Asalamualaikum ,
Alhamdulillah pejam celik celik pejam celik dah selesai pun trip 3 hari 2 malam Kelab Blogger Ben Ashaari ke Peladang Setiu Agro Resort. Tapi sampai ke hari ini aku masih tak settle lagi throwback segala moment-moment yang ada.
Selama ni aku cuma dengar nama Setiu hanya dalam lagu Terengganu Kita nyanyian Saleem Iklim . Tak sangka diumur 39 ni aku baru berpeluang menjejak dan meneroka sedikit dari khazanah negeri Terengganu Darul Iman iaitu Setiu.
Perjalanan ke Setiu boleh dikatakan agak memakan masa lebih kurang 5 hingga ke 6 jam bergantung pada kelajuan dan persinggahan jika melalui LPT2 . Walhal perjalanan dan masa dapat dipendekkan jika mengambil susur keluar ke Jabor kemudian menghala ke Cherating dan seterusnya melalui Kemaman dan daerah-daerah lain di Terengganu.
Daerah-daerah lain tulah yang aku tak tahu . Abih kuat pun aku tahu sampai Kemaman sebab selalu singgah situ kalau ke Cherating.Tapi dek kerana masing-masing yang dalam konvoi tu pun first time pergi Setiu, maka terpaksalah akur dan patuh pada arahan Waze .
Oklah, tanpa membuang masa korang yang dah teruja nak baca apa yang ada di Setiu dan apa yang amazing sangat pasal Peladang Setiu Agro Resort, jom teruskan membaca entry ni .
Hari Pertama , Jumaat ( 16 Mac )
5:30 petang – lebih kurang dalam jam 5 petang, aku dan 8 blogger lain selamat tiba di Peladang Setiu Agro Resort.

selamat datang !!
Perjalanan hari pertama penuh dengan sedikit ujian menyebabkan masa ketibaan 3 buah kereta yang konvoi bersama dari Kuala Lumpur ke Peladang Setiu Agro Resort lari dari jadual yang disediakan.
Oleh kerana aku dan blogger yang dari KL tidak dapat sampai pada waktu yang sepatutnya maka aktiviti berkayak terpaksa ditundakan.
6:30 petang – check in dan bersihkan badan.Semua ke cafe untuk menikmati hidangan minum petang yang disediakan.

meskipun penat kami tetap tersenyum
Menikmati secawan demi secawan kopi o yang disediakan sambil duduk menghadap tasik dengan sesekali wajah diterpa angin lalu, itulah tandanya kau sedang menikmati satu perasaan yang dipanggil ketenangan.

amazing !!!
8:00 malam – berkumpul di cafe untuk makan malam dan sesi taklimat mengenai aktiviti dan latar belakang Peladang Setiu Agro Resort oleh Encik Sanusi.
10:30 malam – bersedia untuk memulakan aktiviti dan cabaran pertama iaitu Jungle Night Trekking di Hutan Simpan Gunung Tebu dan dipandu oleh 3 orang trainer yang berpengalaman mengendalikan aktiviti teambuilding. Kami hanya dibekalkan dengan sebatang lilin oleh trainer untuk meredah hutan dalam kepekatan malam yang penuh dengan bintang dilangit dan binatang yang bernama pacat.

happy jer muka semua sebelum masuk …sekali dah masuk semua muka macam kena rasuk pacat…bahahahaha
12:00 tengah malam – semua peserta selamat sampai ke tapak perkhemahan dan kembali ke bilik masing-masing untuk membersihkan diri dari lumpur dan darah akibat diserang pacat.
Hari Kedua , Sabtu ( 17 Mac )
8:00 pagi – sarapan di cafe
9:00 pagi – berkumpul untuk memulakan aktiviti flying fox dari “menara taubat” . Sebelum bermula kami diberi sedikit penerangan oleh Pok Nik mengenai alat-alat yang perlu digunakan dan juga langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi sebelum kami dilepaskan turun dari ketinggan 50 meter.
Menurut Pok Nik, tali kabel yang digunakan mampu menampung berat 2 biji kancil 850cc. Jadi setakat berat orang macam aku ni apalah sangat . Harness yang mencecah harga ribuan ringgit untuk satu set digunkan juga masih baru dan berkeadaan baik . Keselamatan memang diutamakan.

