Bismilahirahmanirohim,
Assalamualaikum semua, dari sehari ke sehari aku nak publish entry ni tapi tak terbuat sebab macam ada sesuatu yang tak cukup, tapi kalau lagi diperam nanti lagi takder feel pulak.
So ok! aku sambung teruslah yer. Kot ada teringat nak tambah ker apa ker kang aku editlah.
Selesai solat subuh, aku tak terus balik ke hotel.Tapi aku terus maju ke depan memasuki kawasan dalam masjid yang berkarpet.Time ni kawasan dalam masjid dah lenggang dan lapang sebab orang yang selesai solat subuh dah keluar.
Kat situ aku pun buat solat-solat sunat yang lain yang jarang aku lakukan di Malaysia.Ada satu benda ni memang benar dan sangat aku akui, semasa disana fikiran kita automatik akan jadi lapang dan tenang.Lupa pada masaalah duniawi dan fikiran hanya terfokus hendak beribadat sahaja.
Paling dianjurkan buat solat taubat sebanyak yang kita mampu.
Pilihan tempat duduk aku ialah dibawah kubah pertama paling kiri.Dalam menunggu laluan ke Raudah dibuka sempat aku tengok siling kubah dibuka . Terbuka sahaja kubah udara sejuk pun semakin dirasa.

bawah kubah yang cantik …
Hanya 3 Waktu Sahaja Dibenarkan Untuk Wanita Menziarahi Makan Nabi Di Raudah
Untuk pengetahuan korang waktu nak berziarah Raudah untuk wanita hanya dibolehkan pada 3 waktu sahaja iaitu selepas Subuh, Zohor dan Isyak.Pembacaan awal sebelum pergi menunaikan Umrah memang banyak membantu aku.
Almaklumlah, aku bukan pergi dalam group umrah yang besar, jemaah wanita dalam group aku pun hanya ada 3 orang sahaja termasuk aku dan kami tak sebilik.Jadi nak tak nak aku kena pandai-pandai bergerak sendiri tanpa kawan dan tanpa sesiapa.
Waktu tu aku cuma doa minta Allah permudahkan urusan aku dan pelihara aku dari segala kesulitan.Dan jangan lupa untuk doa minta semoga wuduk kita juga sentiasa terpelihara.Sepanjang waktu aku berada di dalam Masjid Nabawi memang hampir takder langsung rasa nak buang angin mahupun buang air.Amazing sangat.
Hampir 7:30 pagi baru desas desus pintu laluan ke Raudah akan dibuka.
Ini lagi satu tips, cara nak masuk Raudah dengan senang dan awal pakailah telekung berwarna hitam atau berniqab terus lagi baik. Nanti akan ada petugas yang membawa sepanduk untuk mengasingkan jemaah mengikut kumpulan .
Yang aku boleh nampak masa tu hanya sepanduk grup Turki dan kumpulan berbahasa melayu . Masing-masing akan faham kat bahagian mana kita kena pergi . Oleh kerana aku dah terduduk dengan geng-geng Pakistan dan India semua jadi malas aku nak bangun tukar kumpulan .
Aku ada nampak jemaah yang bertelekung putih cuba nak selit ke dalam group jemaah yang aku duduk . Tapi ada petugas yang perasan dan akan jerit “ibu ..sini ibu …melayu sini ibu “ dengan slang arab .
Kumpulan berbahasa melayu tu tak semestinya dari Malaysia tapi termasuklah Indonesia, Singapore dan Brunei . Kalau dah petugas tu nampak muka melayu ada terselit dalam grup lain pun dia akan panggil suruh pergi ke grup yang dah ditetapkan.
Oleh kerana muka aku ada iras Kajol jadi ok jer untuk aku terus stay kat group Pakistan dan India .
Ok sambung , part ni paling nebes , bila semua orang diminta bangun . Tak tahu pintu sebelah mana yang akan dibuka dulu . Aku dah bersedia untuk ambik sikap pandai-pandailah kau nak follow .
Peluang ibadah kena dikejar . Tapi jangan sampai menyakiti diri sendiri dan orang lain .
Bila nampak jer kumpulan yang aku follow mula berasak-asak kedepan , itu tandanya sudah ada pintu terbuka . Jadi aku pun berlari sama dengan team Pakistan dan India sambil senyum-senyum tapi dalam masa yang sama jantung aku berdebar-debar .
“ya allah benarkah aku sedang berlari-lari menuju Raudah untuk menziarah kekasihmu ya allah”
Sampai di hadapan pintu Raudah aku berhenti sebentar untuk mengucap salam kepada baginda dan berdoa mohon semoga diberi syafaat diakhirat kelak.
(aduihhh rasa sesak dada nak meneruskan cerita seterusnya)
Dengan ketinggan 162cm dan berbadan besar memang satu kelebihan buat aku ketika itu . Aku ditolak dan terus ditolak kedepan oleh jemaah lain . Dalam masa yang sama aku mencuri pandang kebawah untuk melihat dimana karpet hijau berada.Karpet yang menjadi idaman semua orang untuk meletak dahi bersujud kerana disitulah bermulanya kawasan Raudah dan tempat mustajab doa.
Selain dari karpet tanda paling senang nak tahu dah sampai ke karpet hijau tanpa perlu pandang kebawah ialah dengan melihat tiang.Tiang yang selari dengan karpet hijau memang lain dari tiang-tiang yang ada.Ciri-ciri khas pada tiang tu aku dah tak ingat.
Nak ambik gambar pun susah dan kalau ikutkan tak dibenarkan mengambil rakaman secara terang-terangan disitu.Bukan tak boleh tapi janganlah over.Hormati jemaah lain dan lebihkan mengucap selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah.
Walaupun ada sahaja jemaah lain yang membuat rakaman video disitu.Tapi biarlah, kena faham yang keterujaan memang mengatasi segalanya .
Ok sambung.
Akhirnya selepas ditolak-tolak oleh jemaah yang ada dari belakang , sampai jugak aku ke karpet hijau . Perasaan dia memang lain macam bila kakikau dapat jejak atas karpet hijau. Allahu aku tak tau nak explen macamana lagi dia punya rasa berdebar dapat jejak ke kawasan Raudhah dan juga Nabi pernah bersabda yang bermaksud :
kawasan diantara rumahku dan mimbarku adalah taman dari taman-taman surga”. (H.R. Bukhari-Muslim)

