Asalamualaikum , buat apa tu ?
Kalau tak buat apa-apa meh baca perkongsian aku pasal sejenis cecair penanggal mekap yang dinamakan Vitamin E Makeup Remover dari Cosmoderm yang sesuai untuk semua jenis kulit . Masa time aku rajin mekap dulu makeup remover memang benda wajib dan aku kena ada dan kena bawa pergi mana-mana .
Masaalah yang sering melanda para kaki mekap macam Mommy Shehan ialah waktu nak bersihkan makeup . Kan mommy kan ??
Nak-nak jenis yang bermekap tebal kerana menghadiri sesuatu majlis . Takkan nak terus tonyoh pakai sabun muka jer yer dak ? memang tak bersihlah jawabnya .
Confirm akan ada saki baki kesan mekap yang tersisa . Takkan nak biarkan jer ? nanti bila dibiarkan , lama-lama pori-pori akan tersumbat dan selepas tu akan munculah benda asing dimuka yang dipanggil JERAWAT .
APA ????? JERAWAT ??????
Aku kalau tumbuh jerawat seketul kat dagu ( sebab period ) pun dah gelabah bewak tau . Apatah lagi jika disebabkan kecuaian sendiri yang malas bersihkan muka selepas menggunakan makeup ! maka berhuhuhulah korang updet status FB , aduiii muka tumbuh jerawatlah pulak . ( terasa macam sedang mengata diri sendiri pulak…ehehehe )

i love my skin
Takkan nak tunggu sampai macam tu kan ? makanya bersihkanlah muka dengan sebaik-baik dan sebersih-bersihnya selepas menggunakan apa-apa alat solek .
Muka aku ni pun dah lama tak tumbuh jerawat selepas aku sedar kepentingan membersihkan muka dengan teliti . Apatah lagi jika menggunakan mekap , walaupun sekadar BB Cream ianya masih kena dibersihkan sebelum timbul tanda-tanda muka bakal breakout akibat malas .
Kunci dia jangan malas !
Mula-mula memang aku agak risau nak gunakan sebarang jenis makeup remover , sebab sebelum ni aku pernah guna makeup remover brand yang agak top jugak pada masa tu . Tanggal tu tanggal , bersih pun bersih tapi pedih oiii , aku suspek dalam makeup remover tu ada alcohol sebab dia mula-mula sejuk pastu tak lama tu rasa pedih .

wajib ada sebotol dalam beg
Paling tak suka lepas tu kulit jadi kering dan nak menggelupas . Dah jadi satu kerja pulak aku nak guna pelembab . Pastu bila dah pakai pelembab muka tumbuh jerawat . Dah jadi satu hal lagi nak cari produk kecutkan jerawat .
Haaa kau pikir senang ker nak jaga kulit berminyak nih . Salah produk memang berhabisan lah kau nanti . Tu pasal aku test kat muka sendiri dulu seminggu dua sebelum aku kecoh-kecoh kat korang .
Now , bila aku dah kenal dengan Makeup Remover Cosmoderm , aku rasa aku dah tak cari lain lagi kot . Terus jatuh suka sebab yang pertama tak memedihkan kulit dan tidak mengeringkan kulit .
Jangan Cuai Tak Ikut Arahan Menggunakan Produk
Kalau korang tengok video aku ni , lepas aku guna makeup remover aku dah tak bilas lagi dengan air sebab aku malas ( sebenarnya aku takut sebab masa tu dah pukul 1 pagi tak silap aku dan aku baru lepas layan citer seram ) nak pergi bilik air .
Ikut peraturan yang aku baca memang kena bilas dengan air selepas guna makeup remover . Tapi sebab yang kat atas tu kukuh jadi aku skip arahan dan terus pakai Vitamin E Cream 3000 i.u kemudian tidur .
Dan yer , masa tu apa-apa risiko sebab gagal ikut panduan menggunakan makeup remover dengan betul guna aku akan tanggung segalanya sendiri . Tapi aku yakin dengan bahan yang ada dalam makeup remover dan walahhh kulit wajah aku maintain macam biasa tanpa apa-apa masaalah akibat tak ikut peraturan .
Untuk korang yang nak guna aku nasihatkan jangan ikut cara aku yang agak kamikaze . Korang ikut panduan yang diarahkan tau . Kalau tak jangan kata akak tak tegur .
Apa Keistimewaan Vitamin E Makeup Remover Cosmoderm ?
Ok ! jom kita semak apa keistimewaan Makeup Remover Cosmoderm yang aku gunakan sekarang ni .
Selain dijadikan penanggal mekap , ianya juga penanggaal makeup tanpa minyak untuk wajah, mata dan bibir dan mampu mengecutkan kantung minyak diwajah .

makeup remover Cosmoderm dengan vitamin e
• mampu menanggalkan solekan kalis air secara lembut untuk mengeluarkan minyak dan kotoran – untuk mengelakkan pori-pori tersumbat
• mampu membantu mengekalkan kelembapan kulit untuk kekal lembut berseri – sebab tu ada vitamin e
• Tanpa sabun dan hanya perlu bilas dengan air – baca kat tajuk cuai tu balik
• Sesuai untuk semua jenis kulit – bukan semua produk ada fungsi ini
Bahan Terkandung : Chamomile dan Rosehip Oil – padanlah kulit maintain gebu lepas guna dan baunya amboi wangi
Cara Penggunaan : Picitkan sedikit penanggal mekap ke atas kapas yang lembap. Sapu muka dengan lembut untuk menanggalkan mekap, minyak dan kotoran. Bilas dengan air.
Cara aku pulak guna tisu yang basah sebab tak ada kapas kat rumah .
Recommended !!!
Pada yang bercadang nak tukar makeup remover , aku sangat sarankan untuk korang cuba Vitamin E Makeup Remover dari Cosmoderm . Selain menggunakan bahan-bahan yang sangat alami , ianya juga sesuai untuk semua jenis kulit . Harga pun mampu milik .

se’simple manapun makeup , wajah masih perlu untuk dibersihkan dengan sempurna
Rutin aku kini sesekali ialah bersihkan muka dengan makeup remover walaupun tak guna makeup sangat , tapi sebenarnya aku hanya nak kulit aku jadi lebih bersih , bebas dari peluh dan minyak . Ingat malam-malam tak berpeluh ker ? berpeluh tu pun sebab aku masih kena buat kerja-kerja rumah mengemas dapur dan adakalanya vaccum seluruh rumah . Lepas tu muka mestilah berlecak balik .
Dalam seminggu tu jugak aku mesti gunakan TTO Purifying Mask supaya kulit aku tak nampak kusam dan bagus untuk serap minyak yang berlebihan pada wajah .
Kemudian step yang terakhir barulah aku gunakan Eye Treatment Gel untuk kurangkan mata panda ( sekali guna pun dah nampak kesan weihhh ) dan Vitamin E Cream 3000 i.u untuk sekatakan balik tona kulit wajah .
Cara Nak Dapatkan Produk
Untuk info dan sebarang pembelian produk Cosmoderm korang boleh terus ke :-
Website : www.cosmoderm.com.my
Untuk sebarang updet , pertanyaan dan testimoni pula , korang boleh follow :-
Instagram : @cosmoderm
Facebook : Cosmoderm
#saidiladotcom
#kbba9
#cosmoderm
#cosmodermhalal
#ilovemyskin
#cosmodermtestimoni
#cosmodermreview
Selamat Mencuba !
BB cream dan makeup remover dari cosmoderm ni nampak best jer nak guna. mudah jer tengok kaklong guna
bb cream tu mudah nak apply dan makeup remover tu boleh bersihkan mata dan bibir….worth it sangat
Nina belum pernah cuba make up remover Cosmoderm. Pass baca rasa memang kena beli gak ni. ..
nina kena cuba sebab ni sesuai untuk semua jenis kulit
Menarik lah make up remove ni.. xth plak cosmoderm ada… nak cari lah…
allene recently posted…Dapat panggilan anak hilang di sekolah
samalah baru tahu tu yang cuba gak
bagus amal…agen elak jerawat…nk beli la sbb murah
yup betul tu juju…harga pun berpatutan
Boleh lah cuba makeup remover cosmoderm pula lepas ni.
cuba tau aisya ….takkan menyesal punya
Make up remover ni sgt penting! Btw nampk best dari cosmoderm ni. Wajib beli!
penting sangat walaupun tak makeup sebab boleh bersihkan kulit dari habuk2 , debu dan minyak yang melekat kat muka yang akan meneyebabkan pori2 tersumbat
huda nak try la sebab pori di muka rasa mcm tersumbat dah. kena bersihkan ni
Kena beli ni, ada Vit E tu yang best!
okey..in my list..memang tgh carik makeup remover ni..
baru tau yang ada makeup remover, nak try jugaklah
belum pernah cuba makeup remover ni..nanti kalau dh habis makeup remover nad,nak cuba la ni
sedang mengumpul koleksi cosmoderm..hehe..memang best guna
samalah …pelan2 kumpul lagipun produk cosmoderm jimat …sekali beli boleh pakai hingga 2 ke 3 bulan
Aiseh pakai bb cream pun elok cuci guna makeup remover eh? Kena rajin kan diri lah camni
Pernah guna , memang best ..
Kalau pakai maskara mudah tanggal tak guna makeup remover cosmoderm ni?