Yeahhhhh !!! Akhirnya , dapat jugak aku beli Light Room Box yang murah melalui online . Nak buat sendiri malas , tak tahu pun yer jugak . Dulu nak beli harga dia boleh tahan mahal . So simpan jerlah hasrat tu .
Memang dah lama sangat aku berangan nak beli tapi aku tahan-tahan hati sebab bajet tak berapa nak ada tapi aku memang perlukan sangat kotak photo ni . Tapi aku tahu kat somewhere mesti ada yang jual murah cuma ko kena rajinlah cek kat semua laman web shopping yanga ada.
So one day entah camner aku sajalah usha satu online shop nih ….nak tengok apa yang best tapi murah . Tapi banyak pulak barang-barang yang best dan murah-murah pulak tu . Pehhhh…memang geram jer tengok , naik rambang biji mata nak pilih weihhh .
5 Tip Shopping Online
Antara 5 tips penting yang aku amalkan sebelum membeli apa-apa barang secara online ialah :
1 . Syarikat / Seller – kena pilih syarikat atau seller yang betul-betul boleh dipercayai ( yang ni semua bergantung pada ulasan )
2. Platform – yang menghimpunkan ribuan syarikat atau seller online yang benar-benar boleh dipercayai seperti Shopee dan lain-lain
3. Harga – pastikan yang mampu milik dan reasonable , kadang produk yang sama tapi harga berbeza adalah disebabkan seller .
4. Kualiti – ini bonus jika kita dapat beli produk yang berkualiti pada harga murah
5. Ulasan – ini yang sangat penting sebagai penilaian terakhir samada nak teruskan pembelian atau tak .
So , itu sahaja antara tip-tip asas yang seorang “online shopper” kena tahu . Sebab benda dalam online kau tak mampu nak telek dan belek jauh sekali untuk test , disebabkan itu ulasan dan penilaian dari pembeli yang sebelum ni sangat-sangat penting untuk dibaca .
Ok sambung balik pasal light room yang aku beli tu . Untung masa aku beli tu harga dia tengah murah . Diskaun sehingga 50% …yahoooo !!!! terus gue rasa nak joget lambak
Yang ni extra aku suka sebab barang aku sampai 2 hari awal dari sepatutnya . Itu pentingnya pilih seller melalu penilaian orang lain .
Pastu masa aku kongsi kat FB pasal light room ni pun ramai yang bertanya murah tak ? best tak ?
Jawapan aku ?
Opkoslah best sebab light room ni pun boleh nak dikatakan satu keperluan jugak untuk blogger seperti aku . Biar gambar nampak lebih kelass dan profesional gitu . Light room ni dah siap ada lampu LED tau , so kau tak payah susah-susah nak pikir nak kena beli lampu bagai .
Backdrop pun dapat 2 , satu hitam satu putih . Senang nak bawak kemana-mana sebab saiznya yang kecik , tak perlu nak tarik wayar lampu ker apa sebab light room ni dah built in dengan lampu dia sekali , pakai powerbank dah cukup .
Bukan blogger jer yang kena ada light room nih , kalau korang peniaga-peniaga kecil yang nak jimat kos shoot gambar memang wajib beli kot light room nih .
Senang kan ?

nampak ? pakai power bank jer

built in dengan lampu LED
Hasil Gambar Menggunakan Light Room Box
So korang mesti nak tahu apa hasil dari light room tu kan …? bagi aku memang agak wow’lah cuma skill tu jer aku kena mantopkan lagi . Gambar dah cun sebab dah ala-ala ada mini studio gitu . Ni pakai henpon jer tau bukan pakai DSLR . Tapi sebab guna light room jadi hasil dia memang hampir sempurna . Cuma aku kena edit sikit guna photoscape .

