Salam gais, entry kali ni aku nak kongsi dengan korang satu topik menarik iaitu tentang menstrual cup sebagai pengganti pad. Haaa mesti ada yang first time dengar pasal menstrual cup kan apatah lagi cara nak menggunakannya.
Beberapa hari yang lepas aku ada share dekat IG story pasal Menstrual Cup ni. Ni aku belanja 3 story jer. Kalau korang rasa-rasa nak baca boleh tengok dekat highlight IG aku dekat sini Menstrual Cup Journey



So gais, selain kerana nak tahu maklumat dan cara guna menstrual cup ni, korang juga mesti nak tahu big why aku beria sangat nak kongsi pasal menstrual cup ni kan ?
Antara sebab terbesar aku sendiri ialah aku nak jimat dan selesa dalam masa yang sama. And bila aku dah guna baru aku sedar bertapa ruginya selama ini aku lambat tahu dan lambat mencubanya. The best time guna menstrual cup ni ialah waktu period kau tengah heavy flow.
Lebih Jimat Dan Lebih Selesa
Penggunaan MC ni bukan sahaja kerana nak jimat dari membeli pad pakai buang setiap bulan yang ada 3 size untuk heavy flow, night use dan biasa tapi jauh lebih selesa dan sangat praktikal untuk semua wanita terutamanya mereka yang plus size macam aku dan aktif cam aku jugak.

Ia juga sangat membantu aku meningkatkan keyakinan diri semasa period sebab ia membuatkan pergerakan aku rasa lebih selesa berbanding menggunakan pad. Bila kita selesa semua benda jadi mudah dan best.
Macam aku yang bekerja sebagai tour leader lagilah kena bergerak dengan selesa, kalau tak memang boleh terjejas kualiti kerja aku. Aku paling tak suka kalau kena keluar travel waktu tengah period sebab ianya sangat menganggu keselesaan perjalanan aku.
Auto Hilang Stress Dan Rasa Moody
Tak tahulah orang lain macam mana tapi aku memang kalau nak period memang akan alami stress , rasa nak marah tu datang tanpa sebab dan boleh moody sampai 3 ke 4 hari lagi-lagi time heavy flow.
Sebab apa ? sebab rasa tak selesa. Tu belum campur dengan kena period pain, lagilah bertambah moody. Bersyukur dapat suami yang memahami, so dia tak akan cari pasal dengan aku time aku tengah period. Kalau dia nampak dahi aku dah berkerut-kerut dan tak nak bercakap tu dia tahulah aku tengah moody.

So dia akan usaha layan aku sebaiknya. Bagi aku minum segelas air kosong tanpa minta pun dah cukup untuk redakan sedikit rasa stress dan moody disebabkan period pain. Tapi kalau dapat donut lagilah bertambah extra baik mood aku.
Kalau sebelum ni tiap kali period mesti aku akan rasa stress sebab nak buat apapun semua serba tak kena. Tapi buat kali pertamanya dalam sejarah period aku bukan sahaja tak stress tapi tak rasa nak moody sebab aku rasa selesa dan feeling good !
BACA : SABUN YANG SESUAI UNTUK ORANG KENCING MANIS
Dulu nak baring nak tidur nak duduk pun kena hati2 dan cuba jaga posisi kerana risau memikirkan kalau kau melasak mesti akan ada kebocoran. Tu tak campur dengan rasa gatal dan melecet celah kangkanh sebab bergesel dengan hujung pad yang lari dari kedududukan.
Pastu kena pastikan baju seluar mesti kena pakai warna gelap-gelap sebab risau kalau terbocor mesti ada kesan. Sekarang kau pakai serba putih pun sikit pun tak apa sebab tak akan ada kesan apatah lagi berlaku kebocoran.
Jenama Pilihan Menstrual Cup
Ada banyak dah jenama dengan kualiti yang bagus dekat Malaysia nih. Salah satunya ialah Suci Cup . And aku sendiri banyak baca info-info tentang penggunaan MC ni dekat website diorang. Thats why aku pilih MC pertama aku dari Suci Cup.
Bukan sebab aku dapat ilmu tentang MC tapi sebab aku yakin dengan kualitinya juga. Benda nak sumbat dekat “dalam” kan wajib pilih yang terbaik.

Tapi kalau korang ada jugak rasa nak cuba tapi tak yakin nak beli yang OK sebab takut tak ngam, korang boleh jer beli yang biasa dulu dekat shopee dengan harga yang murah. Search jer menstrual cup and korang boleh jer beli size cup yang kecil kot korang seriau nak guna cup yang besar.
So once korang rasa selesa dan ok nak gunakan terus tiap kali period korang boleh bertukar kepada brand yang lebih baik dan berkualiti. Contohnya menstrual cup dari Suci Cup.
Pilihan Masing-Masing
So cukup sampai disini sahaja dahulu perkongsian aku mengenai Menstrual Cup. Korang nak tahu lebih-lebih pasal kualiti dan apa material menstrual cup yang aku gunakan ni, korang boleh google atau baca sahaja di web Suci Cup .
Apapun terpulanglah pada korang samada nak ubah cara sambut kedatangan period ataupun tak, sebab semuanya adalah bergantung kepada pilihan masing-masing.
Aku cakap best dan baik macam mana pun tapi kalau korang still ragu-ragu or takut nak mencuba pun tak akan merubah apa-apa. Untuk aku yes definitely aku akan terus jadi pengguna menstrual cup ni sampai cukup masa ia tamat perkhidmatan.
Next entry kalau rajin aku akan kongsi cara dan position paling selesa untuk insert menstrual cup. InsyaAllah.
Selamat Mencuba !
Nota : FYI aku tak dapat apapun imbuhan dari syarikat Suci Cup tu sebab review poduk diorang. Tapi aku lebih kepada berkongsi pengalaman baru. Tapi kalau diorang nak reward aku yer Alhamdulillah.
Ramai dh cuba. katanya lg mudah tp yanie masih xbrani cuba hihi
moga di beri kekuatan nak guna ni jugak skrg belum lagi hahahha