Siapa kata nak diet tak boleh makan sedap ? Haaa macam biasa dengar kan ayat tu ? Dan mesti juga korang biasa dengar orang kata yang makanan diet mesti tak sedap. Dan orang selalu anggap makanan diet tu kena makan sayur jer. Yer ker ?
Kalau dulu mungkin juga betul sebab kita kekurangan ilmu pengetahuan dan juga sumber bahan. Tapi sekarang semuanya sudah berubah. Makanan sihat kini semakin mudah untuk didapati dan yang paling penting sedap.
Since tahun lepas aku dan Didi sedang cuba untuk amalkan gaya hidup yang sihat. Bukan hanya sekadar kerap bersenam tapi pemakanan juga turut dijaga. Cuma itulah, kadang aku tak faham dengan orang yang masih nak pandang sinis dengan aku bila aku bagitahu yang aku dah kurang ambik nasi dan gula.
Diorang rasa macam aku tak layak amalkan gaya hidup sihat sedangkan kalau aku sakit end up diorang yang akan salahkan aku sebab tak jaga kesihatan dan pemakanan.
Tapi itu dululah, sekarang aku dah tak kisah. Rasa sihat itu aku yang rasa dan buat aku rasa bahagia.
Ada Apa Di Eatslim Lifestyle
Jadi entry kali ini aku ingin kongsikan dengan korang semua yang kini aku dah jumpa satu kedai yang menjual bukan sahaja makanan siap masak yang sihat tapi ada pelbagai termasuklah bahan-bahan sihat di Eatslim Lifestyle yang terletak di Selayang Heights.

Tengok dalam kedai yang ada macam-macam pilihan makanan dan bahan yang sihat buat aku rasa macam, this is the place. Andai kata kedai macam ni wujud di Puchong aku yakin aku akan jadi pelanggan tetap yang setia.
Antara produk yang ada di Eatslim Lifestye ialah pelbagai jenis makanan ready to eat dari lauk pauk hingga ke dessert, frozen food, bahan prepping dan juga seasoning terpilih yang korang boleh korang dapatkan di kedai fizikal dan juga di website.
Enjoy Makan Dessert Sedap Di Eatslim Lifestyle Tanpa Rasa Bersalah
Biasanya juga orang yang nak diet akan mengelakkan diri dari mengambil dessert disebabkan kandungan gula yang tinggi. Contohnya kek, biskut, pavlova dan lain-lain dessert yang manis-manis.

Di Eatslim Lifestyle korang boleh makan dessert sepuasnya tanpa rasa bersalah. Tapi korang tetap kena kira pengambilan kalorinya yer gais. Baik macamana sekalipun tetap tak boleh ambil secara berlebihan.
And tahu tak semalam pertama kali aku dapat merasa makanan diet yang berasakan Konjac. Selama ni aku dengar jer orang kata kalau nak diet kena makan produk-produk yang berasakan Konjac. Tapi aku tak pernah cuba sebab ghisau tak sedap.

Apa Itu Konjac
Konjac adalah sejenis makanan gantian sihat yang terdiri dari 97% air + 3% serat glucommanan (Konjac).
Konjac (disebut Kon-Jek) adalah sayuran purba yang tumbuh di Jepun, China dan Korea. Diameter Konjac adalah sama saiz dengan bola sepak berdiameter 25cm. Akar Konjac digunakan untuk menghasilkan ekstrak konjac, kemudian dijadikan dalam bentuk nasi, mee dan kuey teow yang merupakan makanan ruji di Jepun.
Orang Jepun menggelarkan konjac sebagai “Makanan Ajaib” oleh kerana khasiat dan kebaikannya. Makanan yang diperbuat daripada konjac bukan sahaja jauh lebih rendah kalori dan karbohidrat tetapi juga tinggi kandungan serat.
Konjac kini telah mula popular dan menjadi pilihan rakyat Malaysia yang mahu diet secara selamat melalui pemakanan sihat organik.
Bagaimana Konjac Food Membantu?
Antara khasiat yang terdapat di dalam Konjac Food ialah :
- Mengawal selera makan
- Mengandungi serat tinggi
- Rendah kalori & karbohidrat
- Mengurangkan kadar serap kolestrol LDL
- Mengawal paras gula dalam darah
- Mengawal tekanan dalam darah
- Membuang toksin dalam badan
- Mengurangkan berat badan
Makanan ini hanya mengandungi 1 gram karbohidrat saja di dalam 1 pek. Sesuai untuk mereka yang mahu mengamalkan diet rendah karbohidrat. Tentu sekali bagus untuk mereka yang dinasihati oleh doktor untuk mengawal berat badan.
Tu yang semalam lepas dapat cuba hidangan Kuey Teow Konjac aku terus kata, uihh sedapnya dan rasa dia bagi aku sama macam Kuey Teow yang biasa kita makan.

