Alhamdulillah , segala puji bagi Allah tuhan semesta alam . Hari yang penuh bermakna buat aku sekeluarga . Bagi orang lain mungkin rasa biasa-biasa . Tapi dekk kerana aku lagilah seorang yang sangat-sangat biasa maka kejadian 22 November 2016 bagaikan hari yang cukup luar biasa sejarahnya .
Buat pertama kalinya kakak naik ke pentas menerima 2 anugerah kecemerlangan dari SRA dan 1 anugerah kecemerlangan dari SRK . Sungguh tak sangka di saat tahun akhir persekolahan kakak , kakak melangkah meninggalkan sekolah dengan membuat aku dan dd merasa cukup bangga .
DD siap ambil cuti kerja demi melihat kakak naik ke pentas menerima anugerah demi anugerah kecemerlangan di sekolah pagi dan petang .
Aku sendiri menangis sebab terlalu gembira . Sebab dia adalah anak yang sangat aku harapkan dapat memberi contoh tauladan kepada adik-adiknya . Aku tahu dia juga rasa bangga dengan usaha dan pencapaian dirinya setahun ini .
Ada satu kisah korang kena tahu , sebelum si kakak berjaya mendapat MUMTAZ dalam semua subject agama dalam PSRA 2016 baru-baru ni .
Kes ni terjadi masa dia darjah 5 , awal ujian penilaian peperiksaan SRA ( Sekolah Rendah Agama ) dia dapat keputusan ujian dalam 60 peratus dan ada 2 subject yang dia dapat pangkat MAQBUL . Masa sebelum ujian pun aku dah warning semua anak aku siap-siap .
Jangan ada MAQBUL atau RASIB kalau tak nak ada “acara penyampaian hadiah”. Macam biasalah budak-budak nih , masuk telinga kanan keluar telinga kiri .
Tiba hari keputusan keluar…jeng jeng jeng…kakak dapat 2 subject MAQBUL …maknanya takat LULUS …silap haribulan boleh jadi RASIB iaitu GAGAL .
Aku taklah membuta tuli nak jatuh hukum terus kat anak-anak . Aku buat post mortem pada yang terlibat . Tanya diorang apa punca boleh result drop .Gigil -gigil jawab sebab tak baca buku , banyak main dan tak dengar arahan mama .
Lepas diorang mengaku salah silap diorang , baru aku jatuh hukum , 1 MAQBUL 1 Rotan . 2 MAQBUL 2 Rotan . Walaupun sebenarnya hati aku sendiri pedih dan sedih tapi , demi memberi pengajaran aku tahan jugak .
Aku niat dalam hati kerana Allah Taala . Mulakan rotan dengan bacaan Bismillah …baru zasss zasss .
Mana yang tak kena rotan pun aku suruh duduk sama kat situ untuk jadi saksi dan jadikan pengajaran dimasa akan datang .
Biar Gagal Setelah Berusaha Jangan Gagal Sebelum Mencuba
Bila dah selesai hukuman aku peluk anak aku yang tengah menangis , aku cium diorang dengan sepenuh kasih sayang dan minta maaf pada diorang . Aku terangkan kenapa aku buat macam tu . Allah maha besar , maha pengasih dan maha penyayang . Allah tahu niat dan tujuan aku merotan anak-anak . Alhamdulillah anak-anak aku faham dan terima dengan cucuran air mata .
Pastu baru aku mulakan sesi tazkirah …ayat yang paling kerap aku ulang pada anak-anak ialah ..
“mama tak akan marah dan kecewa jika kamu GAGAL setelah kamu BERUSAHA …tapi mama cukup marah dan sedih jika kamu GAGAL disebabkan kamu TIDAK MAHU BERUSAHA LANGSUNG .
Orang yang mula-mula pandai pun boleh jadi bodoh jugak kalau dia masih dengan sifat SOMBONG…tapi orang bodoh pulak lama-lama akan jadi pandai sebab sifat dia yang nak berusaha … “
Pastu aku terangkan balik usaha yang macamana , baca buku dah , dengar arahan mama sudah , rajin bertanya cikgu apa yang tak faham pun sudah tapi masih gagal . Aku kata itu tidak apa …mama terima dengan redha dan hati terbuka . Pastu aku suh diorang semak result-result yang terdahulu .
Tanya balik seronok tak bila semua subject MUMTAZ…tanya macamana boleh dapat MUMTAZ …apa yang kamu buat sehingga dapat MUMTAZ .
Selang beberapa minggu peperiksaan awal tahun pula bermula . Sekali lagi aku warning akan hal yang sama pada anak-anak . Tiba hari keputusan , ustazah sendiri terkejut tengok result kakak meningkat terus 20 peratus . Kalau sebelum ni ujian sahaja dia dapat 60 peratus , kali ni dia dapat 80% iaitu pangkat JAYID JIDAN .

masa darjah 5…kotak merah ujian prestasi kali pertama , kotak biru peperiksaan pertengahan tahun ….selepas tu maintain pencapaian sehingga akhir tahun .
Ustazah tanya pada aku apa yang aku buat sehingga prestasi kakak meningkat secara tiba-tiba ? Aku bagitahu pada ustazah yang aku rotan anak aku . Terkejut ustazah sebab dia ingat aku hantar anak aku ke kelas tuisyen khas .

