Asalamualaikum, sekali lagi aku dah mula rasa susah hati sebab akhir bulan ni insyaAllah aku akan ke Korea buat kali kedua. Dan aku juga bakal kerap ker Jepun dalam tahun ni juga jika ada rezeki , Insya Allah.
Tugas aku di tahun 2019 ni juga semakin mencabar sebab aku dah mula berjinak dengan travel agency untuk menjadi pemandu pelancong. So dah tentu soalan paling kerap ditanya oleh guest bila nak ambik trip ke Korea dan Jepun ialah “kat sana nanti senang tak nak dapat makanan halal ?”

Tapi yang buat aku susah hati bukanlah sebab kena pergi Korea , aku suka jer pergi sana, kalau boleh nak duduk sana terus pun aku ok. Cuma satu benda ni aku masih tak berapa puas hati sejak first time aku jejak negara K-Pop ni iaitu tentang status makanan HALAL.

Halal bagi mereka yang kurang faham ialah tolak babi dan arak sahaja , asal takder 2 benda tu makanya semua diorang kata HALAL . Walhal makna HALAL tu merangkumi segalanya , dari bahan mentah , cara proses dan sehingga ianya sampai kepada pengguna Muslim. Ayam organik sekalipun kalau tak sembeli ikut syarak pun hukumnya tetap HARAM dimakan orang Islam.
Dan HALAL juga bukan tertakluk kepada makanan semata yer kawan2ku sekalian , tetapi semua aspek seperti bekalan bahan mentah untuk makanan , bahan kosmetik , industri logistic , segala ubatan dari farmasi dan lain-lain.

HALAL ATAU HARAM ?
Ini pengalaman aku sendiri , Pernah terjadi tau, aku masuk ke GS25 kat Korea nak beli Ramen dalam cawan. Then masa membelek ingredient kat kotak Ramen tu, seorang brader Malaysia tegur aku dan kata jangan beli Ramen yang ada jual kat Korea ni sebab semuanya tak Halal walaupun label yang sama digunakan masuk ke pasaran Malaysia dan berstatus Halal.

Banyak blog rujukan yang aku baca pun tunjuk kata Ramen tu halal dah kenapa brader tu cakap tak Halal ? So kat situ aku dah mula rasa was-was . Nak beli Onigiri Tuna pun dah tak lalu sebab tengah dikuasai rasa was-was.
Haa nampak tak ? Walaupun orang kata berlambak makanan halal kat Korea dan senang nak dapat tapi trust me , its not so easy yarr.

Makanan yang ada dijual lebih kepada status was-was. Benda makanan ni bila kau ada rasa was-was memang kau tak boleh makan tau. Hukumnya HARAM !
Satu benda kita kena ingat , HALAL ni tak susah cuma eksklusif.
So camner agaknya aku nak buang rasa was-was ni bila travel ke negara luar macam Korea dan Jepun ?
Aku sebut 2 negara ni sebab 2 negara ni antara destinasi paling popular rakyat Malaysia suka pergi walaupun makanan yang benar2 halal dan tak was-was untuk dimakan sukar untuk didapati.

So kat sinilah fungsi Malaysia Halal Expo 2019 , ia sepatutnya diberi liputan dan pendedahan meluas agar sampai kepada semua lapisan masyarakat yang mencari , mengguna dan mencintai segala yang HALAL.
Dan yang teribat pula wajib mainkan peranan dengan betul agar mesej ini sampai kepada semua.
Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah hadith Rasulullah yang menjelaskan hal ini:

Maksudnya: ” Sesungguhnya yang halal itu terang (jelas), dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat perkara-perkara yang syubhah (yang tidak terang halal atau haramnya) yang tidak diketahui oleh manusia. Orang yang memelihara dirinya daripada perkara syubhah itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatannya dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubhah akan masuk ia ke dalam perkara yang haram laksana seorang pengembala dipinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja ada sebuah kawasan larangan dan tempat larang Allah itu adalah segala yang diharamkan. Ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging jika ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati.”
Demi menjamin makanan, minuman dan barang-barang gunaan yang kita gunakan halal, suci dan selamat, terdapat beberapa langkah yang perlu dijadikan panduan bersama iaitu:
- Marilah kita insafi betapa besarnya tuntutan syarak dalam memelihara halal dan haram.
- Kita wajib memastikan makanan, minuman, ubat-ubatan dan barang-barang gunaan mempunyai logo halal yang sah.
- Memastikan program-program dihotel adalah hotel yang memiliki sijil halal.
- Memastikan makan minum hanya direstoran-restoran milik umat Islam.
- Tidak melibatkan diri dalam sebarang perniagaan yang mengandungi unsur gharar (tipu) dan riba.
Dan aku juga tertarik serta bersetuju untuk berkongsi dengan korang point yang telah disampaikan oleh Ben Ashaari dalam blognya yang berbunyi seperti ini :
Tujuan expo ini adalah untuk memasarkan produk produk Halal tersebut ke Jepun sempena sukan Olimpik 2020 akan datang.Ratusan pengusaha produk Halal bersama produk mereka akan dipamerkan di expo tersebut.
Berlangsung di KL Convention Centre pada 24- 26 Januari ,2019 ! Sila tandakan di dalam kalender korang tu ! Bayangkan produk-produk ini berada di Jepun ! Fuhhh….
Bagi aku , syarikat-syarikat besar dari Jepun perlu ambik peluang begini. Manakala usahawan produk tempatan di negara kita patut hadir dan melihat sendiri potensi potensi yang ada di depan mereka. Dengan adanya bantuan Kementerian Pembangunan Usahawan dan SME Corp , pastinya mereka akan nampak jalan bagaimana nak membawa masuk produk tempatan berstatus Halal ini ke bumi matahari terbit itu. – BEN ASHAARI