pok nik ni pandai anyam daun pandan jadi bunga rose

bergambar tu lagi wajib dari pakai harness….

kami sedia !!!!

fighting !!
10:30 Pagi – mula bergerak ke jeti berdekatan untuk aktiviti seterusnya. Satu-satunya laluan yang ada untuk sampai ke Laguna Setiu Wetland hanyalah dengan menaiki bot.Aktiviti dimulakan dengan meredah paya menuju ke hutan paya bakau untuk mencari Lokan. Kami juga diberikan alat khas yang memang digunkan untuk mencari Lokan.

take my hand n welcome aboard….
Selepas menggali Lokan , kami dibawa oleh Pok Nik untuk menggagau Kepah dan kemudian menyelam untuk mengambil Scallop ataupun Kekapis.

ke mari lu…
Melalui sendiri pengalaman berpanas dan dan berisiko untuk cedera, tahulah aku betapa susah rupanya hendak mencari Lokan, Kepah dan Kekapis. Hal demikian telah membuat aku dan yang lain-lain rasa insoff dan berjanji tidak akan merungut lagi pasal harga.

hajat hati nak tikam lokam sekali kena tikam ngan tiram…rasakan lo

tanpa guna 2 produk Cosmoderm ni confirm muka aku dah rentung
2:30 tengah hari – membawa hasil tangkapan naik ke darat dan membersihkan badan. Perut pun dah berbunyi minta diisi . Alhamdulillah,makanan pun sudah siap dihantar dari Peladang Setiu Agro Resort dan kami ambik peluang untuk membakar sedikit hasil tangkapan yang sangatmasih segar. Sangat nikmat bila dapat menikmati hasil penat lelah dan titik peluh sendiri sambil ditiup angin bayu dari Laut China Selatan.

isi lokam yang manis , masin dan segar memang terbaikkkk
3:30 petang – kembali ke jeti dan singgah sebentar ke Desa Kekabu Inn. Satu lagi lokasi persendirian menarik di Setiu untuk dikomersialkan.Disini terdapat anak sungai yang punca airnya mengalir dari kaki bukit Gunung Tebu. Airnya jernih,sejuk dan berlatar bunyi unggas sememangnya menjadi tempat istirirahat terbaik untuk menenangkan fikiran dan jauh dari hinggar binggar di kota.
Nak tahu lagi pasal Desa Kekabu Inn tunggu aku updet yer.

pakai iPhone jerrr nihhh
5:00 petang – pulang ke Peladang Setiu Agro Resort dan bersedia untuk aktiviti senaman suara pada waktu malam.
8:30 malam – kami disajikan dengan pelbagai hidangan celup tepung . Tak lupa juga membakar hasil tangkapan siangnya dari Laguna Setiu Wetland. Sambil makan kami diarahkan untuk membuat aktiviti senaman suara yang banyak dimonopoli oleh Ayue dan Razi . Entah macamana malam itu , buat pertama kalinya aku dan Kecik telah terlibat sama dalam aktiviti senaman suara dengan ditemani Ayue.
12:00 tengah malam – kembali ke pangkal jalan pulang ke bilik masing-masing untuk berehat.
Hari Ketiga Ahad ( 18 Mac )
8:00 pagi – hari terkahir bersarapan di cafe, kat sini aku belajar minum kopi dengan 1 satu sudu teh gula sahaja. Tak tahu kenapa kopi o kat sini sangat sedap.
9:00 pagi – berkumpul di tepi tasik untuk aktiviti water confidence oleh 2 oranng trainer yang sangat peramah , kelakar dan berpengalaman. Walaupun aku boleh berenang tapi aku masih kekurangan teknik dalam mengatur pernafasan didalam air . Tak dinafikan adakalanya aku juga panik bila berhadapan dengan kawasan air terbuka.

