Tepat jam 4petang…..kan betul ada 1 keluarga anak buah abah datang …..tak lama pastu anak buah mak plak datang……sempat lah aku menjala roti …..lagipun kuah kari ayam yang aku masak tengahari tadi masih banyak…..tak lama pastu lagi adik abah dan anak2nya plak datang….tapi aku dah tak sempat nak buat roti jala…aku suruh makan nasi jer…..samabal uadang dah habis….so aku masakkan sambal sotong…ngan telur goreng dadar letak mayonis….ala2 sheila rusly punya resepi…..samo yo kalau letak ke tak…..ok lah semua orang pun makan nasi…..
Lepas maghrib semua yang datang pun balik……dekat2 pukul 9malam 1 keluarga dari bukit lancung iaitu anak buah mak datang…..hah inilah kakaknya sikaya yang aku cerita kat raya ke-2 tu…..baru duduk jer dia dah tanya adiknya tu ada datang ke tak……so aku pun jawab lah ada……see… kakaknya mesti tanyalah….
dalam pada diorang duduk borak2 ngan paman nya iatu abah aku….aku pun rendam mihun….nak buat mihun goreng lah….belum sempat masak dah diorang nak balik….jadi aku pun tahan diorang sekejap….dalam tengah makan…..tu dia…mak pun balik ngan adik beradik ipar aku yang lain…..jadi sempatlah anak buah mak jumpa ngan mak iaitu bibi nya…..
Dalam cerita bercerita….mak aku kan balik sana tanjung sepat…..jadi mak ngan abng ipar aku pun cerita diorang sempat gak nampak pasukan forensik mencangkung kat tepi sungai tengah mengasing-asingkan tulang 4 orang insan malang yang telah dibunuh dan dibakar kemudia abunya dibuang kat sungai tu…..aku rasa itulah top and hot story tahun ni…..kat mana2 tempat orang datang beraya mesti ada masuk topik cerita arwah Sosilawati dan 3 yang lain……tapi kan ada satulah aku nak cerita…..2 ke 3 hari sebelum arwah Sosilawati disahkan sudah tiada…..mak aku adalah tengok gambarnya kat berita tv…..pastu mak aku cakap….sebenarnya dia ni dah mati dah dah takder dah orangnya…..aku cakaplah mana mak tahu….sebab masa tu baru jumpa kereta jer kalo tak silap akulah…..pastu mak aku cakap….orang kalo dah takder gambarnya nampak lain….walaupun gambar baru atau lama….orang yang dah takder ni gambar mukanya nampak pucat…aku cuma kata iyer ker……bila berita dah keluar confirm kata memang Sosilawati dah arwah barulah aku teringat apa yang mak cakap kat aku masa hari tu…..huh dasyat gak mak aku ni…..hehehehehe
Yang pastinya mak aku bukan tukang tilik yer……dia pun jarang nampak muka arwah….kenal aptah lagi….yang mak tahu arwah pernah khawin dengan nash….mak aku pun bukan sempat tengok2 tv ni…. paper pun tak pernah beli….bial aku tengok2 gambar muka arwah….sorrylah aku tak dapat kesan pun kat sudut mana yang mak nampak pucat….tapi mak kata…. ia….mukanya…matanya….semua nampak pucat…..hurmmmm misteri2…..
Apapun aku sebagai seorang yang prihatin….sangat sedih dan terharu serta terkesima kerana berakhirnya riwayat seorang wanita koporat yang berjaya dengan cara yang begitu tragis…..Kejam dan memang manusia yang melakukan perkara sedemikian rupa tidak layak hidup lagi…..bunuh hukumnya bunuh…..
Al fatihah buat arwah Sosilawati dan 3orang yang bersamanya…amin
Leave a Reply