Pertama-tamanya sekali aku nak ucapkan berjuta terima kasih pada Syarikat DIMAR yang telah mengeluarkan 2 produk ini yang bagi aku sangat -sangat osem untuk digunakan . Buat pertama kali jugak aku tak rasa nak kurus itu satu seksaan atau kepayahan .
Produk yang paling telah buat aku jatuh cinta semestinya ialah Slimming Gel Cool Rose . Sebab apa ?
Ceritanya begini , pas aku dapat slimming gel Cool Rose tu aku pun cubalah sapu kat sekitar leher . Konon’nya nak kurangkan double chin lah , padahal dah berlapis lebih dari double . Mind set aku masa tu kalau dah sapu kat leher tu kau kena tahan dari menggelupur’lah kan .
Almaklumlah , dah namanya pun slimming gel , opkoslah panas kan . Nak -nak pulak kau sapu kat kawasan leher yang kulit agak nipis kat situ .
Tapi sebab nak kurangakan dagu berlapis , nak tak nak kau mesti kena tahan jugak . Aku boleh bayangkan perit dia nanti macam-mana . Silap-silap leher jadi perit , kulit merah dan merengsa sebab menahan rasa panas .
Tetapi !!!! jeng jeng jeng
Slimming Gel Cool Rose Yang Tak Panas
Nyaman jer rasa leher aku lepas sapu , rasa sejuk berangin jer . Sikit pun tak panas . Fuhhh , selamat leher aku . Dahlah baupun sedap , wangi bunga dan tak melekit-lekit langsung lepas sapu walaupun lepas tu kau berpeluh sebab buat kerja .
Paling buat aku rasa syok sangat ialah secara tak langsung slimming gel Cool Rose ni dah jadi terapi untuk aku dapat tidur dengan lebih nyenyak .
Kalau nak tahu , sejak aku sapu leher aku dengan slimming gel Cool Rose sampai dah tak kira masa guna . Contohnya setiap kali lepas mandi sapu sampai nak tidur pun aku sapu .
Dan semenjak aku sapu slimming gel Cool Rose ni setiap kali nak tidur . DD kata aku dah kurang berdengkur . Kalau dengkur pun tapi tak kuat .
DD syak Slimming gel Cool Rose ni telah membuka ruang pernafasan untuk aku bernafas dengan lebih baik semasa tidur . No wonder aku rasa fresh jer bila bangun tidur sebab oksigen dapat mengalir dengan baik .
Kebaikan Dan Kelebihan Slimming Gel COOL ROSE
- Melembabkan kulit
- Menghilangkan kesan stretch mark pada kulit
- Memperbaiki struktur kulit kering dan melembutkannya kembali
- Menghilangkan kulit kering dan pecah
- Membantu membakar lemak bawah kulit
- Merawat selulit dan rekahan kulit
- Pelembap untuk merawat dan mencegah kulit kering
- Melancarkan peredaran darah dengan meningkatkan pengangkutan oksigen dan lain-lain lagi
Sebab tu aku tak sabar nak tulis dan rekomen kat korang slimming gel Cool Rose nih . Mana tahu , mungkin korang ataupun oarang yang korang kenal dan sayang pun ada masaalah macam aku , so korang bolehlah cuba guna Slimming Gel Cool Rose dari DIMAR . Harga pun tak mahal .
Dan confirm ! produk ni akan jadi produk yang wajib aku kena ada .
Gula-Gula Kurus MINCE Berperisa Oren
Dalam pada teruja dengan kebaikan sliming gel Cool Rose nih , aku juga ada ambik MINCE yakni sejenis gula-gula kurus untuk membantu misi kurus aku . Orang yang kurang rajin cam aku ni memang perlu sangat kot produk camni sebab pertama kau boleh ambil bila-bila masa sahaja dan dimana sahaja yang kau suka .
Tapi tak semudah itu . Sebelum nak makan MINCE kena pastikan kau ikut panduan ini dulu :
Panduan Ambil MINCE Bersama Ubatan Lain Jika Ada
1. Jika makan ubat doktor selang 1 jam
2. Jika makan ubat vitamin/suplement selang 2 jam
3. Jika makan jamu selang 4 jam
Aturan Makan MINCE
1. Untuk Berat Badan KURANG 80kg
- 1Tablet Pagi
- 1Tablet Petang
2. Untuk Berat Badan LEBIH 80kg
- 2 Tablet Pagi
- 2 Tablet Petang
Amalkan MINCE 30 minit sebelum makan .
Tips Kurus Kesan Yang Cepat Dengan Pengambilan MINCE
1. Pastikan makan malam sebelum jam 8 malam .
2. Pastikan minum air masak secukupnya ( setiap 25kg berat = 1 liter air ) .
3. Elakkan minum air manis .
Berhenti makan makanan ringan dan berhenti makan makanan segera seperti nugget , kentang , burger , sosej dan lain-lain .**sesekali takper kot , itupun selapasmisi kurus tercapai
Rasa MINCE sedap sebab ini gula-gula kurus berperasa oren . Tak pahit pun . Sejak mengambil MINCE , yang penting perut aku dah tak sebu dan tak sembelit . Sistem melawas dengan lancar .
Paling penting kau kena ingat kalau nak amalkan MINCE ialah hasil setiap orang adalah berlainan . Tak semestinya korang akan dapat rasa macam apa yang aku rasa .
Tapi kalau nak tahu rasanya nanti camner , apakah sama ngan aku er tak korang kena cuba sendiri . Lepas cuba bolelah korang kongsi ngan aku pulak . Ok ?
So kalau nak cuba korang dipersilakan ke ….
**pstttt dengar cer sekarang 2 produk ni tengah ada sale ….cer usha cer usha …..
Ramai orang komen posittif kt produk gel dan mince..Macam menarik untuk dicuba.
umminani recently posted…Rumah Idaman Contoh di Taman Pokok Mangga, Melaka
suka sangat dengan gel cool rose.. pastu mince pun sedpa rasa oren…
yanieyusuf recently posted…Dimar Kombinasi Berkesan Untuk Kurangkan Berat Badan
Betul leh ilangkan selulit ye.. ? nti jga2 kot time lepas beranak ada..
Gel Cool Rose tu macam menarik lah.
Mama Kembar 3 recently posted…Tukar Kad Debit Maybank di Kiosk Je