ASAL USUL MARAN

MARAN adalah sebuah daerah dalam Negeri Pahang iaitu terletak di tengah-tengah perjalanan di antara Kuantan ke Jerantut dan ke Temerloh. Terdapat banyak tempat-tempat rekreasi yang menarik di daerah Maran seperti Air Terjun Berkelah, Jeram Pelangi di Kuala Sentul dan juga Lubuk Yu.

Dikatakan oleh orang-orang tua bahawa asal-usul nama Maran adalah berasal dari cantuman perkataan “Baran” dan “Mengaran”.

Pada zaman dahulu, ditepi Sungai Luit yang laluannya tidak berapa jauh dari Bandar Maran ada beberapa buah kampung yang telah wujud semenjak Masehi 1250 seperti Kampung Merageh, Kampung Belada, Kampung Subuh, Kampung Kuala Luit, Kampung Garok dan Kampung Merbau.

Penduduk-penduduk dari kampung tersebut selalu berulang-alik ke satu kawasan paya Baran berhampiran sebatang anak Sungai Luit untuk menangkap ikan. Erti Baran dalam bahasa Melayu ialah hutan di kawasan yang ada banyak ikan terutama ikan keli, haruan dan ikan puyu.

Kawasan Baran menjadi tumpuan dan akhirnya penduduk kampung lebih suka bermalam di sana dan ada juga berpindah ke tempat itu, jadinya dari kampung asal berpindah duduk ke tempat lain terutamanya tempat yang belum ada namanya.

Dalam bahasa melayu kampung selalu menyatakan bahawa orang yang berhijrah itu dengan nama Mengaran (maksudnya berhijrah ke Baran).

Ada sesetengah tempat di Pahang menyebut bahawa mengaran itu adalah sejenis cara menangkap ikan. Sebatang kayu panjang dicacakkan di tengah sungai dan dibiarkan kira-kira dua kaki dari kayu tersebut muncul di permukaan sungai.

Hujung kayu tersebut diikatkan tangsi dan mata kail. Umpan yang disangkut dibiarkan terapung-apung ditolak arus sungai. Mereka menyebutnya sebagai memasang aran.

Bagi mereka yang tinggal dengan membuat tempat kediaman di kawasan Baran Paya Chedong itu telah membuat kata sepakat menamakan tempat mereka itu Maran. Ini adalah disebabkan perkataan Mengaran ke Baran itu dicantumkan menjadi Maran. Maka disebabkan perkataan itulah kononnya asal-usul nama Maran diberi.

Menurut sumber yang diperolehi daripada arkib simpanan Majlis Daerah Maran, nama Maran berasal dari nama sebuah sungai kecil yang mengalir dari Hulu Teladas ke Ulu Kampung Luit.

Walaubagaimanapun, menurut cerita dari seorang batin orang asli yang bernama Batin Tawang bin Isa yang tinggal di Kampung Merbau berhampiran Kampung Serengkam, nama Maran itu berasal dari cerita dahulukala dimana kira-kira tujuh orang asli sedang bermalam ditepi sebuah sungai (sungai Maran sekarang).

Sedang mereka tidur, mereka telah dikejutkan oleh satu lembaga yang dikatakan adalah jelmaan harimau jadian. Enam dari orang asli itu berjaya melarikan diri dan meninggalkan seorang dari sahabatnya bersama-sama dengan lembaga itu.

Tetapi lembaga itu tidak mengapa-apakan orang asli itu tetapi membahasakan dirinya sebagai ‘Maran’ atau ‘Sahabat’ serta menyuruh orang asli tadi menuruti sahabat mereka semula dengan menyusur sungai. Dalam perjalanan menyusur sungai inilah orang asli tadi menggelarkan sungai itu dengan nama Sungai Maran.

Kesahihan cerita tadi tidak dapat dipastikan kerana cerita sebenar yang berdasarkan fakta sejarah tulen masih belum terbongkar hingga ke masa ini.- Sumber

Haa menarik kan sejarah asal usul Maran ni. Betul atau tidak yang penting setiap nama sesuatu tempat itu pasti ada cerita disebaliknya.