karpet hijau ini tanda kita sudah sampai ke taman syurga
Tapi ! macamana nak solat?dahlah solo takder kawan.Waktu tu apa yang kau boleh buat ialah doa dan doa sahaja . Nak solat memang memang takder ruang.Ramainya umat baginda yang datang ke Raudhah dengan satu tujuan yang sama seperti aku.
Disatu sudut bahagian kiri aku pulak dapat aku lihat ketaksuban atau bahasa molek sikit dipanggil kecintaan umat baginda yang macam berdoa dan kadang nampak macam meratap dengan menempelkan tangan dan muka ke bahagian dinding-dinding hijau dimana disebalikya itu terletaknya makam Nabi Muhammad SAW kita yang tercinta.
Mungkin mazhab diorang membenarkan perbuatan seperti itu.Tapi kita jangan sesekali tiru seperti apa yang diorang buat ok.
Diorang tak hairan sangat untuk mendapatkan saf depan untuk solat sunat tapi lebih mementingkan kepada berdoa meghadap Makam Rasulullah.Makanya terdapat pertembungan diantara jemaah-jemaah yang ada kerana ada yang ingin terus ke saf depan untuk bersolat dan ada yang pula yang ingin menuju ke Makam Rasulullah.Tak kurang dengan yang melawan arus untuk keluar .

jemaah berbahasa Melayu kena duduk dan sabar menunggu giliran dan arahan dari guard
Aku akui yang itu juga sebahagian dari ujian.Masing-masing ingin mendapat perhatian baginda.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Tiba-tiba aku dapat isyarat dari satu kumpulan jemaah Turki.Salah seorang darinya tunjuk isyarat macam tanya kamu nak solat?aku angguk berkali-kali.Dia dan kawan2nya mula buat satu bulatan dan menyuruh aku bersolat.
MasyaAllah terus terketar-ketar tubuh badan aku bila dapat peluang sebegitu.Terkumat kamit bibir aku menggeletar sewaktu membaca bacaan-bacaan dalam solat.Hanya ada syukur syukur dan syukur sahaja yang aku mampu fikir.
Dalam sujud terakhir aku berdoa meminta keampunan dariNya dan memohon semoga aku tergolong dalam orang yang mendapat syafaat dari baginda Nabi Muhammad SAW.
Dalam keadaan yang cukup sesak dan padat dengan jemaah lain, bagi aku cukuplah peluang yang aku dapat dengan bersolat 2 rakaat di Raudhah, jangan tamak.
Selesai solat aku terus bangun dan berganti dengan jemaah Turki yang lain untuk menjadi benteng . Selesai semua mendapat giliran bersolat , masing-masing kami berpelukkan sambil mengucap terima kasih.
Memang berat nak melangkah keluar dari Raudhah , tapi memikirkan perut yang mula lapar aku berjalan keluar dari Raudah dengan niat aku akan datang lagi .
Alhamdulilah sungguhpun aku hanya berpeluang berada di Madinah hanya untuk 2 hari setengah sahaja , sempat aku ke Raudah sebanyak 4 kali, 3 kali selepas waktu Subuh dan sekali selepas Isyak dengan Ustazah pembimbing yang diupah oleh travel ejen.
Kali pertama jejak Raudhah aku memang tersengih-sengih macam kerang busuk . Kali kedua pun sama . Masuk kali ketiga aku mula rasa lain macam, aku tak nak pergi dari Raudah tapi memikirkan jangan tamak dan beri peluang dan ruang pada orang lain aku berganjak jugak dari Raudah.
Tiba-tiba hati aku rasa sakit sangat, hati aku terasa rindu pada Rasulullah.Macam terbayang-bayang ada seseorang sedang bersenyum melambai pada aku. Mungkin sebab aku berseorangan jadi aku ada rasa macam tak dipedulikan.
Tapi kat dunia ni oklah aku boleh tahan tak dipedulikan. Tapi kat akhirat nanti macamana ? mahu ke Rasulullah pandang aku dan terima aku sebagai umatnya ? layakkah aku untuk mendapat syafaat darinya ?
Bila memikirkan amalan yang tak seberapa dan dosa-dosa yang tak terkira banyaknya , masa itulah aku dah tak tertahan-tahan rasa terus berjurai-jurai airmata aku jatuh.Aku menahan rasa dengan hati yang terlalu pedih.Aku solat aku nangis, huruf dalam alquran pun aku tak mampu nak baca sebab mata penuh bertakung dengan airmata.
Aku sujud lama-lama, aku tadah tangan aku dengan juraian air mata. Dosa aku bukan satu rahsia.
Menangislah aku, merintihlah aku dan memohon keampunan dariNya.Waktu tu kau dah tak peduli siapapun yang memandang kau. Masing-masing ketika itu hanya memikirkan dosa diri sendiri.
Selepas tu setiap kali solat aku mesti menangis.Percayalah yang rasa hiba rasa berdosa rasa kerdil dan rasa lemah tu akan datang dengan sendiri tak perlu dibuat-buat.
Dan ada sekali tu selepas Maghrib aku bertegur sapa dengan seorang makcik, wajahnya buat aku rindu seseorang di tanah air. Bercucuran lagi air mata aku. Tutur katanya lembut dan wajahnya mirip orang yang aku rindu. Orang yang sentiasa mendoakan kesejahteraan aku. Orang yang bersedih disaat aku diberikan ujian ditinggalkan jemaah dan kapal terbang di Dubai.
Kasih sayang dan doa dari mak juga adalah asbab aku dapat sampai ke Madinah. Aku peluk makcik tu seerat-eratnya sebab aku terlalu rindu pada Mak. Ditepuknya-tepuknya aku supaya bersabar dan dia kata dia faham perasaan aku.
Waktu tu rindu aku kepada mak sangat-sangat melebihi rindu aku kepada anak-anak.

makcik Fauziah…kalau korang perati bebetul mata aku tu masih bersisa dengan airmata

yang tengah2 tu mak aku ….mirip kan macam gambar kat atas …?
Sorry aku menangis lagi sekarang, mohon undur diri dulu, nanti ada rezeki aku sambung lagi.InsyaAllah.
samaaaa dgn mak… syahdunya baca.. asben beli sejadah hijau tu. Allah. teringinnya pegi sana
T_T nangis gak… tak tahu macamana huda nangis bersyukur andai Allah izinkan ke sana nanti.
Allahuakbar..baca kak dila punya cerita, sayu rasa hati ni..
Belum pernah sampai ke sana lagi. Doakan eyqa sampai ke sana jugaaa
Masya Allah besarnya nikmat dapat ke sana, moga ai pun diberi peluang tu suatu hari nanti. Amin!
seronoknya…moga satu hari nnt ina dapat kesana juga.
kak…..sebak baca…dia datangkan pada kita seiras …Subhanallah…dipermudahkan urusan…Syukur Ya Allah…
Seronok baca pengalaman akak. Terasa dan terbayang bagaimana perasaan bila kita tiba di sana. Semoga Allah SWT juga makbulkan doa saya untuk beri peluang menunaikan ibadah di sana.
Sedih ya amat baca citer u..teruntun2 hati ni nk g sana, kali ni nk g raudhah buat mcm u buat. In Sha Allah , Allah izinkan
boleh juga nih tipsnya, semoga makin bermanfaat buat yang ingin umroh
Tak tahu kenapa sedih sangat, doa kan saya jugak dapat ke sana.Terima kasih diatas perkongsian.