Asalamualaikum semua, ini ada sedikit hebahan aku nak sampaikan kepada korang semua tentang kecemerlangan anak-anak murid SMK Seksyen 9 , Shah Alam .
Menurut guru-guru dan tenaga pengajar di sekolah tersebut murid-murid yang menyertai program ini telah layak mewakili Malaysia dalam pertandingan yang akan di adakan di Singapore pada Sepetember 2017.
Untuk makluman semua , pasukan SYNCHRO9 akan mewakili Malaysia dalam pertandingan ini dengan tajaan sendiri.
Dengan itu, memohon jasa baik Tuan/Puan budiman untuk membantu pihak sekolah menambah kutipan dana dengan memberikan sumbangan dengan cara pembelian meja sempena MAJLIS GALA DINNER SYNCHRO9 .
Semoga dengan jasa baik Tuan/Puan pasukan sekolah ini dapat menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa dan seterusnya merealisasikan impian pelajar yang terlibat demi mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
FUND RAISING GALA DINNER SYNCHRO9
Tarikh : 21st April 2017 ( Jumaat )
Tempat : Concorde Hotel Shah Alam
Masa : 7:45 – 11 Malam
Tetamu Kehormat : DYTM Tengku Amir Shah Bin Sultan Sharafuddin Idris Shah ( Raja Muda Selangor )
Artis Jemputan : Jamal Abdillah
Harga Meja
Ruby : RM1,800
Emerald : RM5,000
Topaz : RM10,000
Buat yang berminat boleh sertakan cheque dialamatkan kepada : PIBG SEK MEN KEB SEKSYEN 9 SHAH ALAM
Untuk sebarang pertanyaan atau info lanjut hubungi :
Kashnani : 019-241 4090
Norazlin : 012-266 0669
Datin Azizah : 019-359 7550
Facebook : SYNCHRO9
Oleh itu mari kita bersama bantu merealisasikan impian mereka wakili Malaysia di F1 IN SCHOOL TECHNOLOGY CHALLENGE WORLD FINALS .
Good Luck Malaysia !!
Moga dipermudahkan perjalanan mereka dan memperoleh kemenangan
Malaysia boleh!
Nina Mirza recently posted…Oooo… Lain rupanya rasa Pulut Sekaya ngan Seri Muka
Kreatif jugak budak2 ni.
Semoga mereka dapat mengharumkan mana malaysia
Cik za recently posted…Susu Kambing I-Sihat Vachoc 10 Plus Pilihan Wajib Setiap Hari
Wahhhh. Mcm menarik je program ni. Semoga dipermudahkan Dalam mencari dana. Amin
Afiq Halid recently posted…Saujana Hotel : Rancang percutian dengan Traveloka
Good luck team!
Mama Kembar 3 recently posted…Senang Je Renew Passport di UTC