Hari Jumaat bersamaan 6 Mei 2016 , Allah gerakkan kaki aku menuju Menara PTPTN di Kuala Lumpur . Pada mulanya memang malas nak kesana sebab aku kena naik train secara solo…tapi semangat dari kawan-kawan buat aku gigih jugak menapak serta mendaki dan menuruni anak-anak tangga…sambil-sambil nak tahu apakah kelebihan rakyat Malaysia dapat dengan menyimpan di akaun  SSPN-i plus .

Baca Entry Berkaitan —> DISINI 

sspn iplus online 7

Majlis Pelancaran Pakej Baharu SSPN-i Plus , Ejen Online PTPTN & Penyampaian Hadiah Cabutan

Gedebak gedebuk tunggu pukul 3 baru majlis bermula dengan bacaan doa selamat dan diikuti dengan ucapan aluan dari Pengerusi PTPTN YB Dato Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah dan selepas itu disusuli pula ucapan Perasmian dan Pelancaran Pakej Baharu SSPN-i Plus , Ejen Online PTPTN dan Penyampaian Hadiah Cabutan oleh YB Dato Mary Yap Kain Ching , Timbalan Menteri Pendidikkan Tinggi mewakili YB Dato Seri Idris Bin Jusoh , Menteri Pendidikkan Tinggi .

sspn iplus online 9

Sekalung tahniah aku ucapkan kepada pendeposit-pendeposit yang telah berjaya memenangi cabutan bertuah hadiah lumayan dengan hanya melalui simpanan tetap SSPN-i plus serendah rm50 sebulan dan syabas sebab diorang lebih cepat sedar dan pantas dari aku dengan membuat pelaburan awal untuk anak-anak dan diri sendiri .

Pada hari itu juga aku tersedar dari angan-angan , aku lihat kembali apa yang telah aku buat demi masa depan anak-anak . Baru teringat pasal saving pendidikkan yang tak berapa cantik dan tak berapa bagus perancangannya .

Jika Suatu Hari Nanti Aku Tidak Mampu

Tapi takper , masih belum lambat atau terlewat untuk aku merancang kembali simpanan pendidikkan untuk anak-anak . Hari tu aku terfikir manalah tahu jika suatu hari nanti aku tidak mampu , hanya inilah simpanan yang dapat membantu diorang meneruskan pembiayaan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan menjadikan ianya begitu penting mengapa rakyat Malaysia perlu ada akaun SSPN i – Plus**insyaAllah

Teringat pada kata-kata mama kembar tiga….“simpanan di SSPN-i plus ini bukan sahaja dapat digunakan untuk menampung kos pendidikkan tetapi dapat membantu mengurangkan beban hutang pinjaman PTPTN atau pinjaman lain setelah tamat belajar “

Caruman Minimum Yang Rendah Setiap Bulan Dan Faedah Untuk Pendeposit Dan Penerima Manfaat

Apa yang aku lagi rasa nak buka akaun dengan SSPN -i Plus ini ialah pasal komitmen yang sangat rendah dan mudah ….komitment bulanan yang  ikut kemampuan kita untuk terus mencarum dalam SSPN-i Plus …ianya juga boleh dicarum dengan serendah rm30 sebulan….kiranya tabungan yang perlu diperuntukkan ialah Rm1 sehari ….simpanan tetap yang paling murah dan rendah aku pernah jumpa. Jangan lupa semak juga kelebihan SSPN – i Plus yang ditawarkan .

sspn iplus online 5Selain kita ada caruman wajib , pencarum juga akan dilindungi insuran secara automatik tanpa perlu pemeriksaan kesihatan seperti syarat syarikat insuran yang lain…syarat yang ada tu pun dah cukup mudah aku rasakan…so nak tunggu apa lagi..?

Sampai rumah buat apa yang wajib dulu kemudian baru aku semak guna online balik tawaran-tawaran yang diberikan .

Mencarum SSPN-i Plus Buat Pertama Kali

Sebelum ni aku ada daftar ASG ( Amanah Saham Gigih ) untuk si kakak….aku utamakan dia dulu sebab dia sulung . Tapi leceh kot…sebab nak menambah jumlah simpanan dalam tu perlukan aku keluar dari rumah dan itulah benda paling malas aku tak suka nak buat….walaupun aku terer memandu dan merempit tapi selagi benda yang perlukan aku keluar tu suam-suam kuku penting memang aku tak keluar rumah .

Cara Daftar SSPN- i Plus

Klik Gambar atau Klik Sini dan pilih Buka Akaun

sspn iplus online 1

Kemudian ikut sahaja arahan yang diberikan dan isi segala butiran wajib yang diperlukan .

sspn iplus online 4

Pilih pakej yang kita mampu nak carum setiap bulan…dan pilih berapa bulan kita nak mencarum….katalah 1 bulan maka pilih 1…kalau nak 2 bulan terus pilih 2 dan seterusnya….**Rujuk sini untuk pakej

sspn iplus online 3

Aku ambik caruman PAKEJ DELIMA untuk kakak iaitu Rm50 sebulan dan aku mencarum untuk 2 bulan terus…kalau ada duit boleh carum untuk beberapa bulan kedepan..kalau takder , cukup 1 bulan dahulu tapi jangan lupa untuk menambah caruman setiap bulan …bukan apa takut insuran tak valid bila diperlukan .

sspn iplus online 2

Untuk Maklumat Lanjut 

Jika korang berminat nak buka akaun untuk diri sendiri atau anak-anak boleh PM aku untuk cara dan tunjuk ajar jika korang tak faham . Aku sedia membantu …

Selamat menabung semua dan boleh dapatkan maklumat lanjut tentang pakej DISINI atau layari instagram @INSTAPTPTN

KLIK UNTUK BUKA AKAUN

Galeri 

sspn iplus online 10

sspn iplus online 8

pemenang bertuah sspn

sspn iplus online 11

 

Categorized in: