Asalamualaikum, Vanakam !
Haa korang nak tahu tak ? camni ceritanya, beberapa hari sebelum puasa, ada kawan-kawan blogger ajak aku pergi cuba satu makanan kat restoran india di Citta Mall .
Yang menariknya kat sini makan tak pakai pinggan tapi guna daun pisang sebagai alas. Cara hidangan pun sama macam tipikal india yang kita biasa tengok kat tv. Korang boleh tegok sendiri kat video yang aku dah rakam.
Amacam ? cara hidangan makanan camni agak unik dan sempoi sangat kan.
MASAKAN INDIA SELATAN CURRIES N CLAWS
Menurut pemilik Restoran Curries N Claws, menu dan resipi mereka lebih terpengaruh dengan citarasa masakan dari India Selatan. Tapi korang jangan risau, walaupun konsep makanan Curries N Claws lebih berkonsep masakan India, tapi chef yang yang bertanggungjawab untuk menyediakan makanan adalah Chef berbangsa Melayu dan beragama Islam. No worries InsyaAllah
RASA UNIK KARI & RASSAM
Sememangnya cara masakan kari semua bangsa berbeza. Kalau kari bangsa Melayu biasanya guna santan , kalau kari India pula setahu aku diorang banyak guna yogurt , tapi ada juga sesetangah bangsa masak kari tak guna santan mahupun yogurt. ( Tetiba teringat cerita Kari Sanjana..)
Ada satu lagi kuah dipanggil Rassam, tapi apa rassam tu dan rasanya ?
Rassam sejenis sup berasal dari India. Rasanya masam2 hangat dan beraroma rempah ratus. Masam dari penggunaan asam jawa, hangat dari lada hitam dan cili kering manakala beraroma dari rempah jintan manis dan sedikit halba. Sesuai jika anda tidak sedap tekak, selsema atau demam. Boleh dimakan bersama nasi atau dihirup seperti sup biasa. – sumber
Selain kari dan rassam, ada 2 hidangan sampingan yang akan membuat korang nak makan lagi dan lagi. Antaranya ialah Petola/Peria Goreng, sedap sangat sampai Nina Mirza minta tambah buat ratah-ratah. Tapi hidangan ni ada kemusykilan, aku tak dapat nak pastikan samada ianya Petola ataupun Peria. Untuk memastikan sayur apakah ia, aku cadangkan untuk kita datang kesini lagi.
( Hahahah bijak tak aku ? )
Dan lagi satu ialah Salted Fried Chillies. Bagi aku ini benar-benar bahan sebagai pembuka selera. Rasanya yang masin, pedas dan rangup tu betul-betul buat kau nak tambah nasi. Sampaikan aku tanya kat tauke’nya mana nak beli salted chilli ni.
Aku mintak dd belikan dan akhirnya dapat jugak dd beli kat kedai runcit india dan makan puas-puas. Aku juga suka gunakan salted chillies ni sebagai rencah untuk masak nasi goreng. Kalau korang buat bubur kosong ke bubur lambuk ker pun sesuai jugak makan dengan salted chilli.
CADANGAN MENU WAJIB CUBA DI CURRIES N CLAWS
So kalau korang nak try makan kat sini, sukalah untuk aku mencadangkan kepada korang beberapa hidangan wajib cuba. Next time aku nak datang lagi cuba Mee Goreng Mamak diorang pulak.
BANANA LEAF SET – hanya serendah dari Rm10.90 untuk hidangan lengkap dan mengenyangkan. Nasi , 3 hingga 4 jenis sayuran , 2 jenis kuah ikut pilihan kita , kuah rassam dan juga papadom.
KARI KETAM – rasa kari ketam yang dihidangkan Curries N Claws memang lain dari yang lain. Kuah dia sikit punya pekat dan rasa dia memang padu.
THE BURNER – hidangan pelbagai jenis seafood dengan kuah Rassam. Aku suka sebab rasa dia lain dari yang lain.

The Burner
Manggo Lassi Lime – First time cuba terus suka, minuman ni dapat bagi kau kesegaran serta merta. Rasa pekat manis mangga bercampur dengan rasa masam limau memang padu.
Sementara masih di bulan Ramadhan ni, manalah tahu kot-kot korang teringin nak test buka puasa dengan makanan indian style, bolehlah korang booking siap-siap.
NAMPAK SEDAP.. teringin nak cuba juga . tpi itula lisa takleh makan kari2.. mngkin kena try menu lain pula
alaaa ruginya……
Ya allah sedapnya…. Dulu pernah makan kat sebuah restoran juga, tapi tak macam ni serbing dia… Nak tryyyyy….
itulah, rare sangat dapat makan diserve camni
Juju dan suami peminat no satu nasi daun pisang…sedapnya..nanti one day nak terjah
hahaha tahu….juju peminat nasi vanggey
Kari ketam tu mengancamnya
sangat…..padu
Ohhh my…tengok nasi berlinang kuah kari tu sedapnyaaaaa
pastu gaul sama2….feeling madras
Kena cuba ni. Nampak sedap dan menggiurkan
sedap pakya …kot turun KL kena cuba
Huwaaaaaa….
Teringat ingat sedapnya peria goreng tuh!
Sedap seyhh
Walaaaahhh terangkat melihatnya . Nyum nyum
Sedapnya tgk kari ketam tu
Murah harga set banana leaf tu.
Wow! Nampak menarik cara hidangan tu
Makanan ada alas pisang tanpa pinggan ok lagi tu. Shell out yang mengarut main campak-campak makanan atas meja.