Kalau sebut jer pasal bedak botol merah confirm semua dah terbayang bedak yang selalu disapu kat badan bila timbul ruam atau nak mencegah dari timbulnya ruam.

So sapa pembaca blog aku yang tak pernah langsung tahu dan guna bedak botol merah Agnesia ? Kalau ada jangan segan-segan untuk komen dan kongsi memori bedak merah korang dekat aku yer.

Yang tak tahu takper, inilah fungsi aku menulis kat blog. Sebab nak bagitahu ke korang kenapa bedak merah Agnesia ni sangat nostalgia dan menggamit memori zaman kanak-kanak dulu.

PENGALAMAN AKU MENGGUNAKAN BEDAK AGNESIA MASA ZAMAN KANAK-KANAK

Teringat masa kecik-kecik dulu aku ni boleh dikatakan agak lasak. Benda kalau dah salah sendiri mesti takut nak bagitahau pada orang tua sebab takut lagi kena marah. Masa tu lutut aku luka dan berdarah agak banyak sebab aku jatuh masa naik basikal atas batu kerikil. Aku bilas dengan air tapi darah masih laju mengalir.

Last-last aku dapat idea, aku ambik bedak Agnesia nenek aku dan aku tuang kat bahagian yang luka. Masa tu aku tak tahu apapun pasal kandungan bedak tu. Cuma aku fikir kalau pakai bedak wangi mesti nenek aku tahu dan tanya. Jadi lepas aku tuang dekat luka dengan bedak aku balut. Tak lama kemudia agak2 dah kering aku bilas luka tu balik dan amazing luka tu dah tak berdarah lagi. Masa tu aku baru tahu bertapa bijaknya aku menggunakan bedak Agnesia untuk cover luka. Tapi aku tak galakkan untuk korang cuba tau sebab ia tak sesuai untuk open wound.

NOTA : ini adalah pengalaman peribadi aku sendiri bukan dari kenyataan produk dan syarikat terbabit.

AGNESIA UNTUK SEMUA GENERASI

Bedak Agnesia ni telah berada dipasaran sejak 80 tahun dahulu , maknanya sebelum aku wujud lagi bedak Agnesia ni dah wujud lebih lama dari aku.

Sekarang bedak Agnesia ni aku pakaikan pada Cinta. Cinta ada masalah kulit mudah gatal dan timbul ruam bila berpeluh , jadi aku cuba gunakan bedak Agnesia yang baru iaitu Agnesia Beau Care dengan haruman Rose kepadanya setiap kali selepas mandi.

Tahu-tahu sahajalah kanak-kanak sekarang aktif bila bermain. Dengan cuaca yang panas dan aktiviti luar dari pagi sampai petang semestinya Cinta berpeluh dan perlukan produk yang dapat mengurangkan rasa gatal dan mencegah dari timbulnya ruam di badan.

Dan hasilnya walaupun dia berpeluh tapi taklah sampai menimbulkan ruam dan peluh pun tak busuk, lagi-lagi bila dia ada aktiviti kokorikulum di sekolah. Boleh pengsan aku dengan bau anak-anak bila diorang masuk dalam kereta.

KELEBIHAN BEDAK AGNESIA HYGINE CLASSIC & AGNESIA BEAU CARE

Antara kelebihan bedak Agnesia Hygiene Care Classic & Agnesia Beau Care ialah :
.
🔴Menghapuskan 99.9% bakteria
🔴Tidak mengandungi ASBESTOS
🔴Mencegah masalah kulit ruam dan gatal
🔴Mampu menyerap bau peluh dan mencegah peluh dari berbau
🔴 Wangian semulajadi
🔴Mengandungi bahan pelindung serta anti bakteria dengan 25% Zink Oksida dan 0.5% Chlorohexidine
🔴 Sesuai digunakan untuk seisi keluarga

Kalau nenek korang lebih-lebih kurang umur bedak ni bolehlah korang tanya “nenek..nenek kenal tak bedak botol merah ni ? “

Confirm nenek ko cakap tak kenal sebab sekarang bedak Agnesia telah pun berwajah baru. Yang nenek kita kenal bedak merah Agnesia dalam tin sahaja. Tapi kalau suruh bau mesti diorang kenal sebab kandungan bedak Agnesia masih tetap sama seperti 80 tahun dahulu.

Baru-baru ni masa mak ada kat rumah, mak mengadu yang kakinya gatal , garu punya garu sampai kulit jadi luka melecet. Terus aku hulur bedak Agnesia yang Levender pada mak . Tak lama tu mak kata ehh terus hilang gatal rasa gatal-gatal tu.

Mak tanyalah bedak apa tu. Aku bagitahu yang itu bedak Agnesia. Tapi mak tak percaya sebab katanya bedak Agnesia kan tak wangi . Lepas aku bagi yang bau klasik baru mak percaya. Aku terangkan dekat mak yang bedak merah yang masa zaman mak dulu-dulu suka pakai pada anak-anak dan cucu sekarang dah berwajah baru dengan 2 haruman terbaru iaitu Rose dan Lavender. Terus mak kata dia nak dan suka dengan yang baru.

So aku pun bagi sebotol Agnesia dengan haruman Lavender pada mak untuk bawa balik ke Jeram . Nanti kalau mak ada rasa gatal-gatal lagi terus jer boleh guna. Kan senang .

Mungkin aku akan bawa bedak Agnesia n jugak masa nak travel ke Melbourne pada bulan 8 nanti. Paling tidak boleh elakkan dan kurangkan rasa gatal sebelum gunkan long john. Melbourne kan tengah winter sekarang nih.

So guyzz jangan lupa dapatkan bedak Agnesia ni di pasaraya dan kedai-kedai berhampirang dengan korang. Boleh juga dibeli dan dijadikan hadiah untuk new born baby atau pada ibubapa kita. Untuk kegunaan keluarga dan diri sendiri pun jangan lupa sediakan.

Selamat Mnecuba !

Categorized in: