Haa …korang masih ingat lagi tak soalan aku hari tu masa kat FB dan IG ? “mampukah Bonnisan dari @himalayamalaysia mengembalikan selera makan dan menambah selera makan anak2 kita ..?”

Itu adalah pertanyaan aku yang pertama bila aku disyorkan untuk mencuba salah satu produk keluaran Himalaya iaitu Bonnisan. Sebelum ni aku ada baca beberapa testimoni dari kawan-kawan blogger yang lain pasal produk Himalaya.

Aku gunakan Bonnisan ni pada Cinta . Cinta ada masalah dalam pemakanan. Makan terlalu sedikit dan memilih. Nasi lemak sebungkus pun tak habis makan, tahu jerlah nasi lemak zaman sekarang banyak manalah sangat.

muka tak puas hati bila suruh habiskan makan nasi ….

Alasan yang dia selalu bagi bila dia tak nak makan ialah dia dah kenyang. Tapi tak lama nanti dia akan mengadu sakit perut,bila aku periksa aku tahu yang perut dia masuk angin. Sampai aku pernah syak mungkinkah Cinta ni dah kena appendix ?

Hari pertama aku bagi Cinta minum Bonnisan macam tak ada apa. Aku bagi Cinta minum selepas makan . Macam biasa dia makan tak habis. Padahal nasi tak sampai satu senduk pun . Tapi takper , sebab aku nak tengok sejauh mana Bonnisan berkesan pada Cinta . Umur Cinta sekarang 9 tahun tapi orang pandang dia macam budak darjah 1 lagi. Maknanya dia ada masalah tumbesaran disebabkan tabiat kurang selera makan .

Kesan Bonnisan Pada Cinta

Masuk hari kedua aku mula nampak Cinta makan habis dan siap bertambah. Aku dengan mak pandang Cinta dengan rasa tak percaya. Aik ! betul ker Cinta ni tengah makan bertambah ? Bila aku tanya Cinta kenapa mama nampak makan banyak, dia kata “entahlah mama , Cinta rasa macam Cinta ada selera pulak.”

Aku senyum dalam diam tapi tak nak tegur dia lebih-lebih. Dalam masa yang sama aku memang syak Bonnisan dah mula tunjuk kesan.  Kalau orang tanya aku secepat itu ker Bonnisan berkesan ? aku hanya mampu kata yer .

digunakan secara tradisonal untuk tumbesaran anak-anak dan juga untuk menambah selera makan dan berat badan secara sihat

Tapi korang perlu ingat yer yang kesan pada setiap anak adalah berbeza. Alhamdulillah sepantas 2 hari Bonnisan dah mampu tambah selera makan Cinta . Adakalanya selepas makan nasi tak sampai setegah jam dia minta nak makan roti.

Apa Rasa Bonnisan ?

Aku tanya Cinta macam mana rasa Bonnisan ? dia kata bau Bonnisan macam bau doublemint dan rasa Bonnisan pulak berangin . Bila aku test rasa yup memang rasa mint dan berangin . Nak tahu rasa Bonnisan yang lebih tepat dia lebih kurang macam rasa Gripe Water yang kita pernah bagi dekat anak-anak kembung masa diorang baby dulu.

nak minum Bonnisan selepas makan pun boleh

Bagi aku Bonnisan bukan sahaja dapat membantu Cinta tambah selera makan tapi dalam masa yang sama dapat elak perut Cinta dari sakit dan kena kembung. Sejak aku bagi dia memang dah tak mengadu sakit perut lagi. Kiranya Bonnisan ni sekaligus membantu memelihara dalaman perut Cinta.

Sebagai mak yang selalu risau dengan tabiat kurang makan si anak dan dah habis pikir cara nak bagi Cinta makan dengan teratur tanpa memudaratkan dia, akhirnya Bonnisan adalah jawapan yang tepat dan terbaik setakat ini .

Cara Mengambil Bonnisan

Untuk kanak-kanak berumur 1 tahun : 2 sudu teh

Untuk kanak-kanak 2 tahun : 2 hingga 3 sudu teh ( 3 hingga 4 kali sehari )

Goncang dulu sebelum digunakan. Boleh diambil selepas makan.Tak perlu simpan dalam peti ais selepas dibuka.

Untuk umur 9 tahun macam Cinta aku bagi sukatan 5ml. Aku bagi dia sehari sekali selepas makan tengahari. Jangan paksa anak minum kalau dia tak suka pada bau dan rasanya. Boleh campur dalam air atau air kegemaran anak-anak kalau bimbang anak tak mampu nak minum terus. Lain anak lain penerimaan

Makbapak kena bijak sikit dalam hal macamni . Kadang dalam mind set anak dia fikir kita bagi dia ubat sedangkan dia rasa dia tak sakit.

Fungsi Paraben Dalam Bahan Kandungan Bonnisan ?

Bahan kandungan dalam Bonnisan juga bebas daripada alkohol,klorofom, opium, sedative dan sodium bicabonate.Bonnisan juga HALAL .

Bercakap mengenai bahan kandungan Bonnisan yang jelas mengandungi bahan paraben . Mengikut laman FB Himalaya yang aku baca , Paraben yang digunakan dalam Bonnisan adalah preservative untuk food.Paraben boleh didapat pada buah-buahan dan sayuran seperti lobak merah,bawang dan juga timun.

kandungan Bonnisan

Sedikit fakta mengenai Paraben. Paraben digunakan hanya untuk panjangkan jangka hayat produk dan elakkan kulat. It acts as preservatives.

Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah meluluskan kandungan di dalam Bonnisan dan ia adalah selamat untuk bayi dan kanak-kanak. Bonnisan juga telah berada di pasaran Malaysia selama 11 tahun.

Dimana Nak Dapatkan Bonnisan

So kalau korang nak cuba produk produk Bonnisan ni korang boleh cari di butik Himalaya yang berhampiran atau jika ada sebarang pertanyaan mengenai Bonnisan yang korang tak jelas , korang boleh terus ker laman sosial Himalaya Malaysia .

Instagram : Himalaya Malaysia

Facebook Page : Himalaya Healthcare Malaysia

Senarai Outlet : Himalaya Malaysia

Tak salah untuk mencuba dan selamat mencuba !

Categorized in: