Tertengok kat FB Public Health pasal haid. Kadang-kadang benda camni kita yang dah berpuluh tahun haid lagi-lagi kalau yang dah beranak pinak tak pandang pun pasal mitos.
Di satu kawasan pedalaman di Nepal, wanita yang sedang mengalami haid tidak boleh tinggal di dalam rumah.
Menurut mitos masyarakat tempatan, wanita haid di anggap “kotor’ dan akan mengundang kemarahan Tuhan. Jika mereka ingkar, malapetaka akan berlaka pada keluarga tersebut.
Mereka akan bermalam di pondok kecil yang di bina di luar rumah. Menyedihkan, mitos ini menyebabkan ada wanita yang mati kesejukan di luar rumah.
Bagi aku kalau benda ni jadi kat Negara Nepal memang tak pelik sebab memang diorang banyak nau adat dan ritual pelik-pelik. Aku tahu sebab aku banyak tengok doku pasal diorang.
Tapi pada yang baru mengalaminya bimbang tanpa usul periksa akan terus percaya.
Aku ambik sikap tengah-tengah. Tak percaya sangat dan tidak mengikut sangat. Janji relevan sudah.
So apa yang Publis Health cuba ketengahkan ?

Haaa nampak bukan ?
Tapi seingat aku memang tak pernah dengar mitos-mitos ni. Ker sebab aku takder mak ? so takder sapa pernah cerita pasal kitos-mitos nih dekat aku.
Bab air gas tu pulak aku akan ambik time haid sebab bagi aku ia elok untuk lancarkan peredaran darah dan boleh elak perut jadi kembung.
Bab terlanggar benda tu biasanya terpakai masa berpantang jer. Sebab kalau ikut pantang larang selepas bersalin terlanggar apa-apa benda boleh mengakibatkan bentan.
Tapi itulah, orang jaman now bukan mudah nak percaya pasal pantang larang. Habis dikeluarkan nanti segala fakta kajian perubatan yang dia belajar.
So korang nak percaya atau tidak pasal mitos ni terpulanglah. Bagi aku lebih baik tanya jer pada orang tua kenapa tak boleh begitu begini dan dengarlah apa “hujah” mereka.
If tak nak ikut pun jangan tunjuk sangat dan jangan melawan.
Yang pasti seminggu dua sebelum haid mood mesti swing. Kejap happy, kejap sedih, kejap nak makan pedas, kejap nak makan manis, kejap cam kucing, kejap kang macam rimau.
Tapi yang paling penting ada orang layan. Kalau takder mau terbalik dunia nih. Almaklumlah, tangan yang menghayun buaian juga mampu menggoncangkan dunia.
Ahahahaha.
bab tak leh cuci rambut tak leh potong kuku tu memang saya tak ikut,arrrrr tak leh laaaa….geliiiii kuku panjang huhuuu.
kannn ….nasib kaji balik betul2 takder hukum pun kata tak boleh cuci rambut dan tak potong kuku….rimas oiiii
Macam2 betul ye mitos.. Kadg terpercaya juga.. Hehehhe
Mitos yang tak de makan minum tu selalunya ai tak ikut. Tapi benda2 yang masuk perut ai ikut juga. Sekadar berjaga-jaga. mesti ada sebab kenapa adanya mitos tu kan.