“mama…kenapa muka Qaseh hitam ..?“
Aku senyum jer dengar soalan KBAT dari anak perempuan aku yang baru berumur 10 tahun . Aku cakap , “takper , Qaseh kecik lagi..nanti dah besar putihlah”
Dia cakap lagi “tapi Qaseh malu , kawan-kawan ejek Qaseh muka rentung , nampak biji mata jer”
Ok , yang tu aku kalah tak tahu nak jawab apa dah .
Nak dibagi pakai produk-produk penjagaan wajah yang ada kat pasaran dia kecik lagi . Walhal aku dulu siap scrub badan dengan Bunga Tanjung , curi-curi pakai krim muka Fair & Lovely kepunyaan kakak-kakak .
Tapi produk sekarang bukan boleh percaya buta-buta dan boleh pakai sebarangan , nak-nak dah ada founder-founder tak bertanggungjawab jual krim kilo punya . Silap pakai muka pun boleh breakout . Makanya aku kena hati-hati nak bagi anak aku pakai produk penjagaan kulit terutamanya yang nak kena pakai kat muka .
Kulit Qaseh Tak Hitam Cuma….
Kalau korang nak tahu kulit anak aku ni dia sebenarnya bersih jer cuma tak cerah tak kuning langsat macam aku tapi lebih sawo matang . Tapi sebab dia aktif sukan dan suka buat aktiviti luar macam aku jugak , makanya warna kulit dia dah berubah . Dan paling sedih kulit dia cepat sunburn tapi lambat pulih . Makan bulan kalau nak jadi bersih balik seperti sediakala .
Biasanya aku memang biarkan sampai pulih sendiri walaupun berbulan lamanya . Waktu tu kulit dia akan teruk sikit , rasa kasap pastu menggelupas . Pakai bedak pun buat bertambah buruk sebab kulit dia tengah menggelupas .
Bulan Ogos hari tu aku ke Cherating , tau-tau jerlah panas pantai macamana tambah dengan mandi kolam lagi . Pulak tu aku terlupa pesan kat diorang suruh pakai sunblock semua . Bila teringat pun dah terlambat , muka anak aku semua dah rentung .
Bila dah rentung mulalah muka dia monyok pastu hati dia jadi cepat sensitif sebab dia akan ditanya “muka awak kenapa ?”
Jenuh oi nak pujuk . Siap aku cakap , “muka hitam takper janji hati kita putih bersih . Allah tak nilai seseorang itu pada wajahnya tapi Allah pandang pada hati dan iman hamba-hambanya .
Selamat Tak Krim Vitamin E Cosmoderm 3000 i.u Ini Untuk Kanak-Kanak ?
So , aku tekad yang kali ni aku tak nak muka anak-anak aku jadi macam dulu , sunburn lambat baik dan jadi bahan ejekan kawan-kawan kat sekolah .
Itu masa membelek travel set Cosmoderm aku baca bahan-bahan dan kegunaan Vitamin E Cream 3000 i.u tu terlebih dahulu .
Masaalahnya , anak aku ni kecik lagi ( bawah 13 tahun ) . Adam 11tahun , Qaseh 10tahun , Cinta 8tahun . Aku ada terpikir jugak , takper ker aku pakaikan diorang dengan krim ni ? sampai masak otak aku nak pikir dan kaji tahap kesesuaian krim ni dengan muka anak aku .
Tak cuba tak tahu kan ? dan aku belum gila lagi nak pertaruhkan muka anak-anak aku untuk sebarangan produk .
Baca Label Sebelum Guna
Aku baca bahan dia semua macam OK jer sebab ada Vitamin E dan Rosehip Oil yang aku tahu memang kaya dengan kandungan anti oksidan yang baik untuk kulit . Tiada bahan Paraben dan SLS/SLES ( sejenis bahan menghakis dan untuk mengeluarkan buih yang banyak ). Ianya juga HALAL .
Selesai bab bahan pastu aku baca pulak kegunaan krim ni , antaranya boleh memudarkan parut pembedahan , memudarkan parut jerawat , rekahan kulit , selaran matahari ( sunburn ) , tona kulit tak sekata , boleh mengatasi kulit kering dan kedutan pra matang .
Ok ! aku memang tertarik dengan kegunaan yang ditulis terutamanya ayat selaran matahari ( sunburn ) . Itulah yang aku cari .
Serba salah jugak pada mulanya , tapi hati aku memang yakin dengan produk Cosmoderm sejak tahun 2013 lagi . Itupun sebab kulit aku pulih dari gatal-gatal lepas guna Krim Magic Cosmoderm .
Sunburn Pulih Dalam Masa Yang Singkat
Balik dari Cherating , Qaseh sambung pulak game bola jaring yang dia wakili untuk sekolah . Maka …sendiri mau ingatlah .
Tapi , malam balik dari Cherating tu aku dah mula sapu Vitamin E Cream ni kat muka diorang sebelum tidur . Pergi sekolah pagi petang pun aku suruh diorang pakai . Malam sebelum masuk tidur pun aku paksa diorang pakai .
Tapi time diorang ada PJ atau Koko aku suruh diorang pakai BB Cream Cosmoderm yang warna Nude . Malam nak tidur baru pakai balik Vitamin E Cream .
Berkat paksaan , motivasi dan galakkan , alhamdulillah akhirnya tak sampai sebulan kulit Qaseh dan Cinta kembali normal . Keluarga aku pun terperanjat macam tak percaya dengan proses pemulihan kulit muka anak-anak aku .
Namapun budak , muka dah helok terus tinggalkan Vitamin E Cream atas meja dan tak nak pakai lagi . Katanya , “muka Qaseh kan dah cerah balik , tak payahlah Qaseh pakai lagi..nanti kalau hitam balik Qaseh pakailah .”
Nak marah ker nak gelak ker aku pun tak tahu . Nyatanya anak-anak aku memang aktif . Tunggu time cuti sekolah nanti , lagilah ….ada jer aktiviti diorang nak buat , tengahari buta pun diorang masih ada hati untuk bermain kat luar tanpa kisah pasal kulit rentung .
Tapi sekarang aku dah tak risau pun bab kulit muka terbakar . Dia masih kanak-kanak . Takkan aku nak kurung diorang kat rumah 24jam sebab takut muka diorang kena sunburn ? yer dak ?
Aku tetap biarkan diorang bermain kat luar ( depan rumah jer , bukan merayau sana sini ) puas-puas . Lapar haus nanti pandailah diorang balik rumah .
Pendek kata , diorang memang macam aku , aktif sukan , suka main panas masa aku baya -baya diorang lagi .
Akhir sekali aku nak ucapkan terima kasih pada Cosmoderm sebab sudi berkongsi kisah Qaseh dilaman FB rasmi Cosdmoderm .
Aku harap lepas ni lebih ramai yang akan sedar pentingnya menggunakan BB Cream dan Vitamin E Cream 3000 i.u dari Cosmoderm untuk perlindungan dan memulihkan kulit wajah dari selaran matahari .
hehe comel je soalan dia. banyaknya perubahan! nak try jugaklah nanti
Umur saya pun 10 nama pun Qaseh saya pun macam Qaseh ni nak beli tapi takut tak sesuai untuk kulit
Erm.. Qaseh budak 9 tahun boleh pakai tak?
untung qaseh makin cantik lah dia..
kwn LN pernah sunburn teruk sangat3 smpai kulit mengelupas then LN suruh try pakai Krim Vitamin E Cosmoderm 3000 i.u ..Alhamdulillah after seminggu kulit dia terus oke n makin berseri..terus pakai set from cosmoderm smpai skrg..
ank sy 4 thub.. sunburn teruk.. kesian tgk… boleh guna x rasanya. sapu muka n badan ke
untung la mama awak carikan krim,mama kita dulu ngadu muka rentung dia suh pi la main panas agi,balik sental ngan daun jambu batu hahhahah memang berkesan kan jelas perubahan,apapun kakak qaseh bukan hitam sama je kulit kita biar la gelap tapi manissssssss ada tau hahahhaha
Beza sungguh kulit muka Qaseh tu! Unty pun guna Vit E Cosmoderm ni gak tau Qaseh, kita geng! hehe
ALhamdulillah cepat juga kesannya tu. Terbaik Cosmoderm.. 🙂
Jaja Zaleha recently posted…5 Cara Mengatasi Kulit Kusam Supaya Wajah Kembali Cerah Berseri
Wow….before and after…jelas sekali manfaatnya