SAVE THE DATE
So tunggu apa lagi , save the date dan datang beramai-ramai ke MHE 2019 (Malaysia Halal Expo) dan dapatkan idea atau peluang bersama-sama.
Untuk Maklumat Lanjut Sila lawati :
Facebook : Malaysia Halal Expo 2019
Lokasi : Kuala Lumpur Convention Centre
Tarikh : 24-26 Januari 2019
Mmg rasa nak jejak expo ni. Mesti mcm produk yang derang showcase nnt .
Pergi yuk!!
AZni recently posted…Awan nano I yerweng Betong Thailand yang menakjubkan
Jom ramai-ramai ke malaysia halal expo.. Mesti ada macam2 makanan dan barang-barang yang best best kan
Rindu Jepun. harap ramai yang join. Banyak sikit makanan halal.
Good exposure to those who like travelling too! Mencari makanan halal mmg fardu bg kita ni. So bagus la ada program mcm ni. Nnt ramai org kita yang nak pi support team kat sana.
that is not good for Muslim. But I hope pork free would do if cant find HALAL food. Japan is my top country to visit because of its food, culture, scenery and clean. I like everything there even their air haha. but it’s bad if can’t find the proper food to eat sigh
Good info. I will share with my muslim friends. It will be very helpful for them. Thanks for sharing.
Moga dipermudahkan la usaha yang memudahkan semua muslim agar lebih senang travel di negara orang. Rawlins pergi ke Korea dan Taiwan makan yang vegetarian sahaja manakala ke Tokyo makan briyani je haha
bagusnya ada expo macam ni. at least dah tau kat mana dan apa yang ptut makan dekat sana nanti. jepun pun ada dalam list khai, nnti nak cuba lah!
Good info sis. Memang rata² cx baca pon mmg susah nak jumpa halal food dekat luar negara. Lagi² org kita suka ke korea dan jepun. Bagus pendekatan sebegini dengan halal expo, ianya sedikit sebanyak mampu menyedarkan orang kita supaya lebih berhati². Jgn rerlalu mudah ntk makan sembarangan.
seems like it is a good expo especially for the muslims to find out all the halal brands that they can buy from. and yes i agree that local brands should look to expose their halal products to oversea too!
Nak cari makanan halal kt oversea mmg susah. Best ada program macam ni. Atleast kite tahu which restaurant provide halal food. Tahun ni nk ke Jepun. Boleh kot dtg sink. hehehe
Ermmmm… Kalau mcm tu time travel kena masak la kot nk elak rasa was2 tu kan.. Sebab tu saya prefer masak sdri kalau ke oversea. Walaupun struggle nak beak 1 lugage penuh dengan stock mkanan semua tu.. At least yakin dengan masakan sendiri kan
Okey, kena get ready pergi sini ni nanti. Cari bekalan untuk trip bulan 3 nanti. Mesti banyak produk halal yang boleh bawa untuk travel. Thank you for sharing
Sis kemana mana akan survey dr KL dulu mana ada makanan halal kat satu2 tempat yg sis pergi. Masa gi Jepun pun macam tu..bila dah tahu kat mana lokasi makanan Hlal senang sikit..just pergi je kat tempat yg kita dh survey dr KL tu.
memang mencari yang halal tu penting kan…tq segala perkongsian tentang makanan halal di sini…next time ke oversea boleh rujuk kat sin restoran mana yang menawarkan makanan halal..so sangat memudahkan…
betul, kadang2 org fikir halal tu adalah tiada pork dan wine.. walhal menyeluruh maksudnya. sebab tu kalau nampak logo halal pon masih was-was. kalau kat malaysia dulu pon byk jenis logo halal sampai tak pasti mana yang betul, apatah lagi disana. nak tak nak kenalah bawa makanan kalau nak travel ke sana… tapi bila expo makanan halal jepon ada ni, senanglah nak tahu list2 makanan jepun kat situ kan…
wah bagusnya ada piihan makanan halal di Jepun ! senang lah nanti keluarga I ke Jepun this year dapat tengok makanan macam ni… tapi sedih kita ni sebok cari makanan yang halal tapi benda masuk dalam otot tak halal pun tetap ambil gak sebab alasan pencegahan.. hmmph !
Bagus untuk yg rancang nak ke jepun.. kena prrgi this expo sbb boleh tahu lebih banyak info tentang halal dia sana.. liez pun seronok tgk org2 leh g jln ke jepun tapi bila dgr susah nak dpt halal food terus macam nak kena bwk makanan dr malaysia pulak..
Ena ingat senang nak dapat produk halal sebab ramai mention macamtu, plus ramai yang suka holiday ke sana.. kalau ada agensi pelancongan mungkin mudahla berbanding back packer ni. Dalm checklist ena juga nak pegi sana. So kena ready kan banyak research. Semoga prgram pasarkan produk tempatan nI akan memudahkan mereka nanti.
Part paling risau Halal Haram makanan tu kan,onie pernah ke Luang Prabang dan makanan memang payah gila nak cari yg halal, stress tak terkata sampai pengsan walhal makanan dari Malaysia siap dah bawak. Dan bila onie dengar langkah memudahkan ini,moga terus dipermudahkan buat kita yang muslim semua. InshaAllah ada masa nak p la expo tu.
Siap duit jerr… mmg tak afa masalh g japan ni. Menangis tau nqk bayar
Azni recently posted…Hilangkan lingkaran gelap bawah mata dengan Eye Gel Cosmoderm
teringin nak pergi expo macam ni.bukan apa tau, kita boleh tau mana produk yang halal yang boleh kita dapati di Negara yang kita kunjungi nanti.Jadi takdelah kelaparan bila berada di Negara orang kan.