Lately ni aku banyak jugak baca luahan hati bekas pesakit covid19 yang dipandang macam penjenayah oleh rakan sekerja dan juga masyarakat sekeliling. Sebab tu ada yang ambil tindakan mendiamkan diri bila mereka disahkan positif sebab tak nak dipulaukan dan dituduh macam-macam.
Mind set mereka semua kata sesiapa yang terkena virus covid19 ni pasti orang yang tak jaga SOP dan banyak merayau berbanding mereka yang tak kena. Sebelum aku sendiri kena pun aku ada dengar jiran sekampung aku kena sembur dengan kawan dan orang kampung sehingga sanggup mengeluarkan kata-kata yang melukakan hati dan yang tak sepatutnya kepada bekas pesakit covid19 yang sudah disahkan sembuh oleh KKM.
Baca : Pengalaman Dijangkiti Virus Covid19
Aku ni masa tu walaupun setakat dengar tapi perasaan menyirap dengan kelantangan mulut orang yang kurang ilmu pasal jangkitan covid ni memang automatik bikin aku panas hati dan panas telinga.
Diberitahu salah tak diberitahu pun salah. Walhal dia bagitahu yang dia kena jangkitan virus covid19 ni dalam group supaya ahli group yang lain boleh ambil langkah-langkah berjaga dan boleh lebih perketatkan SOP dalam menjalani kehidupan seharian.

Teringat satu kes masa tahun 2020 ke akhir 2019 ada satu video tu aku tengok dia dipulaukan orang kampung sebab dia bekas pesakit covid19. Dia kata sejak tu dia buat hal sendiri jer sebab orang kampung tak suka tengok dia atau nampak dia keluar dan ianya berlaku di Malaysia yer bukan kat Wuhan nun.
Aku sendiri baru mengalaminya sendiri. Aku faham dia takut tapi janganlah kurang ajar sangat. Masa tu aku memang duduk dekat luar depan pintu jer sebab nak ambil angin dan lihat pemandangan. Then aku dapat call dari seseorang ni katanya nak hantar barang.
Aku dalam rumah pun pakai mask inikan pula nak duduk depan pintu rumah, bukan togel gitu-gitu jer. So bila dia sampai aku suruh dia letak barang tu atas meja yang memang jauh sangat dari tempat aku duduk. Lebih 2 meter kot. Tapi dia pergi letak barang tu atas motor. Sudahnya barang tu tergolek jatuh dan dia boleh cakap dekat aku “nanti ambiklah yer….”. Walhal apa salahnya dia yang ambik balik barang tu dan letak elok-elok.
Bila aku tengok dia buat tak tahu jer aku bangunlah. Boleh dia cakap “nanti …jangan dekat…” . Padahal aku bukan nak dekat dengan dia tapi cuma nak cakap dekat dia ambiklah balik sebab kau yang jatuhkan barang tu dan letaklah elok-elok. Sebab aku fikir dia mungkin tak dengar apa yang aku cakap tadi.
Lepas dia ambik gambar tanda dia dah hantar barang dekat aku dia terus dia blah macam tu jer tanpa minta maaf apa semua. Aku macam terkesima seketika. Faham tak perasaan aku masa tu macamana. Macamlah aku ni jahat sangat sampai nak menjangkiti dia dan ada seketika terasa dilayan macam penjenayah pulak bila dia nampak aku terus dia lari lintang pukang. Geleng kepala betul aku
Baca : Virus Covid19 Bukan Konspirasi Tapi Realiti

Yer betul aku pesakit covid19 tapi aku sangat menjaga jarak dengan penghantar barang. Majoriti rider semua ok bila suruh letak barang atas meja sebab aku dah memang sediakan bakul kat situ. Ni kau hantar barang bila aku suruh letak tempat yang selamat kau letak ikut suka kau lepastu bila barang tu jatuh kau boleh buat derk jer.
What if barang yang kau kena hantar tu makanan mudah tumpah atau barang mudah pecah ?
Tu bila baca pesakit-pesakit covid19 yang kena palau dengan rakan sekerja aku faham apa perasaan diorang. Mungkinkah nasib aku pun begitu bila MCO tamat. Buat masa ni aku akan stay at home sampailah kesihatan aku betul-betul mengizinkan untuk aku keluar berkerja. *walhal memang selama ni banyak buat kerja dari rumah jer…ehehehe.
Abaikan Pandangan Masyarakat Yang Rosak
Tapi takperlah, apa yang penting aku tahu selama aku dan keluarga aku dijangkiti virus covid19 ni aku sentiasa mendapat sokongan dan bantuan penuh dari ahli keluarga dan juga sahabat-sahabat di luar sana. Nak sebut satu-satu memang ramai. Terutamanya rakan-rakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari yang banyak membantu aku, sentiasa bertanya khabar dan memberikan aku kata-kata semangat setiap hari. Jasa dan budi diorang pada aku hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.
Fokus pada mereka yang sokong dan sayang pada kita, kalau yang nak menjauhkan diri tu biarkan sahaja. Anggap itu adalah perkara yang terbaik yang telah berlaku pada kita setelah kita bersusah payah mengharungi ujian yang hebat ini.
Sesungguhnya rezeki , ajal dan maut semuanya ketentuan dari Allah. InsyaAllah jika kita terus sabar dan redha dengan ujian ini pasti ada nikmat dan ganjaran yang lebih baik sedang menanti kita. Amin