ONE DAY TRIP MARAN , PAHANG

Ahad lepas aku dan 4 orang lagi blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari telah mengikuti program Trip Sehari Ke Daerah Maran untuk mempromosikan Produk Pelancongan Daerah Maran.

Kami bertolak menaiki van dari Kuala Lumpur pada pukul 7:00 pagi dan sampai di Maran lebih kurang pukul 9:10 pagi.

Sampai di Maran destinasi pertama yang kami tuju adalah Taman Tasik Maran. Sayangnya tak sempat turun bergambar kerana jalan tutup kerana ada sesi siaran langsung.

Walaupun sekadar melihat dari tingkap van. Aku dapat bayangkan alangkah seronoknya jika dapat berjalan , beriadah atau bermalam di chalet menghadap Tasik Maran.

Apatah lagi jika kena pulak hari minggu kerana disitu terdapat pasar pagi minggu. Mesti penuh bonet kereta dengan pelbagai produk tempatan untuk dibawa pulang.

Laman Qalbu

Untungnya penduduk Maran sebab kerajaan tempatan telah menyediakan satu ruang yang amat besar untuk beriadah , bersantai dan makan-makan sambil melihat anak-anak berlari dan bermain di Laman Qalbu.

Di Laman Qalbu juga terdapat spot-spot menarik untuk bergambar. Cumanya aku harap ianya dapat dijaga dengan rapi dan baik supaya lebih ramai lagi dapat menikmati kemudahan yang di sediakan tak kiralah samada untuk kegunaan penduduk setempat ataupun pelancong.

Makanan Warisan Khas Daerah Maran

Sampai sini amat rugilah kalau tak mencuba pelbagai makanan tradisi daerah. Apatah lagi jika kita sendiri tak pernah lihat dan baru tahu mengenai nama dan rasa makanan-makanan tersebut.

Waktu tu mesti rasa rupanya ada juga makanan sesedap ini di negara sendiri cuma di negeri dan di daerah yang berbeza.

Aku sendiri buat pertma kali menjamah kuih tradisi seperti Kuih Pena , Dodol Kukus & Badak Kubang atau lebih dikenali sebagai kuih 3 beradik.

Dan kat sini juga pertama kali aku makan ikan pekasam yang sangat-sangat berbeza dari segi rupa dan rasa dari yang aku biasa makan.

Makan pulak dengan pulut kelapa. Sedap oiiii !

Tu tak termasuk aku meratah Sambal Botok-Botok yang sedap dan bikin kecur air liur bila teringat rasanya. Masalahnya mana nak cari kat Selangor nih. Huhuhuhu!

Galeri M Warna Kampung Sentosa

Lepas ke Laman Qalbu kami ke Galeri M Warna yang telah diusahakan oleh seorang guru pesara bernama Zakaria Adam di Kampung Sentosa, Maran. Kecintaan beliau dengan sifat periuk kera telah menjadikan ianya sebagai subjek utama dalam kebanyakkan karya beliau.

Disini juga terdapat lukisan-lukisan yang memaparkan aktiviti penduduk setempat. Trust me gais , kalau korang sejenis mudah lupa daratan elok sangat korang beli lukisan kat sini terutamanya lukisan seorang tua yang sedang menoreh getah.

Kadang-kala jika kita ambik masa sejenak merenung erti disebalik lukisan yang kelihatan sederhana tapi sangat sarat dengan makna, Nantinya pasti korang akan jumpa, orang sombong tak akan ke mana , segala apa yang kita ada hanyalah bersifat sementara.

Just nikmati kehidupan dengan baik dan gembira. Teruskan memberi jika ada.

