Subhanallah , Alhamdulillah , Allahuakbar. Ternyata Allah maha baik dan sentiasa beri apa yang kita perlukan. Tanpa kasih sayang darinya kemungkinan besar 1 Ramadhan aku dah bertema airmata kot.
Mau taknya, awal-awal lagi aku dah patut dilanda kesedihan sebab bakal menyambut Ramadhan tanpa 3 lagi anak-anak disisi. Walaupun mereka kembali ke sekolah untuk menuntut ilmu tapi hati ibu tetap akan berasa sedih kerana berjauhan dari mereka.
Sebolehnya Ramadhan tahun ini, aku mahu anak-anak berada dirumah bersama semua ahli keluarga yang lain kemudian mengerjakan solat sunat tarawih bersama. Ini kerana aku merasakan malam pertama menyambut Ramadhan bersama ahli keluarga adalah saat-saat yang sangat istimewa.
2 anak aku yang sepatutnya dijadualkan kembali ke sekolah pada 11/4 telah diberitahu untuk menunda kepulangan mereka kerana dewan sekolah rosak dan sedang dibaiki.
Dengar jer berita tersebut aku rasa macam “Allahu sayangnya engkau kepada aku , sesungguhnya engkau maha mengetahui isi hati hambamu yang hina ini…”.
Sejak minggu-minggu sebelumnya lagi dah memang nampak aku berat hati melepaskan anak-anak kembali ke asrama dan dalam masa yang sama masih berharap supaya diberi kesempatan dapat memulakan malam pertama Ramadhan bersama anak-anak. Alhamdulillah nampaknya Allah telah kurniakan detik istimewa tersebut kepada aku.
Walaupun aku boleh tersenyum gembira bila mendapat masa tambahan selama seminggu bagi menjalani ibadah puasa bersama 3 anak yang lain tapi rasa rindu dan sedih tetap terbit juga bila mengenangkan si kakak tingkatan 5 tidak dapat bersama kerana sedang struggle menghadapi peperiksaan di sekolah.
Jadi malam pertama tarawih DD sudah ke masjid manakala aku dan anak-anak berada dirumah. Oleh kerana umur babang masih tidak dibenarkan ke masjid maka aku meminta supaya dia menjadi imam tarawih buat mama dan adik-adiknya sahaja dirumah.
Alhamdulillah dia menurut permintaan aku dan mula mengimamkan 8 rakaat solat terawih dan witir.
Lagipun memang inilah tugas aku untuk mendidik anak lelaki aku supaya dia menjadi seorang lelaki yang beriman dan bertanggungjawab kepada agama dan keluarga.
Lepas solat kita bergambar kenangan yer nak. Apapun Tarawih is done !

Comments