakukan,`Mengapa tidak buat begini atau begitu. ”(Riwayat Muslim)
Catatan: 1) Rasulullah s.a.w. seorang yang memilik akhlak dan peribadi paling unggul dan mulia. Baginda melayan manusia dengan layanan yang terbaik sekalipun terhadap kanak-kanak.
2) Anas bin malik menjadi pembantuan rasulullah s.a.w. sejak beliau masih kecil. Kerana itu beliau rapat dan mengetahui banyak kebaikanbaginda secara peribadi.
3) Baginda tidak banyak merungut walaupun kepada kanak-kanak. Hal ini menunjukkan penghargaan baginda terhadap mereka yang bersusah payah berkhidmat untuknya.
rasulullah tidak byk merungut.. marilah kita sama2 contohi yg ini. merungut zaman kita ni termasuk merungut/meroyan kat FB dan media sosial yg lain… insyaAllah lps ni kita sama2 praktikkan.. Allahuakbar…!!! sesungguhnya ini adalah peringatan kpd saya.. terima kasih…!
Zaman kita sekarang asyik merungut je. Hmm.. Terima kasih untuk perkongsian nie