Oleh kerana rasa ingin tahu yang tinggi kenapa periuk kera menjadi pilihan beliau, ini jawapan’nya : (sila lihat video)

Galeri Tokoh & Galeri 3D Maran

Ingatkan kat bandar-bandar besar jer ada Galeri 3D , rupanya kat Maran pun ada. Aku rasa ini kali pertama aku enjoy masuk dalam Galeri 3D. Walaupun tanpa gambar contoh bagaimana nak bergambar dengan lukisan 3D yang ada tapi disini kami benar-benar into the scene.

Tak percaya oleh tengok gambar-gambar kat bawah ni. Semuanya into the scene! Ahahahaha.

Oh yer lupa pulak nak bagitahu yang Galeri 3D ni juga berkongsi bangunan yang sama dengan Galeri Tokoh. Jadi sebelum korang naik ke tingkat atas untuk berseronok di Galeri 3D , jangan lupa ambik masa sedikit melihat wajah-wajah serta biodata tokoh-tokoh yang berasal dari daerah Maran.

Antaranya Ustaz Dato’ Badli Shah. Yang seronoknya ramai keluarga Ustaz Dato’ Badli Shah Alauddin juga tersenarai menjadi tokoh dan biodata mereka telah tercatat di Galeri Tokoh Maran.

Maran Hill Golf Resort

Selepas menghabiskan tenaga di Galeri 3D , kami semua ke MHGR ataupun Maran Hill Golf Resort. Disini kami mendengar taklimat dan info mengenai pakej pelancongan ke Maran kemudian makan tengahari dan solat.

Next entry aku akan kongsi dengan korang pakej-pakej yang boleh diambil kalau nak berkunjung ke Maran.

Walaupun baru jer minggu lepas aku ke daerah Bentong, Raub dan Lipis tapi tidaklah aku berjumpa dengan menu tradisi Pahang iaitu Ikan Patin Tempoyak. Rupanya rezeki nak makan tu tiba pada hari ini.

Tak dinafikan Pais Patin Tempoyak Pahang sangat superb rasanya. Terus teringat dd kat rumah yang suka makan kepala ikan patin masak tempoyak.

Air Terjun Teladas 7

Benarlah kata seorang tour guide yang kat Pahang ni cuaca dia boleh jadi unpredictable. Masa aku kat sana cuaca boleh jadi berubah-rubah, sekejap panas sekejap tiba-tiba hujan sekejap kang panas balik. Walau bagaimana pun lawatan ke Air Terjun Teladas 7 tetap diteruskan.

Sesampai kami di sana , tak sampai 5 minit hujan pun turun dengan lebat dan lawatan ke kawasan Air Terjun Teladas 7 tidak diteruskan.

Seronok tengok pengunjung rilek bermandi manda di dalam sungai yang cetek dan jernih.

Oleh kerana tak jadi, ini bermakna aku kena datang balik untuk melihat dan menikmati sendiri air terjun yang mempunyai 7 peringkat ketinggian.

Persoalannya , mampukah aku ?

Taman Mini Kelulut Lestari

Untuk next lokasi pulakami dibawa ke kawasan kampung Bagi yang menggemari madu asli kelulut inilah tempat sepatutnya yang korang kena pergi.

Menurut pemilik disitu , lebah kelulut di kebun ini semuanya makan hasil semulajadi dari hutan berdekatan. Jadi madu yang di hasilkan lebah kelulut disini nyata lebih baik dan lebih berkhasiat.

Bagi yang tak tahu pasal lebah kelulut ini infonya :

“Kelulut merupakan antara spesies lebah yang tidak menyengat sekaligus menjadikan serangga tersebut mudah dikendalikan berbanding lebah madu biasa. Lebah kelulut merupakan agen penting untuk proses pendebungaan di kawasan tropika, sub-tropika dan di bahagian-bahagian tertentu dunia.”

Walaupun aku ni tidaklah pandai nau bab madu. Tapi bila aku cuba satu sudu madu asli kelulut disini. Perghhh memang fresh dan ia punya rasa yang sangat-sangat berbeza dari yang aku pernah cuba

Paling penting kat sini juga ada diajarkan cara membuat produk dari madu seperti sabun dan minyak.

