Baru aku nak keluar bukak pintu entah camner ada yang kata , weihh entah2 hantu tu tengah menyamar jadi warden ? jilakerrr punya kawan….kenapalah dia ingatkan aku pasal tu pulak .

Kalau ikut logik memang boleh jadi kot hantu tu menyamar jadi warden sebab pas bagitahu kat warden kitorang nampak hantu kitorang terus balik asrama .

Maka aku dan kawan-kawan yang dalam asrama pun bersoal siasat dengan makhluk kat luar yang mungkin tengah menyamar jadi warden asrama kitorang .

“betul ker kat luar tu cik bani ..?”

Dia jawab ia …bukaklah pintu….( serius masa tu dalam asrama semua dah takut nak mampos siap ada yang dah ambik wuduk nak buat air yassin untuk simbah kat lembaga luar tu )

Kitorang suh Cik Bani baca Bismillah , Al-fatihah dan ayat Qursi . Cik Bani buat tu semua tapi entah kenapa kitorang susah nak percaya , mainan syaitan beb .

Sekali lagi kitorang anggap hantu ni jenis kuat tak takut dengan ayat-ayat Al-Quran …

Kalau nak tahu , Cik Bani ni seorang warden yang penyabar sangat , tak pernah nak pukul-pukul atau marah kitorang sungguh kitorang ni punya perangai selalu bikin warden lain marah .

Lats-last Cik Bani kata baik korang bukak pintu ni sebelum Cik naik angin , dan-dan ada yang bukak pintu tapi dah standby air yassin nak simbah kot-kot itu hantu mesti dia terbakar ker apa ker kan ? ( aku pun tak tahu datang dari mana idea tu semua )

Bukak pintu jer , tu diaaaaaa Cik Bani tengah pegang tongkat …baju Cik Bani pun sama ngan apa yang kitorang nampak mula-mula . Ok itu Cik Bani yang betul dan bukan hantu .

Cik Bani panggil kitorang …sini korang….korang pergi mita maaf sekarang ngan Makcik Ona .

Aku tanyalah kenapa ? apa kena mengena dengan Makcik Ona plak nih ?

Bila aku ngan yang lain2 keluar ke depan asrama nampaklah makcik ona yang masih pakai telekung putih dia , pastu kat tangan dia ada beberapa helai baju .

Cik bani kata , yang korang nampak tu bukan pocong tapi Makcik Ona ….tapi dia pesan jangan cakap apa yang korang nampak risau orang tua tu kecik hati nanti .

Aku jawablah ( memang aku jenis menjawab ) bukan Cik Ona dah balik ker ? sebab kitorang semua nampak Cik Ona ngan Cik Ani dah balik .

Cik Ona katalah , memang dia dah balik tapi datang balik sebab nak kutip baju2 kat tempat buang sampah … dia cakap ingat nak ambik esok siang tapi risau nanti baju2 tu dah kena hujan ker dah kena bakar ker….tu dia ambik malam tu jugak .

Pastu masa dia tengah tunduk-tunduk kais baju-baju kat situ dia cakap dia nampak kitorang kat tepi tembok.. baru dia nak panggil tapi kitorang dah lari .

dia nak panggil kitorang sebab nak suh tolong ambik lilin ker torchlight ker untuk suluh dia cari baju sebab tak nampak , acik baru nak panggil jer korang semua dah lari laju , pastu dah tak nampak korang ke mana , nampak Cik Bani jerrr .

Time tu aku dan yang lain-lain dah berdekah-dekah ketawa , Makcik Ona pun ketawa jugak sebab dia tak faham kenapa kitorang ketawa .

Sampai ke sudah Makcik Ona tak tahu yang kitorang pernah teranggap dia sebagai pocong . Aku ngan yang lain2 minta maaf sebab lari lintang pukang dan tak tolong dia .

Ok Tamattt , itulah kisah aku yang seram pada mulanya tapi kelakar diakhirnya . Kalau selit-selit jadi telefilem Budak Hostel pun best nih , kan kan kan ? ahahahahaha

Baca sini untuk Part 1

Categorized in: