Terfikir aku sejak awal Ramadan nak buat satu minuman yang sedap lazat dan paling penting ianya mudah dan cepat untuk disediakan . Maka dalam pada mencari-cari resipi tak berjumpa pulak aku dengan resipi yang secepat  1  2  3 seperti yang aku mahukan .

Walaupun aku duduk rumah tapi sibuk macam orang kerja pejabat , rasanya macam lagi sibuk sebab kerja yang aku buat kat rumah ni perlukan aku berkepit dengan handphone dan komputer lebih dari 12 jam .

Untuk itu aku cipta satu minuman yang menggabungkan khasiat soya dan kenyal-kenyal cendol dalam satu mug . Rasa dia sangat berlainan sebab cendol tu ada rasa wangi pandan dan soya pula cukup rasa manisnya tak perlu tambah gula lagi . Aku cuma tambah ais hancur jer supaya minuman tu jadi sejuk dan segar untuk diminum semasa berbuka puasa .

Jom tengok bahan dan cara-caranya kat bawah .

Bahan & Cara Bancuhan Yeo’s Soya Cendol

resipi soya yeos cendol sedap1 kotak 250ml Soya Yeos

3 senduk kecil cendol

ais hancur secukupnya

Cara-caranya

Cedok 3 senduk kecil cendol masuk kedalam mug yang sesuai

soya cendol yeosTuangkan 1 kotak Soya Yeo’s 250ml

resipi soya cendol yeos sedap

Kacau sebati menggunkan sudu

Masukkan sedikit ais hancur

Siap dan boleh gunakan straw besar untuk minum

resipi soya cendol yeos mudah

Selamat Mencuba….!!!

Kenapa Soya Yeos ?resipi soya yeos cendolRasanya semua orang tahu kenapa , tapi biar aku bagi pendapat aku pulak . Pertamanya aku suka rasa soya yang tak terlalu manis melekit dan Yeos Soya ada ciri- ciri itu . Mak aku yang ada kencing manis pun suka minum sebab kena dengan selera dia . Faham-fahamlah kan…orang tua memang sampai masa dia akan cerewet tapi dengan Yeos Soya dia tak pernah komplen . Ianya juga HALAL dan telah disahkan oleh JAKIM ( Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ) . Sememangnya pilihan minuman soya aku sejak dulu hingga kini adalah jenama Yeos .

Yeo’s Ceria Ria Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya Musim Kedua

imageRamadan adalah bulan yang dipenuhi dengan amalan-amalan mulia seperti bertindak baik juga beramal dari segi memberi kepada yang memerlukan. Sebagai peneraju minuman dan makanan, Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (“Yeo’s”), berhasrat meneruskan kegiatan yang membangkitkan amalan mulia melalui Kempen Yeo’s Ceria Ria Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya Musim Kedua.

Kempen ini menampilkan Kaka Azraff, Shukri Yahaya, AG, Heliza Helmi, Feeya Iskandar & Faizdickie dalam mengumpul nilai derma menerusi pembelian produk Yeo’s. Sumbangan ini akan ditukarkan kepada tunai dan disalurkan ke ENAM buah rumah anak yatim terpilih terletak di kawasan KL & Selangor.

Sesiapa yang menyumbang berpeluang menang duit raya dengan jumlah mencecah RM 58,000 . InsyaAllah aku juga akan turut serta pada 25 Jun 2016 untuk sama-sama turun beramal bersama #teamYEOS .**rezeki dan tuah boleh terjadi pada sesiapa yang DIA kehendaki .

Maklumat lanjut menerusi, www.yeos.com.my atau hubungi 1300-80-2828

Categorized in: