Hai gais ! Lama betul korang tak baca aku review movie kan ? Ok lah tanpa membuang masa jom aku review satu hindi movie yang aku baru tonton dekat Netflix iaitu Chor Nikal Ke Bhaga.

Tajuk Filem : Chor Nikal Ke Bhaga
Terbitan : Netflix
Tarikh Mula Tayang : 24 Mac 2023
Pelakon : Yami Gautam ( Neha Grover ) , Sunny Kaushal ( Ankit Sethi ), Sharad Kelkar ( Pervez Shaikh – RAW Officer & Indraneil Sengupta ( Sudhanshu Roy )
Cerita ni mengisahkan Neha Grover yang bekerja sebagai seorang pramugari kemudian jatuh cinta dengan Ankit . Masa diorang rancang nak kahwin sebab Neha dan pregnant barulah Neha tahu yang Ankit terlibat dengan kehilangan berlian jutaan dolar dan ianya perlu diganti dengan segera.
Dalam memikir cara macamana nak mengganti diorang ditawarkan satu kerja untuk mencuri berlian yang akan dibawa naik kapal terbang. Oleh kerana berlian tersebut mempunyai GPS jadi hanya pada ketinggian tertentu sahaja GPS dekat berlian tersebut tidak berfungsi dan masa itulah peluang mereka untuk curi berlian tersebut dari seorang pembawa berlian yang ada dalam kapal terbang tersebut.

So tengah diorang fikir macamana diorang nak curi berlian tu tanpa masalah, berlakulah rampasan kapal terbang yang tak terduga.
So apa lagi memang huru-haralah jadinya dalam kapal terbang tu. Neha di ugut untuk dibunuh dan Ankit pula kena belasah teruk dengan perampas kapal terbang.
BACA : 5 MOVIE NETFLIX WAJIB TONTON
Nasiblah dalam kapal tu ada marsyal penerbangan. Akhirnya perampas pun berjaya dibunuh dan semua penumpang selamat. Ankit pula berjaya dapatkan berlian tersebut sebagai bayaran selesai hutangnya.

Lepas semua selamat mendarat Ankit pun serahkan berlian tersebut pada orang tengah. Tapi amat mengejutkan sebab bila diperiksa rupanya berlian yang Ankit berjaya curi tu adalah berlian palsu.
Jadi di manakah berlian yang sebenarnya ?
Jeng jeng jeng, haaa kat sinilah plot twist berlaku. Plot twist dia memang smart giler sebab memang tak tersangka dan tak terjangka itu yang terjadi sebaliknya. Sangat bijak dan memang puas hati dengan pengakhirannya.
Korang nak tahu plot twist Chor Nikal Ke Bhaga ni ending dia sebenar macamana ? Haa kenalah tengok sendiri. Nanti dah tengok mai komen balik kat entry ni yer. Best ke tak best.
Selamat Menonton !
FB : Saidila79 IG : Saidila YT : Saidila Lifestyle TT : saidila79
Comments