FOLLOW & SUBSCRIBE
Facebook : Saidila Abdul Rahman Instagram : Saidila Youtube : Saidila Lifestyle
betul tu..kadang ni pemikiran orang la..oo.orang tu ada covid..mula la nak pandang serong..patutnya kita kena bagi semangat la..bukan buat macam satu jenayah
Sampai mcm tu sekali pemikiran orang.. Haish.. Mestila yang kene covid tu dh rjaga betul2 firi dia dan orang lain. Sampai hati dia biarkan barag tu jatuh.. Apela..
Masyarakat kena membuang fikiran negatif sebgini, jika berterusan ia membuat seseorang itu mengalami sakit mental dan tekanan hidup. Semoga Allah memelihara kita semua.
Beautiful post! I also feel sad reading your story. I can’t believe people are so cruel and judgemental. It’s now these people fall that they were diagnosed with Covid-19. The virus doesn’t just choose people. Sometimes these people are the ones who followed the SOP. But unfortunately, there are people around them who don’t. Pls, be kind, people. And stop being so judgemental. Allah S.W.T wants us to be kind during this pandemic.
betul sangat2.. ada kawan yang positif dah sihat pun, tapi jiran2 anggap dia macam zombi, kesian dia
Astaga. Gitu la jadinya kalau otak tu buang kat longkang kan. Sepatutnya kita yang jaga diri, jaga penjarakan dan bukannya memulaukan diorang. Aduhai. Yang tu pandai nak elak – kalau perokok takde pula nak lari jauh kan.
Yes, I agree with you, it’s not your fault, and nobody should be blamed. Things may happen so just focus on the recovery instead of finding fault.
Sunshine Kelly recently posted…McDonald’s Malaysia Appreciates Our Medical Frontliners
Oh my… yg ni perspektif dari bekas pesakit sendiri yang kadangkala org sekeliling alpa. Kesiannya, moga Saidila terus sihat dan sabar dengan pandangan masyarakat ye. Orang kita masih sedang mengenali wabak ni so tu yang mungkin wujudnya pelbagai pandangan kurang enak dan kurang tepat. Stay strong sis!
Bekas Pesakit COVID-19 ni pada zaman kini lebih ramai simpati dan jaga diri sendiri. Kekal dengan SOP Pandemik je kami ni. Dulu masa tahun 2019 dan 2020. Memang banyak kes positif COVID-19 dikalangan rukun tetangga. Kami tak marah. Cuma kami nak si pesakit lebih sensitif dengan masyarakat sekeliling. Memang akan terasa di pulaukan. Sebab demi kebaikan bersama. So kami siapkan satu team utk incas pesakit COVID-19, or yang nak pergi swab test. Sebab ada yang kena kuarantin kendiri. Bagi tahu tarikh dan jam berapa. Kita khaskan dia guna lift. Lepas naik ambulans, kita sanitasi semua lift dan floor. Begitulah renyah proses dan dalam masa dia terasa hati kena dipulaukan. Actually duit sanitasi dan man power adalah donation dari semua penduduk di rumah ini. Cuma tidak dimaklumkan sebab kutipan berjalan dari group whatsapp yang tiada pesakit COVID-19 di dalamnya. So semua ini terpulang dengan cara kita nak positif atau negatif kan Kak Sai. Yang kes kat kampung tu macam nak buat content je. Tak pepasal femes kampung tu. Dah org tengah PKP. Siapa je yang keluar. Ngek betol.hahaha.
Ruby recently posted…Kisah Menarik Ustaz Ashraf Suarin, Beras Ashraffi Dan Pondok Motivasi (Tahfiz) Hamlatul Quran
Ya Rabbi sampai macamtu sekali.. kenapalah gitu, nampak sangat ilmu dia cetek dan tak rajin membaca Kak.. takpe Kak, yang penting akak sihat dan utamakan kesihatan akak aje.. moga akak terus kekal sihat ya..
Sis Lin recently posted…LIRIK LAGU GOODBYE HELLO – SYAMEL & ERNIE ZAKRI
Yes betul tu mentaliti yang macam ni kita kena tanam dalam diri rakyat Malaysia sekarang ini memang ia adalah bukan satu kesalah kerana kita memang tak nak kena penyakit tu. Masyarakat kita jer selalu pandang serong bahaya lah ia lebih bahaya daripada penyakit itu sendiri tau…