Aku juga beli 3 ketul sabun madu pelbagai khasiat untuk wajah dan badan. Dah balik rumah baru menyesal sebab tak beli madu asli kelulut yang aku rasa sangat bagus untuk kesihatan dan pencernaan.

Tapi sempat aku borong 5 bekas ikan tilapia pekasam yang juga di hasilkan disini menggunakan jenama Ita & Khalid.

Sumber Semulajadi Mata Air

Terletak disatu kawasan yang sama dengan Taman Mini Kelulut Lestari. Kat sini kita boleh tengok sumber air semulajadi untuk penduduk kampung.

Kat sini juga ada batu yang di tulis nama Laksmana Lagenda Melayu seperti Hang Tuah , Hang Jebat dan Hang Kasturi. Lagi 2 batu Hang yang aku tak jumpa ialah Hang Lekir dan Hang Lekiu.

Taman Rekreasi Che Minah Sayang

Bagi yang nak singgah untuk berkelah atau mandi manda dalam sungai dengan ahli keluarga dengan anak-anak kecil aku sangat syorkan korang datang ke sini.

Kat sini ada kawasan khas untuk anak-anak kecil mandi manda. Airnya juga tak berapa sejuk. Kira sedang elok je kalau nak mandi lama-lama.

Aku perhatikan kawasan rekreasi ni juga sangat bersih walaupun ramai pengunjung. Ada gazebo atau pondok wakaf yang besar dengan harga sewa serendah Rm5 sahaja sepondok untuk 3 jam. Murah sangat gais.

If korang tak bawak bekalan makanan pun tak ada masalah sebab kat sini ada gerai menjual makanan.

Kat sini pun ada kawasan taman permainan kanak-kanak dan port cantik untuk mengambil gambar.

Taman Eko Rimba Lubuk Yu

Akhirnya sampai juga aku di lokasi terakhir untuk one day trip ni. Dan jujur kata ramai yang tak puas hati dibawa kesini termasuklah aku.

Masakan tidak gais, kitorang dibawa ke tempat yang sangat cantik tapi kitorang tak dapat berjimba disitu.

Kalau korang nak cari tempat berkelah dengan kawan-kawan dan keluarga nak menghabiskan masa jauh dari kota dan masalah sementara. Aku sangat rekomen korang pergi ke sini.

Kat sini korang bukan saja dapat mandi manda tapi boleh berkayak di kawasan lubuk ikan kelah. Airnya juga jernih kehijauan. Memang sangat menenangkan hati dan fikiran.

Kat sini juga banyak terdapat banir pokokyang besar-besar dan memang best untuk ambik gambar kat celah-celah pokok dan banir sebagai kenang-kenangan.

Kemudahan asas kat sini seperti tandas dan bilik persalinan pun ada. Yang penting bersih.

Hari dah semakin petang. Kawasan-kawasan rekreasi pun mulai lengang. Walaupun berat rasa hati nak meninggalkan tapi rancangan untuk kembali ke Maran telah pun kami bincangkan.

InsyaAllah aku akan kembali lagi dengan keluarga atau rakan-rakan. Aku nak tunjuk pada diorang yang Negeri Pahang ada segalanya.

Benarlah yang ada hikmah disebalik musibah virus covid 19. Aku kini ingin lebih mengenali dan mencari “hidden gems” di dalam negara aku sendiri.

Nak tengok lagi banyak gambar trip aku ke Maran , korang boleh follow aku di Instagram : @saidila

Follow juga Tourism Pahang : @tourismpahang

Sebarang pertanyaan dan maklumat mengenai pakej sila hubungi :

Talifon : 609-4771411

Facebook : Majlis Daerah Maran

Website : www.mdmaran.gov.my

E-mail : it@mdmaran.gov.my

Cuti-cuti Malaysia coz Malaysia is truly Asia!

Categorized in: