2 Bulan lepas sebelum Ramadhan aku sekeluarga ke JB untuk berehat …tapi taklah lama , cuma 2 hari 1 malam jer. Kat sana aku bermalam di Swiss Inn Johor Bahru . Dah nak malam anak-anak dah sibuk tanya nak makan apa nak makan apa . Tempat first time jejak kan mestilah tak tahu nak gi makan kat mana . Mulanya ingat nak pergi kat Kedai Bunian yang dekat ngan rumah abang aku kat Pontian , tapi untuk aku kesana tu yang jauh , sejam jugak rasanya nak kesana .
Akhirnya aku putuskan untuk makan disekitar kawasan penginapan kitorang jer . Kelam kabut aku google tempat makan yang best kat Johor Bahru pastu cek jarak jauh ker tidak . Agak jauh jugak tempat makan yang best-best tu . So aku kecilkan pilihan tempat dan pilih cara makan , nak kampung style ker , western atau steambot ? last-last pilih steamboat .
Lokasi Kapten Steamboat & Grill
Sebenarnya amat jarang aku dapat makan steamboat bersama keluarga . Tapi dek kerana terliur gak tengok member-member yang baru jer pergi makan steamboat maka aku plan nanti masa kat JB aku nak cari restoran steamboat yang best , sedap tapi murah . Isunya disini ada ker …? JB kan bandar , mesti mahal-mahal dia punya makanan kan .**itu namanya persepsi awal
Kebetulan masa aku dalam perjalanan menuju Swiss Inn JB , aku memang ada ternampak papan tanda Restoran Kapten Steamboat & Grill disebelah kiri aku . Dalam pencarian tempat makan yang best kat Johor Bahru , aku lebih tertarik nak call Kapten Steamboat untuk bertanya mengenai harga makanan . **tanya jer punnn
Andai kena dengan bajet aku maka aku akan confirmkan terus makan kat situ , jika tak terpaksalah cari tempat makan lain yang sesuai ngan bajet kecil yang berkeluarga besar .
Harga Buffet Berpatutan Untuk Kanak-Kanak
Alhamdulillah , kalau dah jodoh memang tak kemana kan . Rezeki dari Allah untuk penuhi keinginan aku…aku diberitahu yang harga buffet untuk seorang dewasa Rm30 dan kanak-kanak Rm15 sahaja….maknanya malam tu aku akan belanjakan Rm120 untuk makan malam yang sedap dan sesuai bajet aku .
Jarang nak dapat harga buffet untuk kanak-kanak yang murah sebenarnya , rata-rata aku tengok semua harga sama macam harga untuk seorang dewasa . Setakat budak makan banyak manalah sangat .
Ini bukan food review ok , tapi disebabkan kebaikkan dan keramahan “orang yang angkat call” tu telah buat aku rasa terharu…manalah tahu kot-kot korang nak cuba ker kan…lain kali kalau bertandang ke JB korang-korang pun luangkan masa untuk merasa sendiri makanan di Kapten Steamboat & Grill . Kalau dah layanan dari telefon dah baik aku rasa layanan restoran pun mesti bagus jugak .
Sampai-sampai jer kat sana aku cari nama yang ada tulis meja aku , tapi anak2 aku tak nak duduk kat kerusi diorang nak dududk bersila kat lantai cam kat rumah . Kebetulan ada pulak satu tempat kosng kat beranda depan . Aku pun bagitahu kat pelayan yang aku nak tukar tempat dan diorang pun ok jer .
Pelbagai Menu Steamboat Dan Grill
Rasanya malam tu inchik dd paling banyak makan kambing , sedap kot …aku pulak banyak makan sayur ngan mee maggi ngan kuah tomyam . Anak-anak pulak suka makan udang yang di grill , nasi goreng , sosej dan aiskrim . Berbaloi sangat rasanya sebab anak-anak puas makan sampai kenyang .
Maaf sebab tak dapat nak belanja korang gambar makanan banyak-banyak yang ada kat situ sebab aku datang nak makan dan tak terfikir nak tulis pasal ini . Bila dah balik dari sana barulah aku tergerak hati nak tulis sebab anak-anak2 aku gembira sangat dapat makan kat situ .
Tengok muka diorang yang gembira sangat tu pun dah cukup buat aku kenyang dan aku janji aku akan tulis sebab aku rasa itulah kenangan makan malam keluarga diluar yang paling manis . Dahlah masa makan tu hujan renyai , angin bertiup sejuk ….nyaman sunguh rasanya .
Lepas Makan dan bayar semua , aku ucapkan terima kasih pada orang yang melayan aku dalam telefon tu . Serius aku sangat-sangat puas hati .
So , kalaulah …kalaulah korang nak ke JB dan nak makan steamboat ber’grill , ini adalah tempat yang aku cadangkan . Andai kata aku ada rezeki ke JB lagipasti aku akan ke Kapten Steamboat & Grill lagi untuk singgah makan .
Restoran Pilihan JJCM TV3
Restoran ni juga ada tersenarai dalam rancangan JJCM TV3 . Dan kalau tak silap aku selain kat JB , Kapten Steamboat & Grill juga ada lagi satu cawangan berlokasi di Selangor . Nampak gaya bolehlah aku repeat makan lagi cuma di tempat yang berbeza . Tapi tak kisahlah asalkan harga . layanan dan makan masih sama macam kat JB aku ok jer .
Alamat : Jalan Tun Abdul Razak ( Susur 6 ), 81200 Johor Bahru, Johor, Malaysia.
Nombor Telefon : 017-7111792 / 019-7710765
Facebook : Kapten Steamboat & Grill
**tips nak kesini , korang waze jer Kapten Steamboat & Grill , kalau waze yang tunjuk korang akan berhenti kat tengah jalan….tapi jangan panik . Andai korang nampak stesen Petronas disebarang kiri korang , korang terus maju ke depan sahaja . Tak sampai 5 minit dari lokasi yang waze bawak , korang pandang sebelah kanan korang dan korang akan nampak restoran’nya .
Atau hubungi sahaja nombor yang aku bagi tu dan diorang akan bagi arahan dan lokasi yang tepat .
Selamat ber’Steamboat !
Belum pernah lagi makan dkt sini.. nampak mcm best jer.. sebelum ni pernah makan dkt Meletop grill JB.. dkt situ best jugak…
anuar recently posted…Nak Belajar Buat Blog Dengan Blogspot? CUMA RM2 Sahaja!
ooo antara yg pemes gak kan meletop tu….boleh cuba lain kali jika ada rezeki
Jauhnyaaa kak… tp mmg best kalo mkn ramai2 dgn family
Shiqeen sattar recently posted…Kempunan Lipstick Kailijumie Gara-Gara Anak
kira sekali jalan jer kalau ke JB boleh pakat singgah
Steamboat kalo makan 2 org tak best, kalo makan ramai2 muka semua ibarat singa lapar memang bestt..
Cik za recently posted…YanieYusuf. Com | Blogger Malaysia Pilihan Cikza
yup….steamboat memang sedap makan ramai2 sambil bersembang…rasa hubungan keluarga lebih erat lepas datang makan kat situ..
okkk. wajib cuba nii… nampak sedapp!
Encik ST recently posted…5 Tabiat Ini Jadi Sebab Kenapa Kerap Alami Penyakit Pedih Hulu Hati, Kurang-Kurangkan Lah Ok!
encik st kan rajin ke JB…next time singgah cuba yer..
Mak aih … Smp ke Johor. Kalau jejak kaki ke Johor lagi nanti leh la lepak dgn kengkawan kat sini.. kureng sikit makan steambot , de grill best sikit… Lepak reramai best ni. Mkn smp perut ke depan.. gmbr family tu cool!!!
Dian Sastrowardoyo recently posted…Masakan Malaysia di Nine Chefs IOI City Mall Putrajaya
hehehe yer…tq tq
alang2 bercuti singgah ler sekali…..seronok kat situ…memang akan kesana kalau ada rezeki lagi
memang best…ruang besar dan tak sempit ..budak2 pun selesa jer
Wuu, sedapnya. Harga dia pun boleh tahan lah. Klu sampai kami ke Johor blh try nnti.
sedap bonda….bau marjerin tu semerbak sangat……jgn lupa singgah walaupun sekali untuk rasa macamana yg kita rasa…
Harga utk bdk bdk tu ok lah. Lenkali pi JB boleh laa cari
Mama Kembar 3 recently posted…Kalau Kena Stayback, Stayback!
kan…kira berbaloilah dengan harganya….