mak…
mak apa khabar ?
alhamdulillah adik sihat …
mak …..
ni adik nak bagitahu kat mak ….adik rasakan mesti best kalau sekarang mak masih hidup lagi , mesti hidup adik bertambah bahagia ..
mak nak tau tak ?
hari ni adik rindu sangat kat mak …
adik nak tengok mak tapi adik tak tau kat mana kubur mak.. uwan pun sama ..pergi macam mak juga tinggalkan adik
mak…
dah lama sebenarnya adik rasa bersalah pada mak …adik tahu sebab mak mati
uwan cakap mak mati lepas 2 bulan lahirkan adik
patutlah makcik pakcik pernah cakap yang adik ni pembawak sial cuma masa tu adik tak faham apa itu sial
tapi sekarang adik dah faham apa maknanya…
mak….
kalaulah dulu adik dah boleh bercakap …adik harap biarlah adik yang Allah ambik bukan mak
kakak pun tak suka adik , dia pun pernah cakap kat adik “sebab engakaulah mak mati” ..tapi masa tu adik tak faham apapun apa yang kakak maksudkan
kakak pun dah lama bawa diri dan takmo jumpa adik lagi …
kali terakhir adik dengar yang kakak dah khawin dengan orang kaya …suami dia tak bagi bercampur dengan adik yang miskin ni
tapi adik tak kisah ..asalkan kakak bahagia , bagi adik cukuplah …itu dah cukup penting
mak….
sungguh adik nampak sihat tapi sebenarnya sekarang ni adik ada simpan tumor kat dalam otak …doktor yang rawat adik kata asalkan adik tak mengandung dan tak stress… tumor tu takkan aktif balik …
walaupun sepatutnya adik kena buat pemeriksaan 2 tahun sekali tapi adik tak buat …sebab adik tak nak susahkan suami adik ….kos untuk pemeriksaan tu pun tinggi …
sekarang ni adik cuma serah segalanya pada allah swt yang nak mentakdirkan hidup adik akan jadi seperti apa ….
cuma adik berdoa semoga adik dapat mendidik anak-anak adik dengan baik dan membahagiakan keluarga adik sementara adik masih bernyawa..
sesekali adik ada rasa tak sabar nak jumpa mak..tapi adik tahu adik kena buat persiapan baik-baik dan bekal yang cukup dalam perjalanan bertemu allah …adik nak mohon peluang bersama dengan mak di alam selepas kehidupan …
mak…
tenang-tenanglah mak disana ….adik disini akan sentiasa mendoakan kesejahteraan mak …adik mohon allah meluaskan kubur mak dan menerangi kubur mak sehingga hari kiamat …
walaupun kita tak dapat bersama semasa didunia… adik harap allah akan beri kita peluang untuk bertemu dan bersama didalam syurga …
al-fatihah adik hadiahkan untuk mak ….
Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mak kak dila.
setiap apa yang berlaku punya sebab. Moga kita tak tergolong dengan golongan orang yang jahat.