Cuma itulah, nak masak sendiri pulak bimbang bahan yang aku gunakan bercampur dengan bahan yang dah tak sihat. Elok nak makan makanan sihat terus jadi tak sihat sebab tak tahu cara. Jadi bagi aku lebih mudah kita serahkan pada yang pakar.
Ikut Cara Puan Adda Uwais
So kesimpulan dia ialah, siapa kata nak diet tak boleh makan sedap ? Eatslim Lifestyla ada menyediakan pelbagai bahan dan makanan sihat termasuklah dessert. Nak makan makanan sihat ni rupanya tak lah rumit sangat, as long kita tahu apa bahan dan cara penyediaan yang sesuai dah cukup. And paling penting rujuk pada yang pakar.

Nak tahu siapa yang korang boleh follow untuk tips dan cara pemakanan yang sedap dan sihat ? Korang mesti follow Puan Adda Uwais. Beliau bukan sahaja founder kepada Eatslim Lifestyle tapi beliau juga suka berkongsi suka duka perjalanan diet beliau sehingga tertubuhnya jenama Eatslim Lifestyle.
Banyak perkongsian beliau di media sosial tentang pemakanan sihat dari cara nak prep makanan , menu untuk eat clean , menu keto diet dan juga menu pemakanan untuk mereka yang ada penyakit diabetis. Seronok baca sebab apa yang beliau kongsikan bukan sahaja boleh digunakan untuk diri sendiri tapi secara tak langsung kita boleh kongsi dengan ahli keluarga dan juga rakan-rakan lain yang masih tercari-cari cara atau plan pemakanan sihat.
Baca : Resepi Ikan Tenggiri Masak Asam

Sebagai permulaan pemakanan diet, aku juga dapatkan makanan kesukaan aku terutamanya mentega kacang tanpa gula ini di Eatslim Lifestyle.

Selamat mencuba !
Sebarang pertanyaan, pembelian dan maklumat lanjut mengenai produk sila hunbungi :
Nombor Talifon Tetap/Bimbit : 03-61278906 / 010-552 4025 / 018-2909005
Alamat : No. B-G-08, P8 Avenue, Jalan Sh 1/1, Selayang Heights 68100 Batu Caves, Selangor.
Waze : Eatslim Lifestyle
Website : Eatslim Lifestyle
Facebook : @eatnslimmealplan
Instagram : @eatnslim_mealplan
TikTok : @addauwais
Jomm teman Nina beli makanan sihat kat sini!
Teruja nak cuba peanut butter sihat tu Dan rasa pavlova comel tu
ajommm, banyak lagi produk nak beli dekat situ. Boleh kita ngeteh sambil makan pavlova diorang yang sedap dan kurang manis tu.
[…] ubat elergik Cetirizine/Simtec/Zrytec dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Nasib sekarang dah ada option makanan sihat yang bebas dari macam-macam […]
Seronok kan kak long, juju memang nak pi lagi kat sini, nak borong tauhu begedil dan lain2 hehehe teringat2 makan hari itu
Mantap infonya bossku sehat selalu