Wahhh nampak gayanya penyakit LISTEN LISTEN LISTEN dan LET ME SPEAK ni dah menjadi trend kat wall fb ngan tajuk2 blog…aku pun nak numpang sekaki dua jugak arrrr…buleh kak pah…?? tumpang glamer sikit….ngeeeeeee

Virus LISTEN Sharifah Zohra Jabeen semakin meningkat naik mengalahkan virus Oppa Gangnam Style PSY kat MALAYSIA ni….eloklahhhh gitu…sesekali biar minda kita dikejutkan dan sekaligus membuka mata dan mulut pada keadaan dan apa yang berlaku disekitar MAHASISWA/SISWI kita dari masa kesemasa….harapan agama bangsa dan negara ni….

Aku komen bedasarkan apa yg aku lihat dalam video…kalo salah video tu salahlah jugak aku….serius aku ingat Kak Pah tu set2 sama kaum cam Bawani….tu bedasarkan raut wajah dia dan cara percakapan dia yg agak berbelit belit…. mungkin dia mengalami masaalah gangguan ular sawa pada masa tu kot….

Cukup aku tengok video tu sekali jer….sebab bila kali kedua aku tengok….buu tengkuk aku terus merinding…seramnya speech dia kalah hantu kak limah….aku hampir pitam dan hampir muntah….sebab selaku the adult…aku rasa aku lagi tua dari dia aku tak bleh nak pikir macamana kata2 yang hampir dan mirip kepada membogelkan diri sendiri dengan kebodohan boleh dia ucapkan dengan semangat dan yakin bahawa kata2 dia adalah 100% betul tanpa kesalahan….

Kasihannnn….kasihan pada org2 yg menyekolahkan dia…kesihan pada org yg meluluskan dia…dan paling kesihan adalah jatuh kepada orang yg melantk dia menjadi Presiden…gila pangkat lantik diri sendiri jadi presiden cuba argentina libya

Sunguh Kak Pah tu seagama dengan aku tapi dari kata2 dari cara dari pakaian dan serba serbinya aku yakin dia memang tak LISTEN dengan apa yang ALLAH suruh dan larang…ALLAH IS THE GOD N THE CREATOR…Kak Pah bukan sahaja tak LISTEN dengan arahan dari ALLAH tapi Kak Pah langsung tak RESPECT malah MENGINGKARI suruhanNYA

Cakap lebih2 pun tak guna….harap Bawani akan tabah dan terus berpendirian…untuk Kak Pah pulak semoga harapan dia untuk menjadi SEORANG WANITA MUSLIMAH YANG SEMPURNA akan segera termakbul seperti yang dia pernah ucapkan…
Pada yang bertepuk tak kira sapa yg cakap….jangan cakap diorang bodoh okay…mungkin diorang dah penat mengantuk dan letih kena hadap program tu selama 5 jam….semua pun tak ambik port…diorang mungkin tak dengar point2 yang dihujah cuma dek kerana keduanya terjerit-jerit sesama sendiri….maka yg mamai2 pun tepuk jerlah….sebab apa…aku membayangkan aku sendiri kalo dengar ceramah apa forum apa semua yang merepek lagi melalut…sumpah aku tak tangkap apa yang dicakap…walau tangan bertepuk..tapi dalam masa yang sama jejari ralit layan wasap atau main game kat telepon atau tab…
Pengajaran dan kesilapan atas keangkuhan dan keegoaan yang beliau ciptakana janganlah sesekali kita tiru…sungguh title ISLAM bukan tiket untuk dia menghina siKAFIR…..
Jadilah umat ISLAM seperti yang RASULULLAH impikan….
So itu jerlahhh yang aku nak komen….let me speak….let me speak…baiiii
Untuk sentapan terakhir jom layan versi mat lufthi plakkkk…enjoyyyyyy