Hai korang ! tengah buat apa tu ? ker tengah pening-pening pikir nak bercuti kemana destinasi percutian seterusnya ? ekekekeke
Alaa aku gurau jer , aku pun sama derngan jer macam korang sebenarnya tapi kalau korang memang blur-blur tak tahu nak kemana dan memang takder plan langsung apa kata aku bagi cadangkan kat korang untuk pergi ke satu destinasi yang dekat tapi memang confirm syok if dapat pergi bersama keluraga mahupun kawan-kawan.
Ekceli aku ngan BFF aku memang dah ada plan nak ke situ untuk next trip kitorang. Tapi macam biasalah , kerja-kerja research dah pun bermula seawalnya walaupun trip tu lambat lagi. Persediaan awal gitu. Tapi if korang nak pergi lebih awal dari aku dan nak gunakan maklumat kat bawah ni sebagai panduan aku izinkan korang guna tanpa sebarang kredit.
So , dimanakah lokasinya ? jeng jeng jeng …mana lagi kalau bukan negara jiran kita iaitu Singapore . Aku cadangkan dekat korang supaya bercuti di Singapore sebab kat Singapore ni banyak jugak tempat menarik yang boleh korang pergi. Dan tak lupa juga Singapore ni salah satu negara pelancongan yang terbaik dia Asia dan menjadi buah bualan masyarakat luar negara.

Untuk pergi ke Singapore, korang boleh guna pelbagai jenis pengangkutan. Contohnya kalau korang dari Johor, korang boleh guna kereta atau bas and korang cuma kena lintas tambak Johor tu ja. Tak jauh pun sekejap jer dah sampai.
Tambang untuk bas pun tak berapa mahal sangat. For those yang stay luar dari Johor, aku nak suggestkan dekat korang gunalah kapal terbang. Bila guna kapal terbang ni korang akan jimat masa and sudah tentu harga mestilah mahal sikit.

Bagi aku mahal tapi berbaloi sebab korang stay kejap ja dalam kapal terbang tu. Maksudnya masa yang korang travel nak ke Singapore tu sekejap ja. Sudah pasti akan ada banyak servis dari pelbagai jenis syarikat penerbangan. Korang cuma perlu cari jer. Lagipun sekarang ni kan semuanya mudah dan dihujung jari saja.
SCOOT AIRLINES TU APA ?
Korang pernah dengar tak pasal Scoot airlines ? kalau tak tahu tak apa , meh aku bagitahu walaupun aku sendiri baru tahu jugak . Tapi sebab bagi aku ianya memudahkan aku why not aku kongsi dengan korang .

Antara salah satu syarikat penerbangan yang provide servis ke Singapore adalah Scoot airlines. Scoot airlines ni merupakan salah satu syarikat penerbangan yang bagus dan servisnya sangat dikagumi oleh penggunanya.

Scoot airlines ni juga ada website diorang sendiri. Korang dah tak perlu lagi nak pergi airport untuk beli tiket flight sebab semua kita boleh access melalui online sahaja. Senang dan cepat gittew. Nak access website diorang pon senang, korang cuma perlu buka browser korang lepastu tulis “scoot airlines”.
Then first link yang keluar tu korang klik and korang akan nampak website dia. Dekat situ korang boleh buat scoot airlines online booking. Apa yang korang perlu buat adalah isi origin korang maknanya dari mana korang akan bertolak. Ala macam biasalah yer.

Lepastu korang masukkan pula destinasi yang korang nak pergi. Jangan lupa masukkan tarikh yang korang nak bertolak and tarikh bila korang akan balik. Akhir sekali korang masukkan jumlah penumpang yang akan pergi. Simple ja kan? Tak payah susah-susah pon.
Untuk korang yang nak pergi ke Singapore, dekat bahagian destination tu korang masukkan Singapore. Lepastu nanti website tu akan carikan flights to Singapore untuk korang. Website ni akan listkan untuk korang dari harga yang murah hinggalah mahal. Sudah tentu berlainan harga akan dihidang dengan berlainan pakej. Part ni aku paling suka , sebab semua boleh disesuaikan dengan bajet kita.
Scoot airlines akan sediakan class yang common dengan airlines yang lain macam economy class, business class dan suite class. Lain class lainlah servisnya. Bergantung pada korang lah nak pilih pakej yang mana. Semuanya ikut kemampuan korang. Selalunya, penumpang yang pergi ke Singapore ni akan mendarat di Changi Airport.

Changi Airport ni juga tak jauh dari stesen MRT and dari sini korang boleh terus ke Changi Business Park di mana korang boleh pergi mall dekat situ untuk korang shopping. Dari sini kalau korang plan nak ke tempat lain pun korang terus boleh guna MRT dorang yang terletak tak jauh dari situ. Dalam korang nak cari tiket flight tu, korang juga boleh dapatkan hotel untuk korang bermalam di tempat yang korang nak pergi.

Contohlah yer sekarang korang nak ke Singapore, jadi korang boleh terus tempah hotel dekat area Singapore. Yang lagi best, kalau korang book hotel sekali dengan tiket flight, korang akan dapat harga yang lebih murah. Jadi korang boleh jimatkan lah perbelanjaan korang. Korang boleh simpan duit korang untuk belanja bahagian yang lain or tujuan yang lain. Jadi banyak kebaikan bila korang guna website scoot airlines ni. Inilah tujuan research dibuat supaya kita semua dapat manfaatnya.
So apa korang tunggu lagi, pergilah ajak kawan-kawan ataupun family korang bercuti di Singapore. Banyak lagi tempat menarik yang korang boleh lawati di sana. Korang kenalah explore sendiri barulah menarik. Confirm korang akan balik dengan kenangan manis and memori yang takkan korang lupakan.
Pertama kali dengar Scoot ni kak long, singapore mmg bandar dia best, bersih je. 2 kali keluar masuk Singapura, naik MRT dan bas kat sana memang diorg pentingkan keselesaan.
Uikss murahnya! Jom jom pi Singapore
Mama Kembar Tiga recently posted…Lebih Daripada Kelengkapan Haji dan Umrah, Macam Macam Ada di Galeri Muslim Senawang Ni Wehhh!
jom menabung …ingat yer pasport kena cop setahun sekali …hahahaha