Misi Memburu Kilometer Sifar (KM0) Di Malaysia ? Hai semua, lama betul rasanya tak menulis dekat blog. Dengan kerja aku sekarang yang sepenuh masa merayap kesana sini jadi agak terhad masa aku boleh mengadap blog.
Mengadap laptop tu memang setiap hari dan boleh katakan setiap masa tapi biasanya aku hanya uruskan kerja-kerja admin yang perlu dilakukan.
Since blog aku pun masih dalam masalah jadi aku tak berapa fokus nak menulis blog.
Rindu tu memang rindu plus ada banyak benda aku nak kongsi dengan korang semua, tapi itulah masa untuk aku menulis tu yang agak terhad.
Nak tulis biasa2 pendek2 pulak bukanlah style aku.
So gais , berdasarkan tajuk diatas aku nak share sikit dengan korang beberapa lokasi kilometer sifar yang ada kat Malaysia nih.
Walaupun aku punya buruan masih belum banyak macam orang lain tapi kira adalah jugak.
Kalau orang tak faham minat orang2 yang memburu KM0 ni memang akan kata sia-sia takder faedah dan macam-macam. Tapi bagi pemburu tegar KM0 ianya bukanlah semata kerana kejayaan tetapi lebih kepada kepuasan.
Masa first time aku dapat tahu pasal kilometer sifar dekat Kuala Lipis aku memang cukup teruja. Masa tu aku tak fikir orang suka atau tak yang penting aku suka. Teruja dia jumpa batu penanda kosong ni memang lain macam.
Ia boleh jadi bermakna dan jadi satu pendorong semangat dalam kehidupan seseorang. Kalau korang nak tahu lagi dimana lokasi-lokasi KM0 di Malaysia ni korang boleh follow group Memburu Kilometer Sifar (KM0) Malaysia di Facebook.
Memang ramai yang baik hati sudi kongsi lokasi KM0 terutamanya geng-geng rider.Memang terbaik. Dari ride saja-saja ada jugak tanda ingatan singgah di sesuatu tempat.
KM0 KUALA LIPIS

KM0 SEREMBAN

KM0 KUALA LUMPUR

KM0 JOHOR BAHRU

KM0 DABONG

KM0 FELDA JENGKA 21

KM0 PUCHONG

KM0 KELANA JAYA

KM0 MITC

KM0 PADANG BESAR

Haaa ikutkan ada lagi KM0 yang aku dah jumpa tapi entah mana pulak gambarnya, tapi nanti bila aku jumpa gambarnya aku up balik. And insyaAllah nanti time aku ada masa rajin aku updet jugak KM0 dekat luar negara yang aku jumpa.
So gais sampai jumpa lagi di lain entry.
Comments