Assalamualaikum and hai gais ! Ok , entry kali ni aku nak review khas tentang satu filem yang tak akan ditayangkan di panggung sebab filem ini tayangan khas untuk Astro First sahaja.

Oleh kerana kat rumah aku takder Astro maka aku mampu baca sahaja sambil mengharap nanti masuklah kat Netflix.
Kebetulan tengah hari tadi jiran aku wasap ajak mai datang rumah dia. Katanya dia dah langgan filem Mael Totey dan ajak semua datang tengok ramai-ramai kat rumahnya.
Aku pun apa lagi lepas Isyak on terus pergi rumahnya siap bawak kerepek bawang dan popcorn sendiri.

Aku bukanlah kenal sangat pasal Youtuber bernama Syahmi ni tapi aku tahulah apa yang dia buat. And ada masa aku memang akan tengok dia punya channel youtube.
Dan pernah jugak terbaca kat media sosial mengatkan Syahmi mempergunakan golongan OKU untuk meraih pendapatan dan populariti.
Bagi aku Syahmi tak mempergunakan golongan OKU tapi dia yang dipergunakan. Sama macam KV dan Jacky Sting Aku Yahoo .
Korang ingat senang ke nak bekerjasama dengan diorang. Nak-nak yang ada masalah pemahaman. So perlukan kesabaran dan ketenangan serta effort yang sangat-sangat tinggi.
Kalau aku memang aku angkat tangan tanda givap dan surrender. So respek aku pada Syahmi sebab aku rasa dia antara anak muda yang bukan nak berjaya sendiri tapi dia juga berani melakukan sesuatu yang lain dari yang lain untuk membantu dan sama-sama berkongsi rezeki dengan golongan OKU dengan caranya tersendiri.
Macam apa yang aku tengok dalam cerita Mael Totey ni. Aku boleh rasa sangat kegigihan Syahmi nak mengatur pelakon macam Asif , Bedul dan Yatin. Yoe Parey jer aku rasa dia ok sikit boleh dengar arahan berbanding yang lain.

Tapi diorang memang natural dan Syahmi mesti dah sedia maklum sampai situ sahaja kemampuan diorang.
Ada satu scene masa dalam kelas bahasa English , si Bedul suruh si Yatin minta maaf dengan Teacher.
Part tu jer buat aku gelak sampai keluar air mata. Aku tak tahulah camner yang ada kat set hari tu boleh tahan ketawa.
Part paling menyentuh hati aku pulak masa scene Yoe Parey , Asif dan Mael tengah cakap pasal syukur , pasal salahkah dia jadi macam tu dan bila dia tanya betul ke dia anak syurga.
Touching gilerrr aku rasa. Air mata aku pun dah hujung-hujung jer nak jatuh. Tapi si Asif pergi buat lawak dan cakap “Mat Noor tu bapak kita”
Hahahah siot betul ! berdekah balik aku ketawa.
Watak Yaya tu jer aku tak suka , boleh kata asal Yaya muncul jer aku sakit hati. Aku pun tak tahu kenapa. Cuma apa aku yang faham perempuan macam Yaya tu memang wujud gais. Tiber teringat satu kisah perempuan perampas yang pernah viral bernama Yaya. #ehhh

Apa yang aku boleh katakan arahan Syahmi benar-benar diluar kawalan. Biasanya orang nak filem pertama diorang mesti gah dan sempurna tapi Syahmi buat cam benda biasa. Dia cuma nak buat begitu begini selebihnya terpulang pada mata masyarakat untuk menilai.
Abang aku yang imam pun tengok sama kata cerita ni bagus sebab banyak unsur pengajaran. Lawak-lawak tapi tak sorok hakikat hidup sebenar.
Isu susah tapi malas dan harap nak bantuan sahaja. Isu berbahasa inggeris yang dianggap sebagai pengukur darjat padahal bahasa inggeris tu hanyalah bahasa sahaja.
Aku kalau tengok cerita Mael Totey ni tanpa subtitle Bahasa Malaysia sumpah sepatah haram aku tak faham. Jadi tak pandai berbahasa inggeris atau tak pandai kecek Kelate bukanlah ukuran bodoh atau pandai seseorang.
Tak tahu boleh jer belajar. Yer dak ?
So gais sementara masih ada tayangan korang langgan jer filem Mael Totey ni kat Astro First. Jangan jadi cam aku terpaksa pi menumpang tengok kat rumah jiran. (by the way rumah jiran tu rumah abang aku jugak…saja jer aku suka panggil jiran …ekekeke)
Kalau orang tanya aku berapa bintang nak bagi, aku cuma boleh kata “kalau boleh aku nak bagi sebanyak-banyak bintang dilangit.”
Selamat menonton semua !
Kalau langgan ni mesti Ai sorang je yang tengok. hehehe
ajak jiran tengok sama2 baru syok …
Tak tengok lagi.. Nak kene langgan astro best ni.. Ramai dh tengok
cerita ni syoknya tengok ramai2….
Tiada kesempatan lagi untuk tengok cerita ni. Tapi kalau dah boleh cecah juta-juta tu, maknanya cerita ni ada daya penarik.
Jiwasihat recently posted…Prostat Bengkak yang Bukan Kanser: Lelaki Wajib Tahu!
xtgk lg movie ni… betul mmg susah nk handle org istimewa ni…
This looks like a totally fun and entertaining movie. Thanks for sharing this with all of us.
Tekkaus recently posted…Flight of The Colugo-Zip Line At The Habitat Penang Hill
Kita tak pernah tengok dan tahu Kak pasal dak Shahmi ni.. taunya baca review dan update kengkawan..sebab sejak takdak astro ni memang banyak tak tau hehehe.. nanti nak gak lee tengok..
Sis Lin recently posted…WORDLESS WEDNESDAY – PARTY BAJU KELAWAR
Movie Mael Totey NIe famous sgt. Kata nyer it is the most watched during this pandemic season. But I am not into this kinda genre and movie. However, thank you for sharing your review.
ramai cakap filem mael totey ni best. belum ada kesempatan lagi untuk tengok. btw nice review 🙂
Ramai yg review katanya cerita ni menghiburkan. Walaupun skill arahan nampak biasa tapi still percubaan yg berjaya
Ramai suka movie ni tapi tak berpeluang lagi nak te gok. Kutipan movie ni pun memang tinggi kan ramai orang support. Kena try tengok juga la nanti
Alaa kita takde astro kak, kena pergi menumpang rumah jiran jugak ke ni
Saya pun tak kenal sgt siapa youtuber Syahmi ni. Tau pasal mael totey ni pun kes kontroversi Ellie Suriaty kritik filem ni tak mencapai standard.
Dah tengok Mael Totey…penceritaan yang menarik. Suka tengok sebab faham jalan cerita dia.
Tak layan lagi cerita ni. Tapi pernahla tengok channel Syahmi ni. Setiap episod dia kelakar jugak
Lom tgk lg cte ni..tp kte selalu tgk drama2 spontan dia kata channel dia sebab suka kat yoe n asif tu hehe..nnt nk tgk la Mael Totey ni