Sawadikap! Happy Bestday 5th Year Old BOAT NOODLE!
Wow diam-diam dah 5 tahun Boat Noodle ni beroperasi. Sememangnya Boat Noodle adalah salah satu makanan lorong dari Thailand yang sangat digemari oleh rakyat Malaysia termasuklah aku.



So hari ini adalah hari yang sangat bertuah buat aku dan rakan blogger yang lain kerana telah dijemput ke sambutan ulang tahun ke 5 Boat Noodle dan juga sekaligus meraikan pembukaan cawangan baru yang ke 48 Boat Noodle di The Gardens Mall.

Tahniah sekali lagi kepada Boat Noodle Malaysia. Dengan jumlah cawangan sebanyak itu, terbukti sudah Boat Noodle adalah pilihan nombor 1 rakyat Malaysia bagi kategori makanan street food dari Thailand.

MAKAN.STACK.REPEAT
Sapa jerlah yang tak ketagih dengan semangkuk hidangan kecil mee yang kemudiannya disusun bertingkat-tingkat dan kemudian akan diulang diulang sehingga kenyang dan puas. Ada sekali tu dalam seminggu aku berulang pergi makan Boat Noodle sampai 2 ke 3 kali sampailah aku rasa betul-betul puas.
Melihat susunan mangkuk yang tinggi pun dah cukup buat hati rasa puas dan gembira. Benarkah aku aku telah makan sebanyak ini. tapi percayalah yang ianya memang benar. Dalam keadaan lapar , setakat 10 mangkuk mee tu apalah sangat. No wonder ada tagline #MakanStackRepeat
Awesome !!!



Biasanya ada jer side dish lain yang aku tambah jika masih lapar, macam Hot Steamy Sangkayaa, Chicken/Beef Meat Ball , dan Crunchy Thai Popeye’s Tempura. Dan air pilihan aku pula semestinya Cha Keow Yen iaitu Thai Iced Green Tea ataupun Cha Yen iaitu Thai Iced Tea. Tsumpahhh tak cukup secawan.



Nak tahu apa lagi menu yang best ada kat Boat Noodle? nahh kat bawah ni aku bagi gambar menu untuk memudahkan korang. Bolehlah plan ngan kawan2 nak makan apa.

NEW AYUTTHAYA 2.0 IS BACK GUYZZZ!
Berita baik bagi penggemar Ayutthaya setelah ditarik dari menu. Kini korang dan aku boleh kembali menikmati menu Ayutthaya dengan versi yang telah diupgred iaitu Ayutthaya 2.0.
Maknanya menu Ayutthaya kali ni telah diolah dengan lebih baik. Dan bila aku rasa memang yer ada lain dari yang sebelumnya, bagi aku rasa Ayutthaya 2.0 lagi pekat dan lagi kick dan lebih berperasa.

Fuhhh ! sendiri cerita pun sendiri juga dah craving balik. Tak sabar nak repeat weihhh!
DAPATKAN MANGKUK PERCUMA DENGAN NOODLE MASTER CARD
Halah halahh banyak nau berita baik untuk peminat Noodle Boat hari ni. katanya ini adalah hadiah istimewa dari Mr. Tony Lim selaku CEO dan juga Pengasas kepada Boat Noodle sempena ulang tahun ke 5 Boat Noodle di Malaysia.
Apakah dia ?

Ok selepas ni setiap pembelian 20 mangkuk Boat Noodle korang akan dapat 1 stamp tau. So teruskan kumpulkan stamp dan redeem Boat Noodle dari 5 sehingga 20 mangkuk. Cara macamana? Ajaklah dalam 4 ke 5 orang kawan yang suka makan Boat Noodle dan order terus 20 mangkuk. Esok-esok repeat lagi dan lagi. Tapi kena cepatlah sebab reward ni valid sampai 30 April 2019 sahaja.

So aku rasa itu sahaja kot laporan aku untuk korang. Untuk yang nak tahu kat mana lagi cawangan Boat Noodle , selain yang baru bukak kat The Gardens Mall ni boleh rujuk Cawangan Boat Noodle Malaysia.
Ok ni lastt, sebelum korang lari laju-laju ke Boat Noodle ijinkan aku tayang sedikit gambar-gambar candid dan ajet comel semasa event berlangsung.
Aku bukan sengaja nak mencapap tapi serius aku enjoy sangat hari ni. Ahahahaha
WEBSITE : BOAT NOODLE
INSTAGRAM : @myboatnoodle
IG STORY : Boat Noodle 5th Anniversary
FACEBOOK : My Boat Noodle

– candid photog by sohography





nak makan mee tak paki jari , tak cukup orderlah lagi
ehek !


All the best dan semoga kita berjumpa lagi.
Terliur lagi rasanya.. Nk dtg lg makannnn sedap!
Seronoknya, siap dapat peluang masak sendiri Mee Ayutthaya 2.0.
Sendiri masak sendiri makan. Tahniah Boat Noodle. Sudah mencecah 5 tahun.
Sedihnya xdapat join. Kek dia stail! wah menu lama kembali.
Makan sampai senak perut.. Mau tak senak Thai tea sampai 2 cawan belasah.. Pastu roti sangkaya tu pun ku bedal jugak..
perghhhh.. terbaek 🙂
sesapnya boot noodle ada yang baru yer
first time masuk makan situ…happening giler
jeles tengok akak dapat buat cara sediakan mee dia tu..