Asalamualaikum ,
Tahukah korang , selama 2 hari nanti bermula dari 24 – 26 Januari 2019 , akan berlangsungnya satu HALAL EXPO 2019 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre.
Tapi sayangnya waktu Expo ini berlangsung aku tidak ada di Malaysia. So aku mintak sangat pada korang yang berkelapangan ni pergilah, supaya korang dapat info-info tentang produk dan perkhidmatan HALAL yang dipamerkan disitu nanti.

Mana tahu mungkin tahun 2020 nanti korang bakal melawat Jepun ker. So senanglah nak cari yang halal semasa di sana nanti. Dah tahu tu jangan simpan sorang-sorang tapi berkongsilah dengan yang lain biar semua tahu dan rasa yakin bila nak ke Jepun suatu hari nanti.
OBJEKTIF PENGANJURAN MHE 2019
Antara objektif Penganjuran MHE 2019 kali ini ialah untuk merealisasikan Memorandum Kerjasama yang telah dipersetujui dan ditandatangani oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Jepun pada 26 November 2018 yang lalu.

Ianya juga bertujuan untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan halal sebagai satu inisiatif kepada pelaburan dan perdagangan antara kedua-dua belah negara.
Haa bukan senang yer untuk kedua belah pihak nak bagi kata putus hingga mencapai kata sepakat seperti ini.

BAGAIMANAKAH PELAKSANAAN MHE 2019 BAKAL DIADAKAN ?
Okay , pada hari tersebut para pengunjung juga akan mengetahui 4 komponen penting yang bakal diketengahkan semasa Expo MHE 2019 berlangsung , antaranya ialah :
- Pameran – dimana ia akan disertai oleh 320 booth pameran halal produk dan perkhidmatan oleh usahawan export-ready. Ia juga turut melibatkan 6 bidang iaitu , makanan dan minuman(F&B), bahan ramuan, bioteknologi, kosmetik, penjagaan kesiahatan dan farmaseutikal serta logistik.
- Perkongsian Ilmu – terdapat juga 5 sesi Pocket Talk sepanjang expo berlangsung dengan pengisian 3 sesi forum dengan barisan panel yang dijemput khas dan 2 sesi singgah santai selebriti DIBILIQUE iaitu Fara Fauzana , Faizal Ismail , Amy Search dan lain2 artis Malaysia. APenglibatan dari beberapa agensi seperti SME Bank Berhad , JAKIM, EXIM BANK , Matrade , Federation of Malaysian Freight Forwardes dan lain-lain lagi juga akan turut terlibat sama membincangkan tajuk-tajuk menarik seperti Finance Your Exports , Sharing The Business Journey Into Japan , Business Checklist Into Japan , Business Etique in Japan , Bringing Halal Products Through Smart Function , Japan Market and Halal dan beberapa tajuk lagi yang sememangnya sangat berinformatif untuk para usahawan produk HALAL tempatan dan juga pengunjung khususnya.
- Majlis Penganugerahan Islamic Innovation Challenge (IIC) Award juga dilakukan untuk memberi penghargaan kepada PKS yang berinovasi dalam industri HALAL dimana ianya juga adalah program kerjasama tahunan antara SME Corporation Malaysia , Agensi Inovasi Malaysia, PlatcomVentures Sdn.Bhd , Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) dan Halal Industry Development Corporation(HDC) dan lain-lain lagi.
- Sesi Business Matching dengan penglibatan sekurang-kuranya 10 buah syarikat dari negara Jepun
TERBUKA UNTUK ORANG AWAM
Penganjuran kali ini menyasarkan kehadiran seramai 10’000 pengunjung yang terdiri daripada komuniti perniagaan dan orang awam, sekaligus berpotensi penjualan sehingga Rm50 juta. Sebanyak 300 sesi padanan perniagaan antara 20 pembeli dari Jepun dan juga Malaysia supaya ia dapat memperluaskan dan meningkatkan produk HALAL dari Malaysia menembusi pasaran negara Jepun.

Maklumat Lanjut :
http://www.halal-expo.my
So tunggu apa lagi ? save the date dan datang beramai-ramai. Jangan lupa sebarkan pada yang lain juga yer.
Jumpa disana !
Bangga sangat bila Malaysia terpilih untuk pasarkan produk “HALAL” ke peringkat antarabangsa
SalinaJohari recently posted…Khasiat Minyak Zaitun Al’Ard Untuk Kesihatan
alhamdulillah. Tahniah pada SME Corp Malaysia sebab berjaya menganjurkan event yang bagus begini
Alhamdulillah moga2 lps ni lbh byk lagi produk halal malaysia ke luar negara . Jom kita serbu ramai2
Terbaik expo ni. Senang nak cari makanan halal kat jepun nnt
Best ni. Boleh tambah ilmu sambil cari makan.
tadi dah pergi, memang macam2 produk ada tau..dari pagi samapi petang..hahaa..dah membeli juga tadi..sebab produk tu sedap dan mudah dimasak..heheee..beli juga kosmetik tadi..kihkih