Ceritanya camni , kebetulan masa tu malam jumaat , biasanya kat surau kitorang ada 2 makcik dari luar akan datang solat jemaah ngan kitorang . Masa tu memang tengah hot pasal pocong , hantu susu , hantu kum2 dan pelbagai jenis hantu yang baru tiba di kawasan daerah klang .
Lepas isyak kitorang gi kantin asrama untuk makan malam , balik dari kantin dari jauh nampak ada kelibat putih kat tempat pembuangan sampah .
Kau rasa ?
Bukan aku jer sorang yang nampak tapi ramai …yang lari lepas nampak pun ada …tinggal 4 ker 5 orang yang gengster cam aku jer masih perati lembaga putih tu dari jauh . Lampu surau dah lama tutup , makcik 2 org tu pun dah balik sebelum lampu surau ditutup .
Aku plan ngan yg lain apa nak buat ? nak bagi tahu warden ker tak yer ?
Ada yg kata kita pastikan dulu itu apa , kalau pocong oklah , sebab pocong dia boleh lompat-lompat jer tak boleh kejar macam hantu lain . Kalau pocong tu sedar kitorang masih boleh sempat meyelamatkan diri , so kitorang berharap dan assume lembaga putih tu ialah sejenis hantu pocong , aku ngan yang lain2 pun dah siap2 ikat kain tinggi2 supaya senang nak lari ….
Terendap-hendap kitorang perati lembaga putih tu masih kat tempat buang sampah …aku memang dah rabun jauh waktu tu tapi sebab lembaga tu berpakaian putih maka nampaklah apa dia yang dia buat ..
Kejap2 lembaga tu pusing dan tunduk macam buat sesuatu . Kitorang pulak menyorok belakang tembok asrama ….muka memang tak nampak sebab jauh tapi perbuatan lembaga tu buat kitorang bincang yang lembaga tu tengah makan sampah .
Namapun hantu mesti makan benda2 kotor kan ..
Entah camner lembaga tu berhenti mencari dan pusing macam nampak kitorang yang tengah mengendap..lembaga putih tu berjalan ke arah kitorang , waktu tu aku kata “weihh dia tak lompat pun , lari weihhh lariiiiii ….!!!!!!”
Maka masing-masing pecut tak toleh belakang dahhh , nak lawan lari ngan aku opkos aku yang menang . Bila aku sampai depan rumah warden aku ketuk pintu sekuatnya sambil menjerit
“cikk baniiii cepat bukak ada pocong kat luar …”
Bila yang lain-lain sampai dengan muka cuak ya amat , aku toleh kat belakang kot-kot pocong tu masih kejar dan aku kena plan ker mana plak nanti aku ngan yang lain-lain nak lari .
Cik bani keluar bawak torchlight dan tongkat ….pastu aku cakap …“cik bani settle kan lah hantu tu kitorang nak balik asrama …”
Nak balik asrama pun satu hal , terpaksa pusing kolah pastu lalu kat perpustakaan supaya kitorang boleh cross laluan pocong tu , mata semua memainkan peranan tengok sana sini pastikan takder pocong .
Finally kitorang selamat sampai asrama dan tunggu berita dari warden .
Bersambung Ke Part 2
Saya blogwalking dan singgah di sini ya. jemput melawat blog saya jika sudi dan berkelapangan 🙂
Seorang Syed recently posted…BIAR AKU JADI PENUNGGU
Betul ke p****g ni?
Tak sabar nak tunggu sambungan yg seterusnya..
anuar recently posted…Seminar Tajwid Luar Biasa 2017
Huh.. sbb tu sy blum smpai lg tmpt buang smph.. huuu
YB Shehan recently posted…TERLAJAK SIBUK
p/s : hi… sy dtg blogwalking dan sy dh follow blog comel awk ni.. hope awk sudila juga follow blog baru sy ye.. 😀 ty..banyak petua dan tips berguna yang saya kongsikan di http://www.1001petua.com .. InsyaAllah, awk pasti tak kan menyesal.. 😀
1001 Petua recently posted…Loghat Kelantan Vs Kedah – Mana Lagi Munasabah?
mak aii…kalau SA awal2 dah cabut dah…cepat la part 2…
Suria Amanda recently posted…Ayam Kampung Murah Ke Mahal?
Adesssssss ni seram betul
kalau cikza kan..
lari lintang pukang dah..
Haihhh kalau ai cabut langkah seribu dah masa nampak tu. Ok nak baca part 2!