MUMTAZ sepanjang darjah 6….aku tahu bukan mudah dia nak kekalkan prestasi sepanjang tahun
Dia kata jarang sangat ada mak bapak sekarang nih nak rotan anak bila prestasi sekolah agama tak bagus . Malah ustazah tu cerita yang sebenarnya tahun itu adalah tahun terakhir dia mengajar kat sekolah agama sebab dia nak berhenti untuk beri masa pada anak-anak dia .
Itupun disebabkan ada segelintir ibubapa yang datang serang dia dan marah dia bila keputusan peperiksaan anak tak bagus .
Walhal dia sendiri tak dapat nak beri peruntukan masa untuk mengajar anaknya sendiri . Dia kata yang dia sangat sedih dengan segelintir mak bapak zaman sekarang nih .
Diorang semua yakni ustaz , ustazah , cikgu-cikgu bertungkus lumus sediakan pelbagai kelas tambahan untuk anak -anak murid belajar untuk berjaya . Sedangkan anak-anak diorang sendiri terabai .
Sakit hati aku dengar cerita ustazah ni , sampai aku rasa nak jer terajang mak bapak yang jenis semua benda nak hempuk kat pendidik .
Sekalipun kita tak mampu ajar anak macam ustazah dan cikgu-cikgu tapi segala dorongan dan galakkan untuk belajar adalah 100% datang dari makbapak itu sendiri . Ko kena kena kreatif camner nak bagi anak kau fokus pada pelajaran . **aku tak kreatif sebab tu aku guna rotan jer
Serius aku cukup akui . Dalam keluarga aku sendiri jer ramai yang bergelar pendidik . Aku nampak effort yang diorang berikan sehingga terpaksa tinggalkan keluarga berjam-jam lamanya demi mendidik anak-anak nusa bangsa .
Sedih bila makbapak cuma pandai sembang gebang dan kekwat bila datang ambik result anak .
Kadang-kadang baru aku terfikir kenapa aku tak sesuai jadi guru , sebab sifat panas baran dan mudah naik angin aku ni silap gaya boleh membawa aku kerap masuk FB , Siakap Keli dan lokap . **ekekeke
UPSR & PSRA Bukan Sekadar Penilaian
Aku yakin anak-anak semua ada potensi untuk berjaya cuma kita kena dorong diorang ke arah itu . Walaupun ada yang kata “alaaaa…UPSR jer pun “ atau ” alaaa…gagal UPSR bukan bermakna gagal dalam hidup ..”
Memang benar beb….UPSR bukan segalanya , maka tak payahlah gi sekolah yer dak ? Tak perlulah wujudkan sekolah berasrama jugak…yer dak ? Aku cuma nak anak aku berpelajaran supaya dia dapat beri manfaat kepada orang lain . Bukan demi menyambung apa yang aku tak pernah kecapi .
Ilmu itu juga harta . Ada ilmu ada harta , ada harta belum tentu berilmu .
Hidup ini memang mudah tapi jangan terlalu ambik mudah .
Agak-agak kenapa Nabi suruh kita menuntut ilmu sampai ke Negara China ?
Oh yer aku bukan stupido sangat kot nak suh anak aku jadi hamba sistem pembelajaran , lagi-lagi kat Malaysia nih .
Asal tukar menteri jer sistem pun bertukar , anak-anak kita pulak adalah “tikus makmalnya “ …ada yang cuba-cuba nak ikut sistem kat negara blablabla…tapi semua APTB .
Sokeh jer kot kalau kementerian teruskan sahaja sistem macam dulu walaupun agak kolot , input tu yang penting dan pastikan maklumat semua sentiasa fresh . Sepatutnya sistem di tambah baik dan di baik pulih . Ini tak….buang terus yang lama pastu bina baru . Dasar pun dah goyah , permukaanya apatah lagi .
Yakin , Sabar Dan Usaha Tanpa Jemu
Sejak kes rotan tu result kakak semakin baik dan semakin baik . Aku kena banyak main sentimen perasaan bila menasihatkan anak . Aku tak jemu bagitahu bertapa beruntungnya kamu semua ketika ini .
Pergi sekolah di hantar , balik sekolah dijemput . Naik kereta ada lagu ngan ber’ekon bagai , sampai depan pintu pagar sekolah dengan pengawas yang dah tunggu nak catit nama sebab datang lewat .
Tak bersyukur ker ..?
Aku dulu pergi balik sekolah jalan kaki 8km setiap hari . Kadang-kadang jer jadi 3km sebab aku singgah mandi lombong so tak sampai ke sekolah . Tu lom campur kena redah hutan , kena kejar anjing , hujan ribut basah lencun bagai .