kredit pic @azuraxabu dari @amazingterengganu
Mujurlah sebelum ini aku pernah join kelas asas berenang dengan Swim Rush. Sedikit sebanyak agak membantu aku supaya tidak tersedut air melalui hidung dan apa yang harus aku lakukan jika ianya terjadi.

camnikan coach ??
Mula-mula kita kena pakai life jacket , berdiri atas platform , depangkan tangan dan jatuhkan badan ke dalam air kemudian berenang hingga ke tebing seberang. Tah kenapa aku terkeluar dari landasan , padanlah tak sampai-sampai. **adehhh

percubaan menyamar menjadi arapaima dalam tasik
Selesai aktiviti kat tasik, trainer Naqib dan Wafi bagitahu selepas ini kita akan terjun pula dari jambatan. Aku ingat dia gurau tau , aku pun ok jerlah. Sekali memang betul-betul kena terjun dari jambatan. Nak tarik diri tak boleh dah ! dan kalau aku tarik diri jatuhlah maruah aku sebagai kak long kawasan . Huhuhuhu , nak tak nak kena hadap jugaklah.
Selepas didemo oleh Wafi diikuti pula Ayue dan yang lain-lain barulah gilian aku. Aku yakin aku boleh lakukan dengan mata yang terpejam.
Dan akhirnya 2 kali aku bedebushhhh terjun dari jambatan berketinggian hampir 10 meter. Kalau boleh aku nak terjun banyak kali sampai aku rasa puas. Sebab aktiviti ni bagaikan memberi satu terapi untuk aku melepaskan segala rasa yang aku tahan sejak sekian lama.

amazing weihh bila aku terjun dari jambatan
Dan yang terakhir, aku dan rakan-rakan diberi masa untuk berkayak mengelilingi tasik . Aku dan Ayu kayak bersama secara santai.Alangkah ruginya sebab tak bawa roti,kalau tak bolehlah berkayak sambil memberi makan kepada ikan-ikan didalam tasik.

kanak-kanak trending…
Untuk pengetahuan korang, kat tasik ni dibenarkan memancing dan hasil memancing tu bolehlah dimasak dan dijamah bersama-sama.Sebarang aktiviti disini ada bayarannya tapi serius sangat murah dan berbaloi. Lagi ramai datang lagi murahlah harga setiap aktiviti mengikut pakej .
12:00 tengah hari – selesai sudah segala aktiviti dan masa untuk check out
1:00 petang – makan tengahari yang terakhir di Peladang Setiu Agro Resort dan dihidangkan pula dengan lauk tempoyak ikan patin.

lauk simple macam kat rumah sendiri memang sedap
1:30 petang – bergambar kenangan dengan Encik Sanusi buat kali terakhir
2:00 petang – bersurai

