“marilah pergi hari-hari ..”
Haa dulu-dulu korang biasa dengar tak jingles tuu main dekat TV dan radio ? kalau tak pernah dengar nampak sangat aku yang dah semakin meniti usia senja. Tapi yang sebenarnya sapa pernah dengar dia memang legend.
Setiap kali tiba musim back to school , aktiviti wajib ibu bapa antaranya ialah membeli kelengkapan pakaian sekolah anak2.
So petang semalam aku bawa Cinta dulu ke Pusat Pakaian Hari-Hari di Shah Alam Seksyen 18. Lagipun memang ada hal sikit kat sana, jadi sekali jalan ke sana sekali harung singgah ke Pusat Pakaian Hari-Hari. Memang kebiasaan aku dan DD bawak anak-anak beli barang sorang dua saja dulu tak serentak semua macam keluarga lain.

Adalah sebab-sebabnya, tapi tak kisahlah kan janji semua dapat bahagian masing-masing.
Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama aku membeli kelengkapan persekolahan di Pusat Pakaian Hari-Hari. Tak beli baju sekolah pun mesti beli baju raya ker baju seluar biasa pun kat Pusat Pakaian Hari-Hari.
KASUT & STOKIN PUTIH PERCUMA *selagi stok masih ada
Inipun aku ada terasa nak kongsi dengan korang lepas tengok ramai kawan-kawan updet yang diorang shopping baju sekolah kat Pusat Pakaian Hari-Hari.
Khabarnya promosi kali ni lagi best sebab boleh dapat kasut putih atau stokin putih secara PERCUMA dengan setiap pembelian Rm150 dan ke atas.

Oleh kerana total pembelian aku mencapai target so aku pilih kasut puih untuk Cinta. Ishhh rindu pulak nanti rasanya nak tengok anak2 berkasut putih lepas pemakaian kasut hitam akan mula dikuatkuasakan mulai tahun 2021 nanti.

STAFF HARI-HARI PERAMAH , MESRA DAN MEMBANTU
Berbalik kita pada cerita beli barang untuk Cinta. Percaya tak dalam masa setengah jam semua kelengkapan dan keperluan Cinta dapat disediakan oleh staff yang mesra dan cekap. Aku cuma bagitahu aku nak itu ini saiz itu ini then diorang carikan. Lagipun aku bukan jenis cerewet jugak so lagi senang dan cepat semuanya selesai.

Bukan nak puji beria tapi aku sangat selesa dan anak-anak pun rasa selesa memilih kelengkapan. Lagi kalau bawak anak ramai-ramai. Ada jer staff Pusat Pakaian Hari-Hari akan membantu korang.

Macamana dengan kualiti ? kalau nak tahu baju sekolah kat Hari-Hari juga berkualiti. Aku tahu sebab bukan aku sahaja tapi kakak-kakak aku semua beli pakaian sekolah semua kat Hari-Hari dan belum pernah dengar diorang komplen itu ini.

So bagi aku yang memang jarang nak check ketahanan jahitan dan material dia semua tu adalah sebab aku yakin dengan apa yang Pusat Pakaian Hari-Hari jual.
If ada defect atau ada benda tak kena korang just bawak balik baju tu dengan resit dan minta tukar. Senang kan ! jadi tak payahlah nak gaduh-gaduh dan bising-bising sampai nak minta viral-viral bagai haa. Cubalah jadi bijak sikit, yer dak !
Dan kali ni kelengkapan untuk Cinta bukan setakat baju sekolah, kasut sekolah, stokin, tudung jer. Tapi sampai ke baju dalam dan seluar dalam pun aku beli kat Pusat Pakaian Hari-Hari. Orang kata “head to toe” gituu.
Tak payah susah-susah nak pergi sana sini untuk mencari. Jimat masa dan tenaga. Anak-anak pun tak merungut sebab kena pergi banyak kedai semata untuk memenuhi keperluan.
And pada korang yang perlukan baju-baju sekolah pengawas yang berwarna kuning ker, biru ker tudung biru semua pun ada jer jual kat Pusat Pakaian Hari-Hari ni haaa. Baju uniform tadika pun ada jugak haa.


BUAT PEMBELIAN SECARA ONLINE
Tapi jika korang benar-benar sibuk dan tak ada masa , apa susah , korang boleh beli secara online juga. Hebat kan ! Teknologi dihujung jari dimanfaatkan dengan sebaik yang mungkin.
Link pembelian online : eHari Online Store
So gaiss , pada yang nak beli online silakan dan pada yang nak walk in juga bolehlah usha-usha cawangan mana yang dekat dengan korang. Ayuh gaiss kita semua serbu Pusat Pakaian Hari-Hari di seluruh Malaysia.

Facebook : Pusat Pakaian Hari-Hari
Selamat bershopping !!
Senangkan semua ada setempat ja. Dah laa harga berpatutan, kualiti pun elok. Memang berbaloi shopping kat Hari Hari
Mama Kembar Tiga recently posted…Bedak Talkum Suchi Halus dan Gebu! Sah Digunakan Ketika Ihram Pula Tu…
Kita pon sah shopping jat hari hari jugak utk pakaian sekolah anak anak. Memang berbaloi2 la ngan harga dan dapat pulak pakaian yang bagus dan berkualiti. Mmg puas hati sangat beli belah kat Hari2 ni .