Duit belanja 50sen jer , kadang-kadang tak dapat langsung , kalau bernasib baik bila lalu depan gerai nasi lemak pakcik makcik yang jual tu diorang panggil suh makan dulu , dapatlah makan nasi lemak free .
Tapi macam biasalah…insaf seorang budak tu biasanya 5 minit jer , paling lama pun sejam ….nak tak nak aku kena repeat lagi dan lagi kisah aku pada diorang biar melekat dalam kepala diorang sampai diorang besar , faham dan tak buat lagi .
So itu jerlah kisah camner rotan mampu mengubah hala tujuan seorang anak from RASIB to MUMTAZ . Tapi idakler aku suh korang tiru style aku . Anak korang tak sama perangai cam anak aku . Guna pelbagai pendekatan dan kaedah camner nak upgred prestasi anak masing -masing .
Berlembut sudah , nasihat sudah tak dengar jugak rotan’lah jawabnya .
Jangan Cemburu Pada Kejayaan
Lagi satu aku nak sentuh ialah pasal ada segelintir mak bapak dari kita suka mencemuh makbapak yang berkongsi kejayaan anak-anak mereka di laman sosial . Walaupun berpuluh dan beratus ucapan tahniah yang aku dapat tak kurang juga ada yang updet status menyindir .
Dikatanya ibubapa tersebut riak tak kurang juga ada yang kata makbapak yang updet kejayaan anaknya tu menyindir makbapak lain sehingga mereka pula yang bersedih hati .
Oittt…!!! kau dah kenapa …? tahu tak yang kalau dulu seorang anak berjaya , satu kampung makbapak canang siap buat kenduri besar-besaran untuk dan meraikan kejayaan anaknya . Orang kampung pun sama ikut bangga sebab andai anak itu berjaya menjadi orang yang berguna , maka akan harumlah nama kampung itu .
Celah mana aku updet ada ayat riak ? menghina makbapak lain pun jauh sekali . Sampai kemurungan aku dibuatnya . Nasiblah masih ramai kawan-kawan memberi aku semangat untuk ignore sahaja sindiran-sindiran diorang semua .
Serius aku sedikit pun takder niat nak me’riak , hari itu aku kongsi kejayaan anak aku dengan perasaan gembira . Aku cuma seorang mak yang berhati gembira dengan kejayaan anak dengan niat nak kongsi kegembiraan itu dengan semua kawan-awan dan saudara mara di alam maya .
Orang tak tahu apa yang aku kena lalui , apa yang aku kena buat dan apa aku kena korbankan untuk mendorong peningkatan prestasi anak-anak aku .
Ambilah Yang Baik-Baik Sahaja Sebagai Panduan
Apa yang aku cuma boleh kongsi ngan korang juga ialah kaedah yang aku guna pakai masa kakak nak menghadapi peperiksaan . Aku pun ada salah silap gak ….tapi insyaAllah mulai tahun hadapan aku juga akan guna tips ini pada semua anak-anak aku .
Ambilah yang baik-baik sahaja sebagai panduan .
Kongsi Tips Pemakanan Dan Amalan Pelajar Cemerlang Sepanjang Minggu Peperiksaan
Kita manusia hanya mampu merancang dan berusaha , result akhir semua biar Allah swt yang tentukan . Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambanya .
Terima Kasih Cikgu
Akhir kata , aku dan dd ingin merakam jutaan terima kasih kepada semua guru-guru SRA Batu 13 , Puchong dan SK USJ 20 di atas segala usaha , tunjuk ajar dan sentiasa sabar dalam mendidik kakak selama 6 tahun persekolahan menuntut ilmu .
Semangat , dorongan serta pelbagai usaha dari pihak sekolah telah melahirkan seorang lagi murid yang cemerlang .
Aku tujukan video ni khas buat semua guru-guru di Malaysia …sebab sekarang ni aku dah tahu pekerjaan paling mulia di muka bumi Malaysia sekarang ini bukanlah dengan menjadi seorang Perdana Menteri , tetapi menjadi seorang Guru .
Galeri Sepanjang MInggu PSRA & UPSR

sijil PSRA inilah yang membuat aku sampai mengalirkan air mata

sijil UPSR 2016 kakak

slip UPSR
Tahniah. Dgn format baru ni.. dpt a mmg bijak.btul..
YB Shehan recently posted…LIRIK DIRGAHAYU – FAIZAL TAHIR & DATO CT (OST LARA AISHAH)
Tahniah di atas kejayaan upsr dan psra.
Tahniah. Semoga kejayaan berterusan untuk anak-anak adik.