till we meet again….
Kesimpulanya , segala aktiviti yang aku dan kawan-kawan lakukan semasa berada di sini memang sangat menguji ketahanan mental dan fizikal, Terutamanya aktiviti Jungle Night Trekking dan Water Confidence .
Apa yang aku nampak, 2 aktiviti ni bukan sahaja memerlukan keberanian dari diri sendiri, tapi ianya juga perlu sokongan dari kawan-kawan. Tanpa laungan semangat dan sifat bekerjasama antara satu sama lain, kalau tak tarik diri semestinya ada yang pengsan kat situ jugak sebab takutkan gelap dan pacat.
Alhamdulillah , jujur aku kata yang aku sangat bangga dan gembira dengan semua team KBBA9 yang ke Setiu , bukan mudah untuk kami menghabiskan apa yang kami mulakan. Tanpa sokongan diorang aku pun dah lama surrender dan balik naik flight jer .
Nota : kalau korang bercadang nak ke Peladang Setiu Agro Resort , aku rekomen kat korang untuk rekues Naqib , Wafi dan Pok Nik ni jadi guide korang . Serius diorang memang best trainer aku pernah jumpa.
PELADANG SETIU AGRO RESORT
- Peladang Setiu Agro Resort mempuanyai 58 unit chalet
- Kem Latihan Agro dengan 5 blok asrama (boleh menampung 250 orang dalam satu masa),
- Tapak Perkhemahan Agro (boleh menampung seramai 300 orang dalam satu masa)
- Aktiviti rekreasi yang pelbagai antaranya Flying Fox, Abseilling, Jungle trekking, rafting, berkeno dan macam-macam lagi
- Kunjungi juga Laguna Agro Resort di Kg Gong Batu Setiu dengan kemudahan tapak perkhemahan, 6 unit chalet serta pelbagai aktiviti menarik seperti river crossing, survival, rafting, berkeno di lagun,
- Rasai sendiri pengalaman mencari lokam, kerang , kepah dan kekapis
- Kemudahan memancing dengan suasana yang memukau pandangan juga disediakan
Jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada Peladang Setiu Agro Resort , terutaanya Encik Sanusi yang mengalu-alukan kedatangan kami dengan layanan yang sangat memuaskan dari tempat penginapan, makanan dan arrangement segala aktiviti .
Tak lupa juga kepada trainer-trainer yang hebat dan berpengalaman seperti Pok Nik , Naqib , Wafiy , Sufian dan yang lain-lain , sebab sentiasa bersabar , menghiburkan dan memberi tunjuk ajar kepada kami untuk menyelesaikan segala misi dan aktiviti selama kami berada disana.
Kalau ada sumur diladang
Bolehkah saya menumpang mandi
Peladang Setiu Agro Resort kami dah datang
Janganlah serik menjemput kami lagiKalau ada jarum yang patah
Jangan simpan didalam
Kalau ada silap dan salah
Jangan simpan didalam hati
Untuk harga pakej penginapan atau aktiviti korang boleh hubungi terus bahagian pengurusan di :
Website : http://www.agroresort.com/
Facebook : https://www.facebook.com/agroresort.setiuterengganu
Phone: 09-6920039 / 09-6920059 / 019-9192240
Fax: 09-6099763
Email : peladang_agroresort@yahoo.com
Alamat : Lot 3912, Guntung, 22040, Setiu, Terengganu, MALAYSIA
bestnya. rugi x dpt join. huhuhu
Uish.. mencabar juga aktiviti kat situ!
best kan trip kali ni, semoga ada peluang yang join lagi program camni.
Sian korang, waze salah bagi direction ke?
Cuma huda rasa naik LPT2 lagi cepat berbanding jalan dalam, byk traffic light.
Best nya! Jadual padat dengan aktiviti.
Cantik laaa pemandangan kat sana
Bestnya dapat melasakkan badan. Tapi bab serangan pacat tu… very the scary la…
hahahaha leklahhhh…..ada cara jugak nak elakkan diri dari kena gigit pacat….tapi itulah pengalaman
Best sangat semua aktiviti, tapi bab pacat tu memang ai surrender lah. Geli!!
kebetulan kat situ baru lepas hujan…memang banyaklah pacat….tapi memang best
Kagum la dengan K.Dila..lasak jugak aktiviti kat Agro Resort tu ye .. paling best part terjun jambatan ….phewwww
hasil training ngan team TLDM…salah satu trainer yang ada kat situ pun orang navy….
Rugi tak join. Bestnya.. Gambar semua awesome.
memang best ai….next time join tau
Nampak enjoy sungguh kak long, tapi kalau i bab pacat tu awal awal surrender tamau ikut hahhaa
natang kecik itulah penyebab semua histeria….hahahahaha
best giler tgk macam-macam aktiviti ada.kalaulah dapat join mesti best