masa aku tunjuk gambar ni pun dah ada yang terliur …nampak sedap katanya

yang ni guna backdrop putih

yang ni guna backdrop hitam

bunga-bunga felt …ni tak siap sepenuhnya lagi
Amacam ? kira jadilah yer ….pelan-pelanlah kasi chance aku belajar sikit-sikit seni photoshoot guna light room box nih . Motif dia sekarang ialah..semua orang pun mampu beli light room nih .
Apa yang kau perlu buat cuma layari website : https://shopee.com.my/
Pastu pilihlah dan belilah apa yang korang rasa nak beli .
Masa aku masuk kat website nih aku tengok banyak betul dia punya promosi . Hampir setiap bulan ada promosi istimewa mengikut tema-tema tertentu .
Tapi dek kerana kita pun bakal memasuki bulan Ramadhan , elok sangatlah korang pergi pilih apa-apa yang patut sebagai persediaan .
So far semua yang kita perlukan tu insyaAllah ada dijual kat situ . Baik baju ,kasut , alat make up , lampu pelita pun ada jual sama . Yang tak jual anak bulan hari raya jer . **ehehehehehe
Banyak contest-contest menarik korang boleh sertai kat sini , rugi kalau tak nak cuba . Aku pun join gak sebab banyak peluang yang ada dan kena percaya jugak yang rezeki masing-masing .
Aku sekadar berkongsi jer dengan korang . Korang bacalah sendiri yer : Cahaya Raya Shopee 2017
Kalau malas nak guna PC korang boleh dowload jer apps Shopee ni kat Apps Store atau Playstore . Senang kan ? Pastu daftar dan Login pakai Facebook jer .
Very-very easy sambil kau boleh ushar sapa lagi kawan kau yang kaki shopping online macam kau orang jugak . **hua hua hua
Ok yang ini aku promise ini last sekali , sebab kalau tak bagitahu korang macam rugi pulak . Shopee tengah buat Giveaway selama 45 hari . OMG….manalah tahu rezeki kita kan .
Untuk syarat-syarat boleh rujuk kat sini : SYARAT PENYERTAAN
Oklah…selamat bershoping dengan Shopee tau uollls . Apa-apahal terjadi salahkan aku tau . Sebab aku tahu korang akan terjebak sama dengan aku jugak …takder beza . **ekekekekeke
#SebarkanKebaikanPromosiDiskaunUntukShopping gitchewww ( gitu )
Nak beli light room tu gak!
wajibbbb beli ….
haaaa.. mcm best light room.. kecik nau.. kalau boleh masuk kak azni dlm tu best jugak hahaha..
macam2 saiz ada kak…..saya beli yg kecik jer dulu…ehehehe
Murahnya…nk beliiii..xsabar
murah murah….terkini bawah rm20…lagi murah dari yg akak beli
Murah sangat tu…okey masuk dlm list nak beli.
beli jangan tak beli
beli jangan tak beli….ehehehehe
EHH. ADA JUAL EH.NAK BELI LAH LEPAS NI
wahhh min mesti ada projek masyukkk nak guna light room …
Murahlah light room tu, kena pi tengok gak ni kat Shopee.
murah jer mas…cepat2 ushar…mana tau dapat lagi murah dari kita beli
Mcm mls nk diy lah.. nk beli yg ni je la. Sng hidup. Hahahaha
opkoslah…dah siap lampu gituuuu
Bijak kak long! Nak beli lah light box mudah kerja jd blogger yeyyy tq kak long mmmuahhh
itulah’kan ….selama ni tak beli sebab mahal …ni dah dapat beli murah…cepat2 grab
Nak beli gak .. biasa snap kat meja makan sbb background putih .. ahaks
kena beli yang ni lagi mudah nak guna
menarik.. boleh usha gak ni…
usha cepat yanie..mana tahu harga lagi murah
alaaaa napa saya tak nampak benda ligt room tu..ok nak beli jugak,dah buat tapi dah jahanam kena hempap ngan barang tok laki ku sesuka hati je huhuu
beli jer senang sue…ni boleh lipat dan boleh bawak gi mana2…tahan lasak gak
tengah cari juga..hehe..