Walaupun mungkin ada yang dah tahu kenapa tapi yang tak tahu macam aku ni bolehlah ambil tahu sebagai menambah ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk kita semua lebih-lebih lagi bila melibatkan keturunan Rasulullah SAW.

Aku tak terfikir pun nak ambik tahu apatah lagi nak kongsi, tapi ilham tu datang selepas aku terbaca teguran PU Syed kepada Syarifah Sakinah supaya berpakaian dengan elok sebagai menjaga nasab keturunan.

Sejak kecil aku hanya tahu yang orang berketurunan Syed dan Syarifah ni dari keturunan Arab yang mulia sahaja tapi sungguh aku tak tahu ia juga bernasab dengan Nabi Muhammad SAW.

Apa yang aku ingat masa kecik dulu aku tak akan berkawan dengan orang yang nama pangkal dia ada Syed dan Syarifah sebab bagi aku diorang ni kategori orang-orang sombong.

Mungkin sebab aku pernah dilayan teruk oleh segelintir dari mereka so aku pun pukul rata mereka semua yang ada nama pangkal Syed dan Syarifah.

Then semalam aku teringat perbualan aku dengan kawan aku. Suaminya seorang yang berketurunan Syed. Jadi dalam masa berborak pasal pelajaran dan masa depan anak-anak, kawan aku cerita satu hari nanti kalau anak-anaknya susah (anak-anaknya berketurunan Syed sebab bapanya pun gunakan nama Syed) haram untuk mereka terima zakat dan sedekah kecuali jika mereka terlampau susah sampai masuk kategori asnaf.

Pastu aku pun tanya kenapa dan dia pun cakap kerana ianya dilarang oleh baginda Rasulullah SAW.

Walaupun masa tu aku tak berapa faham tapi aku pun oooo kan ajer dan tak tanya lanjut sebab aku tak rasa macam ianya perkara penting buat aku.

Aku ni kalau orang tak cerita memang aku tak akan tanya, lebih-lebih lagi hal peribadi.

Cumanya aku kata kalau dia perlukan bantuan InsyaAllah aku sedia untuk membantu.

So gais ini penjelasan yang aku jumpa kenapa ketrunan Syed dan Syarifah dilarang menerima zakat.

HARAM ATAU HARUS ?

Majoriti kalangan ulama empat mazhab mengharuskan keturunan Rasulullah SAW menerima zakat apabila mereka terhalang daripada menerima khumus atas harta ghanimah.

Soalan: Saya ingin bertanya mengenai hukum memberikan zakat kepada mereka yang berketurunan Syed dan Syarifah? Ini kerana, ada pihak mendakwa bahawa mereka adalah keturunan Rasulullah SAW yang tidak boleh menerima zakat. Mohon pencerahan. 

Jawapan: Memang ramai orang awam terkeliru dalam perkara ini. Bagi menjawabnya, apakah dalil yang menjadi sandaran kepada haramnya zakat diberikan kepada Nabi Muhammad SAW dan seluruh keturunannya.

Rabi’ah bin al-Harits dan al-‘Abbas bin ‘Abdul Mutallib telah berkumpul dan keduanya mengutus al-Mutalib dan al-Fadhl bin ‘Abbas untuk menemui Rasulullah SAW agar baginda melantik kedua-duanya sebagai amil zakat, sehingga kedua-duanya kelak mendapat bahagian (amil) daripada zakat sebagaimana yang lainnya.

Tatkala keduanya menemui Rasulullah SAW, baginda pun bersabda: “Sesungguhnya zakat tidak dihalalkan bagi Nabi dan keluarganya. Zakat itu hanyalah merupakan kotoran manusia.”

Kemudian Rasulullah SAW menikahkan keduanya dan memerintahkan petugas al-khumus (1/5 harta rampasan perang) agar memberikan harta itu kepada keduanya untuk mahar pernikahan.” – Riwayat Imam Muslim.

Berdasarkan hadis di atas, terdapat ulama menyatakan bahawa para ahli bait iaitu mereka yang berketurunan Nabi Muhammad SAW tidak dibenarkan menerima harta zakat.

Alasannya, kerana keluarga dan keturunan nabi adalah mulia, sedangkan zakat adalah lebihan (daki daripada kotoran) harta manusia, yang dikeluarkan untuk membersihkannya. Maka, tidaklah sesuai keturunan yang mulia menerima lebihan orang.

Demikian jugalah nabi dan keturunannya tidak layak menerima sedekah, seperti yang dilaporkan oleh Abu Hurairah r.a.: “Hassan (cucunda Nabi Muhammad SAW) telah mengambil sebutir kurma sedekah, kemudian dimasukkannya ke dalam mulutnya. (Demi melihatnya) Nabi SAW pun menyeru kepada Hassan (yang sewaktu itu masih kecil): “Kikh! Kikh! (maksudnya agar Hassan mengeluarkan kurma daripada mulutnya). Kemudian Nabi SAW bersabda: “Sepengetahuanku, aku tidak memakan sedekah.” – Riwayat Bukhari dan Muslim. – Sumber

Jelaskan ?

Alhamdulillah , satu ilmu dah kita dapat pagi ni. Tiba-tiba aku rasa macam nak tahu lebih pasal keturunan Syed dan Syarifah ni. Mungkin aku boleh minta kawan aku kongsi apa istimewanya seseorang yang membawa nama pangkal Syed dan Syarifah dan apakah perkara-perkara khusus yang dilarang kepada mereka.

So pada yang membawa pangkal nama Syed dan Syarifah tu jagalah nama baik anda dan nasab anda.

Anda sangat-sangat beruntung kerana mempunyai hubungan nasab dengan Nabi Muhammad SAW.

Paling penting jangan sombong dan bawalah akhlak dan imej Islam yang baik sebagai menjaga nama semulia-mulia keturunan.

Pada yang tiada pangkal nam Syed atau Syarifah pula janganlah merasa sedih atau merasa terhina yer sebab kita semua sebenarnya juga keturunan nabi.

Nabi Adam Alaihisalam.

Kamus Istilah :

Khumus : Mengikut istilah hukum Islam Syiah, ia bermakna “satu perlima harta tertentu seseorang yang mesti dibayar sebagai cukai”

Harta Ghanimah : Harta rampasan perang

Categorized in: